Viral - Diculik Ketika Dalam Perjalanan Ke Sekolah - Tunsha Ayunie Punya Belog

September 22, 2016

Viral - Diculik Ketika Dalam Perjalanan Ke Sekolah

DICULIK KETIKA DALAM PERJALANAN KE SEKOLAH - Zaman sekarang, negara semakin tenat bila setiap hari ada saja kes penculikan yang berlaku. Ada yang kerana dendam, ada yang kerana nak ambil organ, tak kurang ada yang dijadikan sebagai pengedar dadah ataupun pelacur.

Seriously, masalah ni semakin kronik dalam Malaysia. Kegawatan ekonomi juga menjadi punca kenapa perkara macam ni berlaku.

Terbaru, seorang pelajar Tingkatan 3 , Sekolah Menengah Bandar Tun Hussein Onn dilaporkan telah diculik oleh dua orang lelaki yang menaiki motor. Pelajar yang bernama Nur Darleen Dazeera itu dikatakan duduk di tengah antara dua orang lelaki tu.

Kejadian dilihat oleh pemandu van sekolah dan pelajar yang berada di dalam van.


Bila kes macam ni berlaku, ramai dah tak percaya. Ada yang kata tak logik kalau Darleen mengikut je naik motor. Tapi ada kemungkinan dia telah diacu dengan senjata tajam ataupun pistol. Sometimes kita boleh being judgemental sebab tak kena pada diri sendiri.

Walaupun acapkali kes penculikan berakhir dengan penipuan "mangsa" sendiri, sebagai manusia yang prihatin, kita wajarlah membantu kan?

Ada update yang cakap dah jumpa. Tapi sebenarnya belum. Kekadang sakit hati dengan viral-viral yang tidak sahih ni. Keluarga mangsa sendiri mengesahkan yang Nur Darleen belum ditemui.

Apapun, semoga mangsa dalam keadaan selamat dan dijumpai. Amin. Haaa ! Jika orang ramai mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh hubungi En Jalal 0102709043 atau balai polis terdekat.

2 comments:

  1. Jangan terlalu cepat menghukum.. Right, I like.. >,<

    ReplyDelete
  2. Kes macam nilah yang buat akak jadi semakin over protective, Dik. Bukan apa, sebab kita sayang dan risaukan keselamatan anak-anak. Bukan suka-suka nak melarang itu, ini.

    Mujurlah pemandu van tu ambil kisah walaupun boleh aje nak buat kesimpulan mungkin budak ni nak ponteng sekolah, ikut pakwe dan sebagainya. Nasib baiklah dia telefon mak budak nikan. Kalau tidak, akak pun tak tahu apalah kesudahan nasib budak ni!

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.