October 18, 2016

Kisah Alexander The Great : 3 Perkara Yang Memberi Manfaat

KISAH ALEXANDER THE GREAT : 3 PERKARA YANG MEMBERI MANFAAT - Assalamualaikum wbt. Puas aku mencari gambar Alexander The Great @ Iskandar Zulkarnain ni tapi tak jumpa. Tanya tuan suami, dia kata orang barat ni takmau kasitau rupa Alexander sebab dia seorang Islam. Wallahualam.

Saja nak share sesuatu yang membuka mata ni. Asyik share pasal retissss je tak best jugak kan? Semoga mendapat manfaat dari perkongsian aku kali ni.


Sebelum kematiannya, Alexander The Great mengarahkan jeneral-jeneral melakukan 3 perkara :

1) Dia mahu doktor-doktor yang terbaik mengusung kerandanya.

2) Semua hartanya (termasuk duit, emas, batu permata) ditebarkan disepanjang jalan menuju tapak perkuburan.

3) Tangannya dibiarkan supaya terkulai dan terkeluar dari kerandanya.

Perkara itu telah menimbulkan tanda tanya jeneral-jeneralnya. Maka salah seorang jeneral beliau bertanya kepada Alexander, mengapa disuruhnya membuat 3 perkara tersebut?

Lalu Alexander menjawab...............

1) Aku mahu doktor-doktor terbaik mengusung keranda aku kerana aku mahu mengingatkan manusia bahawa disaat kematian, setinggi mana kepakaran doktor, dia tetap tidak boleh menghalang kematian.

2) Aku mahu jalan menuju ke kuburku dipenuhi dengan harta kekayaan aku supaya semua orang akan memahami segala harta kekayaan sudah tidak berguna dan tidak boleh dibawa mati. Ia tetap akan terus berada di dunia.

3) Aku mahu tanganku terlepas bebas supaya ia mengingatkan yang kita datang ke dunia dengan tangan kosong dan akan pergi jua dengan tangan kosong setelah sumber termahal kita hilang, iaitu MASA.

Apakah KESIMPULAN dari kisah ini?

Tidak kiralah betapa hebatnya kamu semasa hidupmu takkan mungkin kamu dapat menyelamatkan dirimu dari mati. Pada masa itu terputuslah segalanya kecuali amal jarian dan warisan-warsan kebaikan yang telah kamu wakafkan kepada masyarakat dan keluarga kamu.

Sekian.

2 comments:

  1. Ternyata kisah ini memberi keinsafan kepada saya.. Ho. Ho..

    ReplyDelete
  2. Beliau seorang yg mengagumkan..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.