UJIAN SPIROMETRY UNTUK PARU-PARU - Tunsha Ayunie Punya Belog

September 14, 2016

UJIAN SPIROMETRY UNTUK PARU-PARU

UJIAN SPIROMETRY UNTUK PARU-PARU - Beberapa hari tak makan memang buat aku kehilangan banyak sangat tenaga. Masa menaip ni pun dalam kondisi yang agak parkinson jugak sebenarnya. Menggigil tapi bukan sejuk, tapi hilang tenaga.

Bercerita mengenai Spirometry, tadi aku ada Spirometry Test untuk paru-paru. Ujian tu untuk tengok kondisi paru-paru aku disamping perlunya ujian tu untuk buang tiroid aku nanti. Tapi operation untuk buang tiroid tu tak tahulah bila.

Aku memula ingat ujian paru-paru ni sekadar scanning je, sebenarnya bukan. Nak check paru-paru ni diorang guna Spirometer. Sejenis alat yang digunakan untuk check berapa jauh pernafasan kita.

Macam ni lah rupa alat Spirometer tu.
======================================

Proses Spirometry
  • Mula-mula aku disuruh tarik nafas sedalam yang mungkin.
  • Lepas tu letak benda alah tu dalam mulut.
  • Kemudian hembus nafas ikut mulut selama 6 saat secara kuat.
Lepas tu, ikut kondisi masing-masing la. Aku buat 3 kali terus rasa nak collapse. Dah nampak bulan bintang. Terus kena pakai nebulizer pulak dah.



Lepas dah pakai nebulizer tu selama setengah jam, proses disambung semula. Jujurnya lepas buat test tu, badan aku lost control. Aku menggigil sepanjang masa sehingga sekarang. Mungkin jugak sebab aku tak makan so takde benda nak cover tenaga aku lepas proses ni. Actually ini pengalaman pertama aku check paru-paru.

Aku saspek aku asma, tapi diorang tak cakap apapun. Result pun aku tak tahu. Apapun doakan aku cepat sihat ye?

Sekian.

2 comments:

  1. Ya Allah.. Susah je ya..
    Semoga sentiasa sihat SHa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi.. agak susah tapi kena jugak check sebab Sha selalu semput..

      Delete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.