October 04, 2016

Bukan Aku Ingin Mendongak Ke Langit

BUKAN AKU INGIN MENDONGAK KE LANGIT - Assalamualaikum wbt. Jarang sangat dah aku nak bercerita tentang peribadi dalam blog ni. Sebab aku rasa macam takde yang minat sangat nak baca. Tapi tak tahulah kalau ada silent readers belakang tabir, kan?

Beberapa hari ni, ramai tag aku pasal Minuman Tenaga Botani, untuk pesakit buah pinggang. Kadang-kadang aku rasa bersalah sangat. Aku tahu depa tag aku sebab nak aku ikhtiar, sebab depa sayangkan aku. Aku tahu depa nak aku pulih.


Yang buat aku tak tenteram, bila aku ada rasa yang aku tak tahu nak habaq camna. Nak explain kat sorang-sorang pun aku penat. Gini je lah --- aku explain lah sikit kenapa aku malas dah nak ikhtiar dengan segala tonik-tonik bagai ni.

==========================================

1) Buah pinggang aku rosak masa umur aku 4 tahun. KEDUA-DUA buah pinggang aku rosak. Aku tak boleh kencing. Total hayat aku tanggung sakit selama 22 TAHUN.

2) Aku tak boleh ambil sebarangan nutrisi, ianya akan membuat aku bertambah kronik.

3) Urat buah pinggang aku dah beralih tempat dimana waktu aku menjalani tranplan dulu, buah pinggang diletak di hadapan. So agak mustahil untuk aku pulih. (Hidup ini logik maka terimalah)

4) Aku sudah sampai END-STAGE. Yang membantu mengawal sakit aku adalah HEMODIALYSIS, selain itu, PENDERMAAN ORGAN.

============================================

Mungkin cukup untuk bagi orang faham. Aku bukan tak mahu ikhtiar ye? Dari kecik aku ikhtiar, aku makan segala jenis tonik, jus pegaga lah, tembikai tabur gula lah, daun itu daun ini..... bukan bertambah baik, malah bertambah kronik.

Aku juga pernah berubat dengan arwahyarham Haron Din, pun masih begitu. Pernah pergi operate secara batin..... List-kan saja apapun kaedah perubatan, kebanyakannya aku dah CUBA. Hanya dengan TRANSPLAN (PENDERMAAN ORGAN) je menjadikan aku seorang yang normal.

Maaf andai siapa yang membaca akan tersinggung. Aku tak minta lebih, cukuplah mendoakan yang terbaik untuk aku. Apapun aku nak ucapkan terima kasih sebab ada yang concern pasal aku.

Sekian :')

1 comment:

  1. Takpelah Ayunie.. nak buat macam mana.. certain people just don't get it unless they are in the same shoes as yours. Dorang mungkin tak faham tu, sebab kita pun takkan bercerita in details what we have been through kan. Biarkan. Focus on your treatment. Kalau boleh kita nak awak ceria-ceria je =D

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.