Safiey Ilias Kembali Menjadi Pondan ! - Tunsha Ayunie Punya Belog

September 06, 2016

Safiey Ilias Kembali Menjadi Pondan !


Sofea Ilias ataupun nama lelakinya, Safiey Ilias, adalah seorang usahawan muda yang berjaya. Umur dia baru 19 tahun ketika dia mula mengecapi kejayaan. Aku memang salute dengan usaha dan kejayaan dia. Boleh kata dia ni antara jutawan jugak la dalam diam.

Mula-mula aku tak tahu pun dia ni maknyah atau senang cerita pondan la. (rasa tak sampai hati nak taip cenggini). Ok, lepastu tetiba je sensasi dengan berita dia nak berubah dan kembali kepada fitrahnya sebagai seorang lelaki. Waktu tu dia dah buat pembedahan membuang silikon semualah. Sampai TV Alhijrah pun dah jadikan Safiey Ilias ni sebagai ikon dakwah.

Tak semena-mena, tiba-tiba je pulak Safiey ni buat announcements  yang dia sudah kembali menjadi pondan akibats sudah tidak tahan dengan tohmahan masyarakat terhadapnya.


Aku tidak salahkan atau mengeji Safiey atas keputusan yang dilakukan. Umurnya baru 22tahun dan untuk membuat keputusan pada umur macam ni memang susah, especially bila dah nak berubah, orang kecam pulak. Tanya soalan yang bukan-bukan.

Orang nak berubah, patut kita bagi moral support. Bukan down-kan dia. Tak semua orang kuat dari segi mental. Aku faham.

Untuk Safiey Ilias, kalau awak baca, moga awak berubah. Tak apa kalau tidak berubah secara drastik. Slow-slow supaya awak istiqomah ye.

Apapun, doa aku supaya Safiey Ilias seadanya berubah kepada fitrah asal sepenuhnya. Doakan yang terbaik. Nak maki pun tak guna, yang merasa dan menanggung tu dia.

[UPDATE] :  Ada yang kata sebenarnya Safiey ni acah-acah dalam segala hal sebab nak naikkan bisnes dia. Ada stokis pulak yang kata Safiey ni penipu bla bla bla. Nanti kita tengok kesudahannya ye?

Cheers,
Tunsha

2 comments:

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.