RESEPI : Pancake Daun Bawang Versi Gojesss - Monolog Aku Cuma Di Kiri

September 05, 2016

RESEPI : Pancake Daun Bawang Versi Gojesss

Assalamualaikum wbt. Tiba-tiba rasa nak makan Spring Onion Pancake atau Pancake Daun Bawang ni sebab selalu makan kat kedai Taiwan sampai RM8 hokeyyyy........... mahal nak mati padahal boleh je buat sendiri. Boleh buat banyak dan makan pun puas!

Aku buat untuk breakfast tadi sebab tuan suami kalau balik rumah mak aku, asyik tanya nak breakfast apa. Kalau kat rumah mak dia takde pulak nak breakfast bagai. Haha ! Oklah, aku sertakan resepi je.

(Tak pernah nak cantik gambar2 dalam blog ni)
*sentap*

RESEPI PANCAKE DAUN BAWANG VERSI GOJES
Bahan-bahannya :
Segenggam daun bawang - dipotong panjang 1 inci
1 cawan tepung gandum
1 biji telur (ambil kunin je)
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil garam
air secukupnya
1 senduk minyak panas

Cara-caranya :
Campur semua bahan. Bancuhan ni kalau boleh korang buat la cair sikit so dapat la macam rangup2. Tapi kalau nak tekstur dia macam gebu2 cucur, boleh la buat pekat. Takde hal, tekak korang sukahati koranglah kan? Hihi

Ok, panaskan non-stick pan. Letak minyak dalam 2 sudu ke 3 sudu besar. Bila minyak dah panas, campur dalam adunan tadi. Kacau bagi sebati. Lepas tu masukkan 1 senduk adunan dalam pan dan biar garing, baru terbalikkan.

Sedap cicah dengan kicap cair + bawang putih cincang. Seeloknya kicap cair & bawang putih tu diperap sehari dulu. 

Tuan suami suka sangat sampai habis dia makan tadi. Kemain gumbira hati hakakkkk tau! Oklah, bye2.

Cheers,
Tunsha

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.