October 27, 2016

BENCI KHAI BAHAR, TAPI TIBA-TIBA RASA SUKA!

BENCI KHAI BAHAR, TAPI TIBA-TIBA RASA SUKA! - Assalamualaikum wbt. Entri santai jela memalam ni sebab hujan kan so mata pun macam bateri nak kong je! hahhaha. Kisahnya aku ni memang jenis tak berapa nak up to date sangat dengan artis-artis yang tumbuh macam cendawan ni.


Latest lagu tahun ni yang aku layan adalah dari Projector Band - Sudah Ku Tahu. Itupun aku tertinggal bas. Orang dah cover banyak lagu tu, baru aku mula minat lagu tu. Kesudahannya, aku jadi addicted sampai kat toilet pun aku nyanyi lagu Sudah Ku Tahu.


Lepas tu aku layan Elizabeth Tan - Tabah. Asyik laaa aku replay dia punya video clip. Nampak VETO sangat video clip dia tau. Lepas tu suara dia husky-husky gitu. Nasib baik aku perempuan, kalau aku lelaki? Errr........... ok skip la. Aku merapu dah ni.


Paling terbaru, tiba-tiba lagu Khai Bahar muncul dalam feed Youtube aku. Memula aku buat tak nampak je sebab aku bukan minat pun si Khai Bahar ni. Bebudak berjiwa KPop je minat Khai Bahar. Tapi aku silap weyyyyyyyyyyyyy !! Aku macam tergerak hati pulak nak layan dia punya single terbaru bertajuk Bayang.

First time dengar terus melayan. Lepas tu perati je muka Khai ni dalam video clip tu. Ok, aku dah faham kenapa bebudak berjiwa KPop itu sangat mencintai Khai Bahar. Gigi rabbit dia tu ! Itu aset dia rupanya. Hahhaa! In the end, sampai sekarang aku asyik play lagu Bayang itu. Nazak dah ni. Menyesal tau aku kutuk kaw-kaw budak Khai Bahar ni.

Apapun, semoga Khai terus maju dan bawak lagu best-best ye? Single ni dah cukup best bagi hakakkkk... Lulzzz ! Tuanya rasa diri ini.. kbai.

2 comments:

  1. Suara Khai memang mantap dan tinggi. Meremang!...hihi

    ReplyDelete
  2. Tak pernah dengar lagi...first time dgr nma ni..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.