RESEPI : RANCH DRESSING HOMEMADE - Tunsha Ayunie Punya Belog

September 21, 2016

RESEPI : RANCH DRESSING HOMEMADE

Kisah dia, adik aku si Aboy ni, nak makan apa-apa dia memang request je. Sama la macam seisi rumah ni... memang kaki request punya manusia kecuali Adib. Dia maybe cam segan sikit dan jenis apa orang masak, dia makan je.

Ceritanya, Aboy ada tag aku satu resepi kentang ni. Benda tu macam cheesy jugak la. Aboy kan dia memang minat benda cheesy-cheesy ni tusebab dalam adik beradik aku, dia paling gemuk. Sekarang dalam operasi diet, tapi tetap gak suka makan cheese.

Dalam resepi tu ada bahan yang bernama Ranch Dressing. Apa kebendanya tu? Tak pernah pun nampak kat Malaysia ni. Haha ! So aku Google je la, sebab aku ni rajin. Aku suka buat semua benda homemade. Tapi aku tak gemuk pun, tu yang misterius sangat.

By the way, Ranch tu kalau aku Google maksud dia "ladang ternak". So aku nak share je la resepi yang aku Google dekat page omputeh tadi tu.

Guna gambar hiasan dari Google dulu.

RESEPI RANCH DRESSING
Bahan-bahan :
1/2 cawan buttermilk
1/2 cawan mayonis
6 sudu besar krim masam (sour cream)
2 sudu besar jus lemon
1 labu bawang kecil - cincang
1 ulas bawang putih - cincang
1/2 sudu besar daun sup/daun bawang - cincang

Cara-cara :
Campurkan semua sekali, sebatikan menggunakan whisk dan simpan dalam peti sejuk.

Nanti hari kejadian kentang tu aku post ye. Aku selalu masak hari Ahad & Isnin je kat Rawang. Hahaha ! Ok semoga bermanfaat.

6 comments:

  1. hamboiii sangat...skrg western je resepi dia..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tetiba tersuka pulak... kalau tak kekampungan saja tekak ni... hahahhaa! culture shock katanya...

      Delete
  2. Replies
    1. Yup kaklong... macam sos salad lah gitu tapi yang ni savouri sikit..

      Delete
  3. Macam menarik pulak. Akak pun suka juga kentang. Kalau boleh, dalam setiap masakan nak bubuh kentang tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama!!! memang suka benda yang ubi2 ni... rasa heaven sangat kalau makan..

      Delete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.