October 31, 2016

ENCHANTEUR PARIS : WANGIAN YANG MENENANGKAN

ENCHANTEUR PARIS : WANGIAN YANG MENENANGKAN - Bagi setiap wanita, bau badan adalah suatu perkara yang amat memalukan. Bayangkanlah bila berhadapan orang sekeliling, mereka akan memandang sinis kita yang berbau ni!


Dari zaman sekolah aku memang suka menggunakan Enchanteur Paris ni sebab wangi sangat-sangat! Ianya memberi ketenangan pada aku. Paling aku suka pakai adalah perfume warna pink. Dulu mana perasan sangat apa-apa nama. Sekarang baru tahu nama perfume tu dari wangian Belle Amour. Nama pun dah romantis tau!


Aku sebenarnya diberi peluang mencuba rangkaian Enchanteur Paris ni. Ketiga-tiganya adalah sangat wangi! Jujurnya, aku susah nak terima bau yang lain selain rangkaian Enchanteur. Bukan membodek, tapi kenyataan. Terlalu banyak pewangi yang aku guna, Enchanteur jugak menjadi idaman hati. Aku jadi setia.


ENCHANTEUR PARIS adalah rangkaian wangian dan produk penjagaan badan berasaskan wangian yang berkualiti mengikut peredaran masa yang berinspirasikan keunggulan haruman Perancis. Ianya turut diperkaya dengan seleksi wangian mewah untuk setiap wanita merasai kesegaran tubuh badan menyeluruh sepanjang hari.

ENCHANTEUR PARIS BELLE AMOUR TRIPLE WHITENING 
(100ml)

Dengan losyen Enchanteur Paris 'Belle Amour' Triple Whitening, ianya akan memberi manfaat pencerahan tiga kali ganda ! Kombinasi 3 ejen pencerahan seperti ekstrak Likoris, ekstrak Sakura dan Vitamin B3 dapat mengatasi masalah kawasan kulit gelap dan tona kulit tidak sekata. Bau bunga yang sweet-sweet tu sangat menenangkan dan akan buat diri kita sentiasa berkeyakinan.

Boleh didapati dalam bentuk tiub dan botol dengan harga RM7.50 untuk 100ml & RM16.95 untuk 300ml.


Selain daripada losyen, Belle Amour juga ada produk seperti :
Extra Whitening Parfume Anti-Perspirant Deodorant
RM8.70 (50ml)

Parfum Deo Mist
RM10.10 (100ml)


ENCHANTEUR PARIS MON AMIE WHITENING REFRESHING
(50ml)

Deodoran Enchanture Paris 'Mon Amie' Whitening Refreshing ini memberi manfaat perlindungan bau sehingga 72 jam dan anti peluh sehingga 24 jam. Untuk yang malas nak mandi sampai 3 hari bolehlah pakai deodoran ni. *gurau* . Deodoran ni mampu mengekalkan kesegaran dan memastikan pangkal lengan korang sentiasa berasa kering. Baunya bagi aku agak kuat sikit tapi agak refreshing. Boleh didapati dengan harga RM8.70 (50ml).


Dalam rangkaian Mon Amie, turut ada produk lain :
Double Moisture Parfum Serum
RM7.90 (85ml) , RM18.00 (275ml)

Light & Fresh Parfum Lotion
RM7.50 (100ml), RM16.95 (300ml)



ENCHANTEUR PARIS 'ADORE' PARFUM DEO MIST

Semburan Pewangi Deodoran Enchanteur Paris 'Adore' Parfum Deo Mist ni boleh memberi ketenangan kepada si pemakai. Baunya yang sangat lembut memang sangat mengasyikkan. Boleh didapati dengan harga RM10.10 (100ml).


Bau Adore ini boleh didapati dalam produk :
Antibacterial Care Parfum Lotion 
RM7.50 (100ml), RM16.95 (300ml)

Whitening & Soothing Parfum Anti-Perspirant Deodorant
RM8.70 (50ml)


Kalau tanya aku, aku sukakan wangian Belle Amour dan Adore. Dua bau ni sangat lembut bagi aku. Aku sangat relax. Nak rasa marah pun kekadang tak jadi sebab macam aku kata la.. baunya menenangkan jiwa. Haha!

Ada yang rasa macam aku tak?

2 comments:

  1. Aku suke bau adore. Tak kuat sangat macam belle amour. tp yang mon amie tu kuat gile kan bau die

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.