CEREKARAMA TV3 - Ketika Daun Berzikir - Monolog Aku Cuma Di Kiri

October 09, 2016

CEREKARAMA TV3 - Ketika Daun Berzikir

CEREKARAMA TV3 - KETIKA DAUN BERZIKIR - Assalamualaikum wbt. Semalam aku suruh tuan suami bawak kereta laju-laju sebab nak tengok cerita ni. Aku tahu pun dari IG Zarina Zainuddin. Sedikit terkilanlah sebab watak dia sikit je. Tapi aku layankan jugak la cerita ni sampai habis.


TAJUK : KETIKA DAUN BERZIKIR
PENGARAH : MURALI ABDULLAH
PELAKON : ZAMARUL HISHAM, NAIM DANIEL, & NAZEERA SARDI

SINOPSIS
Mengisahkan seorang bapa yang terkilan dengan sikap anak-anaknya. Pak Muzir merasa yang dia gagal mendidik anak-anak lelakinya. Dia cuba perbetulkan keadaan dan pergi ke rumah anaknya, Farid. Farid merupakan seorang arkitek berjaya tapi tidak mampu membimbing isterinya. Kehadiran Pak Muzir di rumah itu tidak disenangi menantunya, Tasha.

Di sebalik itu, Tasha ada menyimpan satu rahsia besar. Pada suatu hari, Pak Muzir terjumpa seorang bekas banduan bernama Ali. Ali seorang anak yatim piatu dan perlu bertanggungjawab untuk menjaga adiknya.

Nak dijadikan cerita, rupa-rupanya Ali pernah meragut Tasha. Tasha menuduh Ali punca dia mandul, sedangkan, Tasha pernah menggugurkan kandungannya sebelum ini.

REVIEW
Bagi aku cerita ni sangat simple. Maybe aku expect secara berlebihan sangat. Yela, aku kalau baca tajuk best, aku expect cerita agak best la. Tapi biasa-biasa je.

6 comments:

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.