RESEPI : Sagu Sirap Gula Kabung Bersama Santan Versi Gojesss - Monolog Aku Cuma Di Kiri

September 12, 2016

RESEPI : Sagu Sirap Gula Kabung Bersama Santan Versi Gojesss

Assalamualaikum wbt.

Hari Raya Aidiladha kian berlalu. Aku tak raya sangat tahun ni. Dari malam raya dah rasa macam nak demam, sejak daripada aku update yang aku sememangnya kurang sihat kebelakangan ni. Lepas tu bangun pagi je tolong mama prepare laksa johor, lepas tu terus hilang mood --- sakit makin menjadi-jadi, sengal tulang!

Malam raya tu, tekak aku teringin nak makan sagu bersirap gula merah. Aku pun buat la. Kali ni puas hati sikit, sebab caranya lain daripada aku buat sebelum ni. Atas tunjuk ajar Kak Ana Jasmine jugak, dan sedikit bantuan Google. Tapi kan, aku buat guna gula kabung je sebab gula merah takde.


RESEPI SAGU SIRAP GULA MELAKA BERSAMA SANTAN
Bahan-bahan :
1 mangkuk sagu - rendam 1 jam
4 cawan air - dari mangkuk yang sama ukuran dengan sagu tadi

Cara-cara masak sagu :
Toskan sagu yang telah direndam. Masukkan sagu kedalam periuk bersama air. Masak dalam api sederhana dan sentiasa kacau untuk mengelakkan sagu daripada hangit. Masak sehingga mata putih sagu hilang. Kemudian sejukkan.

Bahan-bahan (air gula) :
1 ketul gula kabung
2 sudu gula putih
1-2 mangkuk air

Cara-cara masak air gula :
Panaskan air dan masukkan gula kabung. Selepas mendidih masukkan gula putih dan biarkan gula kabung hingga cair. Masak sehingga pekat sikit dan sejukkan.

Optional :
Santan pekat @ susu cair
---------------------------------------------------

Sagu tu awal-awal memang macam cair, tapi bila dah sejuk dia macam kental sikit. So nak makan, ambik la sagu tu bubuh dalam mangkuk, letak santan @ susu cair lepas tu letak air gula. Dah... pergi sana duduk makan dediam..

Ada orang bagitahu aku makan dengan susu cair lagi sedap dari santan. So terpulanglah. Nisbah untuk sagu dengan air adalah 1:4 , meanwhile , 1 mangkuk sagu bersamaan 4 mangkuk air.

Cheers,
Tunsha

1 comment:

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.