KEBODOHAN SEORANG AKU BILA HANTAR BARANG SEBELUM MENDAPAT BAYARAN

KEBODOHAN SEORANG AKU BILA HANTAR BARANG SEBELUM MENDAPAT BAYARAN - Assalamualaikum wbt. Entri santai je la memandangkan dah malam ni, aku tahu laaa ada yang macam tak rajin nak membaca sangat. Aku pun harini tak update apapun sebab aku letih. Biasalah orang macam aku ada mood pasang surut. Kejap kau rajin kejap kau malas.

Alkisahnya adalah seorang budak lelaki (aku syak dia tinggal asrama). Dia whatsapp aku sebab nak beli Pomade James Bone aku tu. Aku pun happy lah, siapa yang tak happy beli barang dari kau, ye tak? Walaupun hanya satu, aku bersyukurlah sangat sebab bukan hari-hari ada orang nak beli Pomade tu.

Apa silap aku sepanjang urusniaga ni? Bila aku post barang dulu sebelum dapat payment. Ceritanya, budak ni dah janji la nak bayar lepas aku post. Aku siap dah hantar gambar kat dia dengan tracking number sekali. Then dia hold, nak jugak tunggu barang sampai baru nak bayar.


Aku dah tak boleh bersikap toleransi dah, so aku suruh jugak dia bayar secepatnya dan dia janji dia nak bayar. Then, aku tunggu sepanjang hari, senyap tanpa berita. Kali ni suami aku bertindak, try call budak tu, tapi tiba-tiba dia off HP. Teruslah suami cakap nak buat report kalau dia tak bayar.

Budak tu terus whatsapp aku cakap nak bayar, janji nak bayar... tapi duit dia mak dia tak bank-in lagi. So dia bagi aku tempoh. Maka..... kau bertuah dik dapat peniaga macam akak dengan abang kau yang boleh tolak-ansur sikit sebab faham keadaan kau.

Dapat jugak bayaran akhirnya. Khilaf aku sebab terlalu baik. Next time mungkin aku minta payment dulu sebelum nak post apa-apa. Dah laaa aku ni cepat letih, kesian aku tau. Oklah bye.
KEBODOHAN SEORANG AKU BILA HANTAR BARANG SEBELUM MENDAPAT BAYARAN KEBODOHAN SEORANG AKU BILA HANTAR BARANG SEBELUM MENDAPAT BAYARAN Reviewed by Tunsha Ayunie on October 13, 2016 Rating: 5

3 comments

  1. At least mintak dulu deposit 50%.. kira okay dah tuh.
    Jaranglah saya jumpa seller online post dulu baru bayar.
    Mintak depa insist nak buyer bayar dulu.
    Hang nih baik betul la naaa..

    ReplyDelete
  2. adui la.... seb baik dia byr ...lain kalin jgn buat lagi ... lain la klu buyer tu kita kenai ..kawan baik ke ... mmg tau mana rumah dia ...
    dulu waktu aku aktif jual shaklee ade jugak buat mcm tu utk regular cust dan kawan ... hat tak kenai aku mintak duit dulu

    ReplyDelete
  3. Sepanjang membeli online memang tak pernah beli barang dapat barang dulu bayar kemudian..auni jual pomade ke??tak tahu pun...berniaga senyap2 ke apa ni???hahaha

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.