SUMBER AYU PEMBERSIH WANITA DENGAN EKSTRAK SEMULAJADI SIRIH - Tunsha Ayunie Punya Belog

September 05, 2016

SUMBER AYU PEMBERSIH WANITA DENGAN EKSTRAK SEMULAJADI SIRIH


SUMBER AYU PEMBERSIH WANITA DENGAN EKSTRAK SEMULAJADI SIRIH | Kebersihan tubuh badan sangat penting terutama bahagian intim wanita. Dari pengalaman aku, aku pernah dijangkiti fungus sebab aku jarang menjaga Miss V aku. Pengalaman satu pengajaran kan? Lepas dah meningkat dewasa, baru la rasa nak menjaga Miss V aku betul-betul.

Kalau nak tahu, bahagian intim kewanitaan kita tu adalah tempat yang paling senang dijangkiti bakteria tanpa kita sedar. Jangan ingat kalau kita basuh bersih-bersih, bakteria terus hilang ya!


Basuh dengan air dan sabun biasa tidak akan buat Miss V kita betul-betul bersih. Lepas tu kalau kita beli feminine wash pun kadang-kadang ada chemical kan? Untuk pengetahuan korang, Sabun Pembersih Wanita dari Sumber Ayu ini kaya dengan ektrak daun sirih yang memang terkenal sebagai antibiotik untuk tubuh badan.

Sumber Ayu kini diperbaharui dengan pelbagai haruman, Sesuai dengan mood kita. So korang boleh pilih la bau apa yang berkenan di hati itu. Yang pasti, semuanya wangi-wangi. Benda wangi ni memang boleh buat kita bersemangat kan?

Aku diberi peluang mencuba 3 jenis bauan daripada Sumber Ayu ni. Sebelum ni aku memang gunakan bauan Gambir. Lagi dua tu bau yang baru bagi aku. 


Pembersih Wanita Daun Sirih Sumber Ayu Mawar (Rose) : Wangian mawar mekar yang manis memberikan aroma yang menenangkan dan rasa bersih sepanjang hari. Pilihan untuk wanita yang berjiwa romantis.


Pembersih Wanita Daun Sirih Sumber Ayu Floral : Kombinasi percikan aroma pelbagai bunga memberikan rasa segar sepanjang waktu. Ciptaan ideal bagi wanita yang sentiasa ceria.


Pembersih Wanita Daun Sirih Sumber Ayu Gambir : Bauan herba yang harum serta memberikan kesegaran semulajadi. Pilihan yang amat baik buat wanita jenis klasik dan sofistakated dan menghargai alam di alam kehidupan.

Pembersih Wanita Daun Sirih Sumber Ayu Orkid : Haruman segar dari kuntuman orkid, memberikan wangian ringan dan rasa bersih. Sesuai buat wanita yang sentiasa ingin mengekalkan keanggunan dalam pelbagai cara.

Pembersih Wanita Daun Sirih Sumber Ayu Musk :  Aroma semulajadi kasturi yang ringan boleh menyuntik kesegaran optimum agar kekal sepanjang hari. Sesuai untuk wanita yang sentiasa meminati harumah patchouli yang terkenal dengan nuansa anggun.

Pembersih Wanita Daun Sirih Sumber Ayu Fruity : Aroma manis buah-buahan tropika mampu setiap wanita berasa bersih dan segar sepanjang hari. Pilihan untuk gadis lincah, ceria dan sentiasa bersedia dan yakin dalam apa jua keadaan.

Semua rangkaian Pembersih Wanita Daun Sirih Sumber Ayu ini boleh didapati di semua pasaraya utama dan farmasi pada harga RM3.60 (90ml) dan RM5.80 (200ml).


Dulu setia dengan bau Gambir. Sekarang ni jatuh cinta dengan bau rose. Agak-agak korang suka bau yang mana? Terima kasih sudi baca ya.

Cheers,
Tunsha.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.