October 31, 2016

ENCHANTEUR PARIS : WANGIAN YANG MENENANGKAN

3:49 PM 2
ENCHANTEUR PARIS : WANGIAN YANG MENENANGKAN
ENCHANTEUR PARIS : WANGIAN YANG MENENANGKAN - Bagi setiap wanita, bau badan adalah suatu perkara yang amat memalukan. Bayangkanlah bila berhadapan orang sekeliling, mereka akan memandang sinis kita yang berbau ni!


Dari zaman sekolah aku memang suka menggunakan Enchanteur Paris ni sebab wangi sangat-sangat! Ianya memberi ketenangan pada aku. Paling aku suka pakai adalah perfume warna pink. Dulu mana perasan sangat apa-apa nama. Sekarang baru tahu nama perfume tu dari wangian Belle Amour. Nama pun dah romantis tau!


Aku sebenarnya diberi peluang mencuba rangkaian Enchanteur Paris ni. Ketiga-tiganya adalah sangat wangi! Jujurnya, aku susah nak terima bau yang lain selain rangkaian Enchanteur. Bukan membodek, tapi kenyataan. Terlalu banyak pewangi yang aku guna, Enchanteur jugak menjadi idaman hati. Aku jadi setia.


ENCHANTEUR PARIS adalah rangkaian wangian dan produk penjagaan badan berasaskan wangian yang berkualiti mengikut peredaran masa yang berinspirasikan keunggulan haruman Perancis. Ianya turut diperkaya dengan seleksi wangian mewah untuk setiap wanita merasai kesegaran tubuh badan menyeluruh sepanjang hari.

ENCHANTEUR PARIS BELLE AMOUR TRIPLE WHITENING 
(100ml)

Dengan losyen Enchanteur Paris 'Belle Amour' Triple Whitening, ianya akan memberi manfaat pencerahan tiga kali ganda ! Kombinasi 3 ejen pencerahan seperti ekstrak Likoris, ekstrak Sakura dan Vitamin B3 dapat mengatasi masalah kawasan kulit gelap dan tona kulit tidak sekata. Bau bunga yang sweet-sweet tu sangat menenangkan dan akan buat diri kita sentiasa berkeyakinan.

Boleh didapati dalam bentuk tiub dan botol dengan harga RM7.50 untuk 100ml & RM16.95 untuk 300ml.


Selain daripada losyen, Belle Amour juga ada produk seperti :
Extra Whitening Parfume Anti-Perspirant Deodorant
RM8.70 (50ml)

Parfum Deo Mist
RM10.10 (100ml)


ENCHANTEUR PARIS MON AMIE WHITENING REFRESHING
(50ml)

Deodoran Enchanture Paris 'Mon Amie' Whitening Refreshing ini memberi manfaat perlindungan bau sehingga 72 jam dan anti peluh sehingga 24 jam. Untuk yang malas nak mandi sampai 3 hari bolehlah pakai deodoran ni. *gurau* . Deodoran ni mampu mengekalkan kesegaran dan memastikan pangkal lengan korang sentiasa berasa kering. Baunya bagi aku agak kuat sikit tapi agak refreshing. Boleh didapati dengan harga RM8.70 (50ml).


Dalam rangkaian Mon Amie, turut ada produk lain :
Double Moisture Parfum Serum
RM7.90 (85ml) , RM18.00 (275ml)

Light & Fresh Parfum Lotion
RM7.50 (100ml), RM16.95 (300ml)



ENCHANTEUR PARIS 'ADORE' PARFUM DEO MIST

Semburan Pewangi Deodoran Enchanteur Paris 'Adore' Parfum Deo Mist ni boleh memberi ketenangan kepada si pemakai. Baunya yang sangat lembut memang sangat mengasyikkan. Boleh didapati dengan harga RM10.10 (100ml).


Bau Adore ini boleh didapati dalam produk :
Antibacterial Care Parfum Lotion 
RM7.50 (100ml), RM16.95 (300ml)

Whitening & Soothing Parfum Anti-Perspirant Deodorant
RM8.70 (50ml)


Kalau tanya aku, aku sukakan wangian Belle Amour dan Adore. Dua bau ni sangat lembut bagi aku. Aku sangat relax. Nak rasa marah pun kekadang tak jadi sebab macam aku kata la.. baunya menenangkan jiwa. Haha!

Ada yang rasa macam aku tak?

GEGAR VAGANZA 3 - #DUETVAGANZA : SENARAI LAGU KONSERT KE-4

11:12 AM 2
GEGAR VAGANZA 3 - #DUETVAGANZA : SENARAI LAGU KONSERT KE-4
GEGAR VAGANZA 3 - #DUETVAGANZA : SENARAI LAGU KONSERT KE-4- Assalamualaikum wbt. Best jugak konsert semalam walaupun aku asyik tertido je. Badan ni makin lama asyik letih je, menyampah tau!

Oklah, semalam Rem telah tersingkir. Tamatlah riwayat #teamrem alkisahnya. Hahaha! Nak buat macam mana? Pilihan juri katanya. Nasib dia pun sama macam Zul Handyblack. Mereka hanya boleh bawak lagu genre mereka sendiri.

Minggu depan, mereka akan bersaing dalam tema Duet Vaganza. Tema ini akan menggabungkan peserta Gegar Vaganza 3 bersama bekan peserta Gegar Vaganza yang seterusnya. Jom tengok lagu apa yang mereka akan nyanyikan!



LAGU YANG BAKAL DINYANYIKAN PESERTA GEGAR VAGANZA 2016

Siti Sarah feat Rahmad Mega

Bunga Angkasa (Terrarosa)

Azharina feat Haleeda
Doa Buat Kekasih (Ramli Sarip & Khatijah Ibrahim)

Zarul Umbrella feat Faradhiya

Lelaki Ini (Anuar Zain)

Nora feat Ayai

Terlanjur Cinta (Roosa & Pasha)

Shidi Data feat Ezlynn

Lamunan Terhenti (Aris Ariwatan)

Zur Eda feat Mamat

Rindu Bayangan (Carefree)

Elly Mazlein feat Achong

Jangan Menangis Sayang (Safura & Oney)

Gmie Screen feat Nizam

Pada Syurga Di Wajahmu (Nash)

Ameng Spring feat Siti Nordiana

Nilai Cinta (Saloma & Ahmad Daud)

Intan Sarafina feat Fazli Zainal

Aku Yang Tersakiti (Judika)


====================================================

Aku perasan tau, kalau jenis peserta yang macam ada ura-ura akan keluar, depa akan bagi lagu boring dan tak best, Tapi tak tahulah kalau rezeki kan. Tak sangka semalam Intan Sarafina mampu bawak lagu Blackrose. So, tengok lah minggu ni apacam pulak persembahan retis-retis kita.

Sekian.

October 28, 2016

VIDEO SEORANG BAPA MERAMPAS DADAH DARI TOKAN DADAH

8:26 PM 1
VIDEO SEORANG BAPA MERAMPAS DADAH DARI TOKAN DADAH

VIDEO SEORANG BAPA MERAMPAS DADAH DARI TOKAN DADAH - Assalamualaikum wbt. Haaa ! Aku baru je lepas layan satu video ni. Dalam video tu menunjukkan seorang tukang dadah, dan seorang lagi remaja lelaki yang mungkin ingin membeli dadah tersebut.

Lepas tu ada watak seorang bapa yang berperang habis-habisan dengan si anak dan tokan dadah tadi. Pengakhiran cerita, dua-dua budak tu kena tangkap. Meh layan video kejap..

video

Mula-mula layan video ni, aku rasa macam over-acting pulak orang sekeliling tu. baca komen pulak ada yang macam maki hamun segala bagai. Bila diselidik betul-betul, ternyata sebenarnya kejadian itu hanya lakonan !

Ianya sejenis drama strategi yang tanpa disedari orang awam. Kebanyakkan tokan dadah ada disekeliling kita sebenarnya.


Dah..dah.. tak payah maki hamun budak muda tu. Kesian dia tau~

KISAH THAIR ABUD : BERJALAN KAKI DARI AUSTRIA KE MAKKAH

11:32 AM 0
KISAH THAIR ABUD : BERJALAN KAKI DARI AUSTRIA KE MAKKAH
KISAH THAIR ABUD : BERJALAN KAKI DARI AUSTRIA KE MAKKAH - Assalamualaikum wbt. Kedengaran agak sukar jika kita membayangkan kita berjalan kaki dari negara sendiri ke negara lain. Apa yang dilakukan saudara Thair Daud ni memberi inspirasi, kita mampu meraih tujuan dengan niat yang ikhlas dan kecekalan hati.


Dia seorang Muslim Austria yang berdarah Iran-Jerman. Thair Abud sanggup berjalan kaki sejauh 12,000 kilometer selama lebih kurang 300 hari semata-mata untuk menjejaki Tanah Makkah, Arab Saudi.

Dia ingin memenuhi janji terhadap kakaknya yang tersayang, seorang pengidap kanser payudara. Ianya sebagai dedikasi amal untuk membantu si kakak supaya melupakan kesakitannya.


Kisah bermula apabila kakaknya, Zaussen, memberitahu Thair bahawa dia mengidapi kanser payudara. Oleh kerana ingin memberi semangat pada kakak tersayang, Thair ingin berjalan kaki dari Austria ke Sepanyol. Zaussen telah memantau setiap perjalanan Thair untuk melupakan kesakitannya.

Thair telah berjalan dari Austria ke Sepanyol selama 102 hari . Setiap perjalanan disulami dengan kata-kata "For Zaussen" .

Tibanya Thair di Austria kembali, Zaussen memberitahu Thair bahawa setiapkali dia berasa sakit, dia mengikuti panduan Thair sepanjang perjalanan adiknya itu, sehingga dia melupakan segala kesakitan.

Thair berjanji, jika sepanjang perjalanannya ke Sepanyol mampu membuatkan kakaknya melawan sakit dan berasa sihat, dia akan menunaikan janjinya untuk ke Makkah dengan hanya berjalan kaki!

Akhirnya, Thair menunaikan janjinya dan dia bermula pada 25 Julai 2014 dan tiba di Makkah pada 17 Mei 2015.

Menarik kan?

October 27, 2016

BENCI KHAI BAHAR, TAPI TIBA-TIBA RASA SUKA!

11:07 PM 2
BENCI KHAI BAHAR, TAPI TIBA-TIBA RASA SUKA!
BENCI KHAI BAHAR, TAPI TIBA-TIBA RASA SUKA! - Assalamualaikum wbt. Entri santai jela memalam ni sebab hujan kan so mata pun macam bateri nak kong je! hahhaha. Kisahnya aku ni memang jenis tak berapa nak up to date sangat dengan artis-artis yang tumbuh macam cendawan ni.


Latest lagu tahun ni yang aku layan adalah dari Projector Band - Sudah Ku Tahu. Itupun aku tertinggal bas. Orang dah cover banyak lagu tu, baru aku mula minat lagu tu. Kesudahannya, aku jadi addicted sampai kat toilet pun aku nyanyi lagu Sudah Ku Tahu.


Lepas tu aku layan Elizabeth Tan - Tabah. Asyik laaa aku replay dia punya video clip. Nampak VETO sangat video clip dia tau. Lepas tu suara dia husky-husky gitu. Nasib baik aku perempuan, kalau aku lelaki? Errr........... ok skip la. Aku merapu dah ni.


Paling terbaru, tiba-tiba lagu Khai Bahar muncul dalam feed Youtube aku. Memula aku buat tak nampak je sebab aku bukan minat pun si Khai Bahar ni. Bebudak berjiwa KPop je minat Khai Bahar. Tapi aku silap weyyyyyyyyyyyyy !! Aku macam tergerak hati pulak nak layan dia punya single terbaru bertajuk Bayang.

First time dengar terus melayan. Lepas tu perati je muka Khai ni dalam video clip tu. Ok, aku dah faham kenapa bebudak berjiwa KPop itu sangat mencintai Khai Bahar. Gigi rabbit dia tu ! Itu aset dia rupanya. Hahhaa! In the end, sampai sekarang aku asyik play lagu Bayang itu. Nazak dah ni. Menyesal tau aku kutuk kaw-kaw budak Khai Bahar ni.

Apapun, semoga Khai terus maju dan bawak lagu best-best ye? Single ni dah cukup best bagi hakakkkk... Lulzzz ! Tuanya rasa diri ini.. kbai.

RESEPI QUESADILLAS DAGING VERSI GOJESSS

5:10 PM 2
RESEPI QUESADILLAS DAGING VERSI GOJESSS
RESEPI QUESADILLAS DAGING VERSI GOJESSS - Assalamualaikum wbt. Cerita dia cenggini tau. Aboy kemain la confident, dia cakap Mama ada beli roti naan instant dengan harapan kakak dia ni tolong buatkan roti naan cheese.

Aku pun confident la jugak kisahnya nak buat ayam tandoori tapi tak jadi kenyataan sebab yang Mama beli tu bukan roti naan, tapi tortilla instant.

Korang kalau nak cari roti tortilla bolehlah pergi Supermarket. Aku suka Brand Mission. Selain tortilla, Mission jugak ada produk roti naan dan roti pita. Wahhh iklan tak berbayar ! So aku macam nak share je resepi makanan Mexico yang aku buat haritu. Menjadi kesedapan buat adik-adik dan tuan suami. Hakakkk bangga !

Disebabkan resepi main campak-campak maka takdela sukatan tetap ye? Jangan marah aku pulak sebab memang aku sejenis manusia yang suka masak campak apa saja aku suka.


RESEPI QUESADILLAS DAGING VERSI GOJESSS
Bahan-bahan :
Daging kisar - tak kisah banyak mana
1 labu bawang holland - potong dadu
2 ulas bawang putih - cincang
1 biji tomato - potong dadu
Serbuk black pepper
Serbuk oregano
Serbuk garlic
Sedikit garam

Cara-cara :
Tumis bawang holland dan bawang putih, kemudian masukkan tomato. Masa tumis ni sukahati nak guna butter ke olive oil ke atau minyak biasa. Aku guna butter. 

Lepas dah harum semua bahan tu, masukkan daging, biakan seketika dan masuk segala serbuk dan garam. Dah masak, angkat letak tepi.

===========================================================

Bahan lain :
Roti tortilla
Sos kegemaran - Black Pepper @ Mayonis @ Sos Cili @ apa saja.....
Cheese keping - aku sarankan guna brand Kraft atau sukahati la nak guna apapun

Cara-caranya :
Letak tortilla atas pan. Biarkan panas sebentar dengan api slow. Firstly letak cheese atas tortilla. Kemudian sapu sos kegemaran korang. Selepas itu letak daging yang dimasak tadi. Last sekali letak cheese. Lipat. Biar cheese cair dan bolehlah diangkat.

===========================================================

Aku makan dengan Guacamole. Nak makan cenggitu pun okay je. Takde siapa nak marah. Aku sarankan guna cheese keluaran Kraft sebab cheese slice dia tak masin sangat. Haritu aku guna Anchor tersangatlah masin.

Inti dia tu sukahati lah korang nak buat macam-mana pun tapi pastikan roti tortilla tu garing sikit la kedua-dua sisi. Ok? Faham tak aku cuba explain ni?

See ya? Selamat mencuba.

DEEPAVALI DAH NAK DEKAT, INI ADA ▶RESEPI CANDY KELAPA◀ KHAS UNTUK KORANG YANG MENGGEMARINYA :)

KAYUHAN TRANSPLAN : SAMBIL BERBASIKAL, SAMBIL TINGKATKAN KESEDARAN TENTANG PENDERMAAN ORGAN

2:06 PM 0
KAYUHAN TRANSPLAN : SAMBIL BERBASIKAL, SAMBIL TINGKATKAN KESEDARAN TENTANG PENDERMAAN ORGAN
KAYUHAN TRANSPLAN : SAMBIL BERBASIKAL, SAMBIL TINGKATKAN KESEDARAN TENTANG PENDERMAAN ORGAN - Assalamualaikum wbt. Rasa terharu bila tengok satu kempen amal dimana dipanggil Kayuhan Transplan. Kayuhan Transplan ini diadakan bagi meningkatkan kesedaran tentang pendermaan organ bagi mereka yang memerlukan.

Barisan peserta yang terlibat.
Mereka adalah dikalangan jururawat lelaki dan seorang tentera.

KAYUHAN TRANSPLAN
Ianya sebuah kayuhan amal yang terdiri dari beberapa anak muda yang berkongsi hobi berbasikal dan mengayuh basikal sehingga ke pelosok tanah air demi membawa sokongan dan menyampaikan mesej pendermaan organ menggunakan logo Green Ribbon (Reben Hijau). Mereka menggunakan tagline Ride & Talk.

Para peserta melakukan perjalanan sejauh 650KM iaitu dari Kuala Lumpur ke Ipoh , seterusnya ke Kuala Lumpur kembali dengan hanya MENGAYUH BASIKAL !

Program ini diadakan pada 22 Oktober 2016 baru-baru ini dan berakhir pada 27 Oktober 2016. Sebelum ini Kayuhan Transplan telah diadakan pada Februari lepas iaitu sejauh 450KM.


Semoga dengan adanya kempen ini, dapat meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia supaya tidak takut untuk menderma organ. Jangan risau, dari sudut agama ianya diharuskan. Segala info korang boleh baca dekat Info Tentang Pendermaan Organ .



Pakcik sudah berikrar, anda pula?



Sebarang Maklumat Tentang Kayuhan Transplan :

Facebook Page
KAYUHAN TRANSPLAN

October 26, 2016

LIRIK LAGU | ARA AKADEMI FANTASIA : WARKAH UNTUKKU

4:34 PM 0
LIRIK LAGU | ARA AKADEMI FANTASIA : WARKAH UNTUKKU

LIRIK LAGU | ARA AKADEMI FANTASIA : WARKAH UNTUKKU - Assalamualaikum wbt. Harini mood aku macam bosan sikit. Lepas tu makan pun ada takde je sebab aku jenis tak lalu nak makan beberapa hari ni. 

Kalau dah bosan tu memang layan Youtube jela kan? Tetiba masa layan tu saja laa bukak lagu Ara Akademi Fantasia ni. Masa konsert aritu dengar macam best je walaupun lagu berulang-ulang. Err.. korang layan je la ye?




ARA AKADEMI FANTASIA - WARKAH UNTUKKU

[Verse 1]
Cintamu hancurkan zahirku
Rela di campak ke penjara
Dari diperlakukan begini

[Chorus]
Sungguh... kau yang ku mahu
Berdoa semoga kau akan berubah
Mendampingiku selalu...

[Verse 2]
Kasihku tolong lihatlah
Tunjuk dia jalan kepadamu
Yang tersesat tiada bertuju

[Verse 3]
Berikan hatimu padanya
Kau akan rasa cinta sebenar
Dalam kau mencari aku

[Chorus]
Sungguh... kau yang ku mahu
Berdoa semoga kau akan berubah
Mendampingiku selalu...

Sesungguhnya kau yang ku mahu
Berdoa semoga kau akan berubah

Mendampingiku selalu...


Apa yang aku suka, Ara ni suara dia macam lunak-lunak gitu. Kira sedaplaaa telinga aku mendengarnya daripada suara Reshma tu. Suara Reshma pun ok tapi dia macam tak sesuai nyanyi lagu Melayu. Telinga aku rasa menyampah mendengarkannya. Ehhh tiba-tiba jadi pengkritik plak, macam suara kau sedap.

oklah, bye.

RESEPI GUACAMOLE AVOKADO VERSI GOJESSS

12:41 PM 0
RESEPI GUACAMOLE AVOKADO VERSI GOJESSS
RESEPI GUACAMOLE AVOKADO VERSI GOJESSS - Assalamualaikum wbt. Hai semua? Macam dah lama je tak bersiaran kan? Haritu aku macam teringin nak buat Guacamole, so aku pergi Tesco Rawang dengan Lia, beli 2 biji avokado yang aku tak tahu sebenarnya buah tu dah masak ke tidak.

Dah beli tu macam excited laa nak buat Guacamole. Aku buat pagi keesokannya. Dah excited ready semua barang, sekali bila nak potong avokado tu kemainlah keras. Rasa frustrated gila-gila pulak. Lepas tu aku pun buat eksperimen, aku rebus avokado tu sampai lembut. Haaa! Baru boleh potong. Tak tahulah kalau avokado tu sebenarnya boleh masak ke tidak, tapi hakakkkk terdesak, buat je laaa..


RESEPI GUACAMOLE AVOKADO VERSI GOJESSS
Bahan-bahan :
2 biji avokado saiz sederhana - ambil isi
1/2 biji tomato - buang tengah dan dipotong dadu
2 biji cili padi - cincang
2 tangkai daun ketumbar - dihiris halus
1 labu bawang besar - cincang
1 ulas bawang putih - cincang
1 biji limau nipis - ambil jus
Secubit garam
Sedikit gula
*optional - serbuk bawang putih

Cara-caranya :
Gaulkan semua dan sejukkan dalam peti sejuk lebih kurang 30minit hingga 1 jam.

Aku sarankan gunakan sebiji avokado untuk permulaan. Manalah tahu tak kena dengan tekak korang kan? Kalau sebiji avokado tu guna 1/2 jela limau nipis, karang masam pulak. Aku makan dengan kepingan tortilla yang dibakar. Tuan suami makan dengan quesadillas. Balik Rawang haritu aku asyik buat Mexican Food je. Tetiba tekakkk nak jadi foreigneir katanya.. hahahhaa!

Selamat mencuba!

MINYAK HERBA ASMA MUJARAB : PENYEMBUH PENYAKIT ASMA DAN MELANCARKAN SALURAN PERNAFASAN (PASTIKAN ORIGINAL)

10:20 AM 0
MINYAK HERBA ASMA MUJARAB : PENYEMBUH PENYAKIT ASMA DAN MELANCARKAN SALURAN PERNAFASAN (PASTIKAN ORIGINAL)
MINYAK HERBA ASMA MUJARAB : PENYEMBUH PENYAKIT ASMA DAN MELANCARKAN SALURAN PERNAFASAN (PASTIKAN ORIGINAL) - Assalamualaikum wbt. Memang merimaskan jika ada batuk dan lelah. Nak tidur pun jadi susah kan? Rasa macam tidur kita terganggu. Bila kita diserang penyakit, sudah tentu kita ber-ikhtiar untuk mencari ubat kan?


Aku nak perkenalkan satu produk yang sesuai untuk pesakit asma, iaitu Minyak Herba Asma Mujarab. Selain daripada asma, minyak ini jugak boleh dijadikan alternatif untuk bayi yang berkahak, semput, selsema, kembung perut, sakit gigi, terseliuh, terkena api, digigit serangga dan macam-macam lagi.


PENGENALAN
Proses penghasilan Minyak Herba Asma Mujarab ni adalah secara tradisional dan telah melepasi ujian Pusat Akta Racun Negara dan bebas dari sebarang bahan merbahaya. Ianya diproses secara "HOME MADE" sejak 40 tahun yang lalu oleh Pakcik Lebai.

Ianya tidak pernah diproses daripada kilang bertaraf GMP atau di R&D semula di bawah Syarikat SDN. BHD.

Minyak Herba Asma Mujarab ini sudah lebih setahun di bawah syarikat Enterprise (SSM) dan mempunyai puluhan ribu testimoni daripada pengguna.


AWAS DENGAN PRODUK TIRUAN !

Menjadi resmi manusia, kalau sesuatu produk tu bagus maka wujudlah produk tiruan. Bila pakai barang tiruan, ada pengguna yang menyatakan tidak puas hati kerana produk itu tidak berkesan. Kalau nak tahu, terlalu banyak produk tiruan yang menggunakan nama Minyak Herba Asma Mujarab ni. Biasalah, nak untung dengan cara menciplak. Tak jujur namanya.

Untuk memastikan pengguna membeli produk yang original, HQ Minyak Herba Asma Mujarab telah mengeluarkan amaran supaya pengguna lebih berhati-hati ketika membeli.


Antara perkara yang boleh kita tahu andai produk ini original atau tiruan.
Perkataan untuk produk tiruan adalah "Lain-lain",
manakala original adalah "Lain-Lain".





KENALI KEASLIAN 
MINYAK HERBA ASMA MUJARAB .




CARA MEMASTIKAN BAHAWA MINYAK HERBA ASMA MUJARAB ADALAH ASLI
Disebabkan terlalu banyak produk ciplak Minyak Herba Asma Mujarab, maka mereka telah menyediakan Hologram supaya pengguna boleh mengesahkan andai produk tersebut adalah produk tiruan. Selain hologram, turut disertakan adalah QR Code dan Nombor Siri di belakang botol.

-


Bila dah beli yang original, insyaAllah berkesan kepada diri sendiri atau orang yang disayangi. Terlalu banyak testimoni positif melalui pengguna yang berpuas hati menggunakan Minyak Herba Asma Mujarab.







DAPATKAN PRODUK YANG ASLI.
JANGAN TERTIPU DENGAN PRODUK TIRUAN !


MAKLUMAT MINYAK HERBA ASMA MUJARAB

WEBSITE

FACEBOOK PAGE

NOMBOR TELEFON (HQ)
En. Hafis
013-480 6787 
(Bahagian Pemasaran)

Puan Nurul
017-6239935
(Produk Owner)



#minyakherbaasmaoriginal #herbaasma #herbaasmamujarab #minyakasma #minyakasmaoriginal #penawarasmamujarab 

October 24, 2016

GEGAR VAGANZA 3 - #ADABRAN : SENARAI LAGU KONSERT KE-3

8:54 PM 2
GEGAR VAGANZA 3 - #ADABRAN : SENARAI LAGU KONSERT KE-3
GEGAR VAGANZA 3 - #ADABRAN : SENARAI LAGU KONSERT KE-3 - Assalamualaikum wbt. Semalam sedih tengok Elly Mazlein nyanyi. Penganjur macam sengaja je nak buat Elly feeling lelebih dengan bagi lagu ntah hape-hape ntah. Kesian pulak nengoknya.

Oh ya, minggu ke-2, Razis Ismail tersingkir. Padahal Intan Sarafina punya persembahan biasa-biasa je. Well.. adat pertandingan laa kan..? Jom tengok diorang nyanyi lagu apa untuk minggu ke-3.


LAGU YANG BAKAL DINYANYIKAN PESERTA GEGAR VAGANZA 2016

Siti Sarah
Joget Sayang Disayang (Anita Sarawak)

Azharina
No Women No Cry (Bob Marley)

Zarul Umbrella
Generasiku (OAG)

Nora
Sudah Ku Tahu (Projector Band)

Rem
Penawar Rindu (Orkid Abdullah)

Shidi Data
Mengapa Dikenang Mengapa Difikir (Herman Tino)

Zur Eda
Karma (Cokelat)

Elly Mazlein
Perawan Atau Janda (Cita Citata)

Gmie Screen
Seni Berzaman (G-Mie)

Ameng Spring
Lelaki Seperti Aku (Aliff Satar)

Intan Sarafina
Penantian (Blackrose)

====================================================

Tak sabar nak tunggu next konsert sebab lagu diorang bawak ni macam mencabar je kan? Especially si Intan Sarafina. Si lembut nyanyi lagu rock macam mana laaa bunyi dia?? Hihi.. 

Cheers.

October 23, 2016

SINOPSIS SEGITIGA (ASTRO RIA)

8:58 PM 3
SINOPSIS SEGITIGA (ASTRO RIA)
SINOPSIS SEGITIGA (ASTRO RIA) - Assalamualaikum wbt. Semalam layan sikit je cerita Segi Tiga ni. Cerita ni arahan Yusry Abdul Halim. Aku sebenarnya jarang layan movie ni in fact kalau balik Rawang pun aku layan cerita Lara Aishah yang aku record tu.



TELEMOVIE : SEGITIGA
PENGARAH : Yusry Abdul Halim
PELAKON : Amerul Affendi, Sari Yanti, Farid Kamil

SINOPSIS
Lan adalah seorang juruteknik komputer yang sangat pendiam. Dia sentiasa membawa diri tanpa bergaul dengan rakan-rakan di pejabatnya. Suatu hari , Yusof iaitu rakan sekerjanya memperkenalkan Alina, seorang arkitek.

Lan meminati Alina dalam diam. Lan sedar bahawa Alina juga menyukai dirinya. Buktinya, Alina kerapkali merapati dan memberi hadiah kepada Lan. Walaupun Lan tahu Alina mempunyai seorang suami, tetapi Lan tetap menjalinkan hubungan bersama Alina.

Alina pernah memberitahu Lan bahawa suaminya seorang kaki mabuk, kaki pukul dan kaki perempuan. Lan yang sangat menyintai Alina telah berusaha membantu Alina dan memasang camera tertutup di rumah Alina.

Satu hari, Alina menghubungi Lan dan memberitahu bahawa dia telah dipukul oleh suaminya. Lan segera datang ke rumah Alina demi memastikan Alina selamat. Namun perkara lain diluar jangkaan Lan telah berlaku.
-----------------------------------------------------------------------------------------

REVIEW
Pengakhiran cerita tak berapa nak best. Penonton jadi tertanya-tanya tentang suami Alina. Lepas tu, Alina ni yang bermasalah, tapi Lan pulak yang dipenjarakan walaupun akhir cerita menunjukkan bukti yang Alina telah membunuh suaminya.

Sekian.

October 22, 2016

REZEKI ADA DI MANA?

4:18 PM 2
REZEKI ADA DI MANA?
REZEKI ADA DI MANA? - Assalamualaikum wbt. Dalam pada aku buat gila je depan semua orang, sebenarnya di lubuk hati rasa susah hati. JKM tuan suami dibekukan seketika sebab tak update. Bisnes pun takde laaa kencang mana, ada orang beli adalah. Kalau tak kami makan telur ayam. Haha !

Siapa yang follow FB aku mungkin tahu aku cuba menjadi sangat positif dan aku tidak macam dulu, asyik mengeluh tentang susah. Aku sedar, ada yang lebih susah dari aku. In fact, kesusahan yang aku tanggung sekarang tak sehebat kesusahan yang aku tanggung awal perkahwinan dulu.

Disebabkan JKM tuan suami dibekukan dan tunggu pihak atasan proses pembaharuan akaun, maka kami hidup ada takde je la. Nasib baik Mama Nora jenis memahami, adalah dia payung sikit. Itupun kami lakibini dah tebal muka tau.

Nak jadi cerita, dua hari lepas aku dengan tuan suami tak makan apa-apa selain perkongsian mee goreng masa breakfast. Lepas tu sampai keesokan harinya tak makan. Kononnya nak cover duit. Hati mula terasa sedih, tapi masih percaya Allah SWT akan bantu. 


Tuan suami menagih lapar, aku pulak serba salah nak masak sebab di rumah ni for seriously aku memang tak boleh gunakan dapur. Aku bingit.

Then, dengar ketung ketang kat dapur. Aku syak Mama Nora sebab macam tak dengar tanda-tanda dia keluar pergi kerja. Alhamdulillah, rupanya Mama Nora ada masak. Kemain berbukitlah nasi kami lakibini. Macamlaaa setahun tak makan, kan? Hahahahhaa!

Bukan itu je, Mama Nora hulur lagi duit poket. Lepas tu aku tersenyum sendiri. Alhamdulillah~

Benar kata pakar psikologi, kalau kita sentiasa positif, maka yang positif saja yang datang pada kita. Rezeki Allah SWT dimana-mana. Tak semestinya rezeki tu berbentuk duit kan? Tujuan aku kongsi cerita ni, cuma sebagai pesanan, jangan terlalu rasa kita ni kekurangan. Walaupun hanya ada 20sen pada kita, percayalah dengan pertolongan Allah SWT, insyaAllah.

Sekian.

RESEPI TOSAI HOMEMADE YANG LEMBUT

6:59 AM 2
RESEPI TOSAI HOMEMADE YANG LEMBUT
RESEPI TOSAI HOMEMADE YANG LEMBUT - Assalamualaikum wbt. Bestnya kalau dapat buat tosai sendiri. Boleh makan puas-puas. Lepas tu sukahati kita la nak letak apapun kan? Aku jumpa resepi ni dalam video kat Facebook. So aku transfer jadi sebuah penulisan sebab senang sikit nak refer bahan kan?

Sementara tu, aku share jela dulu resepi ni kat dalam blog. Mana tahu ada orang nak cuba, kan?

Sumber : Facebook

RESEPI TOSAI HOMEMADE YANG LEMBUT
Bahan-bahan tosai (dikisar bersama) :
2 mangkuk beras - rendam 8 jam
1 mangkuk uluthu - (kacang dal)
1 kepal nasi
sedikit air
sedikit garam

Cara-caranya :
Bahan-bahan diatas dikisar dan diperam selama 8 jam dalam suhu bilik. Kemudian, panaskan non-stick pan, griskan dengan minyak bawang, seterusnya leperkan adunan tadi di atas pan. Api slow je tau. Masak sehingga garing atau ikutlah tesktur yang macam mana berkenan di hati.


--------------------------------------------------------

Itu je? A'ah, itu je. Cuma timing tu agak merenyahkan jugak la kekdahnya. 8 jam tu macam lamaaaaaa je kan? So siapa yang teringin nak cuba bolehlah cuma. Kekadang makan kat kedai mamak pun belum terjamin kebersihannya kan? So kalau buat sendiri nampaklah kebersihan itu.

Selamat mencuba!

RESEPI CHUTNEY KELAPA SOS TOSAI

6:54 AM 0
RESEPI CHUTNEY KELAPA SOS TOSAI
RESEPI CHUTNEY KELAPA SOS TOSAI - Assalamualaikum wbt. Salam Sabtu. Wahhhh... cepat betul masa, rasa macam baru semalam je hari Sabtu, then datang balik hari Sabtu. Saja la aku nak share resepi chutney ni. Kalau pi kedai mamak kekadang tak sedap. So buat sendiri bolehlah buat ikut sukahati jugak kan?

Sumber - Google

RESEPI CHUTNEY KELAPA SOS TOSAI
Bahan-bahan (dikisar) :
1 mangkuk kelapa
4 ulas bawang putih
3 biji cili merah
air
sedikit garam

Bahan-bahan (digoreng dengan sedikit minyak) :
3 sudu biji sawi
3sudu jintan manis
2 tangkai daun kari

Cara-caranya :
Bahan kisar tadi diletak dalam mangkuk, dan dicampur dengan bahan yang digoreng. Siap! Korang boleh panaskan kejap chutney kelapa tu kalau korang nak.

Selamat mencuba!

October 21, 2016

SINOPSIS UNBROKEN (2014) : DARI ATLET MENJADI HAMBA

10:59 PM 0
SINOPSIS UNBROKEN (2014) : DARI ATLET MENJADI HAMBA
SINOPSIS UNBROKEN (2014) : DARI ATLET MENJADI HAMBA - Assalamualaikum wbt. Dah lama rasanya tak layan HBO since kalau balik Rawang, aku busy kat dapur. Kat Ampang aku macam busy kat bilik. Waktu aku bersama TV hanya di Rawang, bila malam. Tapi kejap je la sebab aku cepat letih lalu terlelap depan TV.

Sebenarnya aku nak layan cerita UNBROKEN ni sebab dekat info ada nama Angelina Jolie. Aku tak perasan rupanya dia director je. Bukan pelakon dalam filem tu. Gigih tau aku tunggu Angelina Jolie tapi macam tak muncul-muncul. Sedih hati aku~


FILEM : UNBROKEN
GENRE : Biografi
PENGARAH : Angelina Jolie
PELAKON : Jack O'Connell , Domhnall Gleeson, Miyavi, Garrett Hedlund & Finn Wittrock

SINOPSIS
Mengisahkan tentang Atlet Olimpik Lumba Lari, iaitu Louis Louie Zamperini. Beliau lahir di Torrance, California dan berasal dari keluarga Amerika-Itali. Semasa kanak-kanak, Louie seorang yang agak liar. Dia suka mencuri, minum arak serta merokok. Ianya menimbulkan kekecewaan ibubapanya.

Pada suatu hari, Louie ditangkap kerana melakukan satu kesalahan. Dia terus berlari dan saudaranya Peter kagum melihat kelajuan Louie ketika berlari. Dari situ, Peter memutuskan untuk melatih Louie menjadi seorang pelari yang berjaya.


Semakin membesar, Louie menjadi semakin berdisiplin dan menjadi atlet larian yang berjaya. Beliau mendapat nama samaran sebagai "The Torrance Tornado". Oleh kerana itu, dia layak untuk ke pertandingan Sukan Olimpik 1936 di Berlin, Jerman. Beliau mencapai rekod untuk kelajuan pusingan terakhir dalam perlumbaan 5000 meter.

Tahun 1943 ketika Perang Dunia Ke-2, Louie dan anak-anak kapal yang masih hidup dan beberapa penggantian akan dihantar dalam misi mencari dan menyelamat dengan pesawat. Semasa misi itu, dua enjin kiri pesawat gagal berfungsi dan pesawat itu terhempas di lautan. Louie, Mac dan Phil terselamat dan meneruskan hidup mereka di atas pelampung. Sumber makanan mereka adalah ikan di laut yang dimakan mentah dan juga air hujan. Pada hari ke-33, Mac mati.


Pada hari ke-47, tentera Jepun telah menangkap mereka dan menjadikan mereka hamba abdi. Kem mereka di Omori, Tokyo, telah diketuai oleh koperal Jepun, Mutsuhiro Watanabe. Dia sentiasa menyeksa Louie, seperti ada sebuah kebencian terhadap Louie.

Pada akhir perang, Louie dan banduan yang lain dibebaskan dan kembali ke rumah mereka. Louie ingin bertemu dengan Watanabe tetapi Watanabe telah melarikan diri.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kisah ni berdasarkan kisah benar tau. Awal cerita ni telah dinovelkan tulisan Laura Hillenbrand dengan judul bukunya yang bertajuk Unbroken: A World War II Story of Survival, Resilience, and Redemption. Well, bila cerita yang based on true story ni, aku memang suka tengok walaupun aku tak gemar cerita perang-perang. So far aku tak rasa boring dengan cerita ni. Cuma starting je ceritanya agak slow. 


REST IN PEACE
LOUIS LOUIE ZAMPERINI
(January 26, 1917 - July 2, 2014)

sekian.