RESEPI : PANCAKE BAWANG DAUN BAWANG TANPA TELUR

RESEPI : PANCAKE BAWANG DAUN BAWANG TANPA TELUR - Assalamualaikum wbt. Ada setengah orang memang tak makan telur atau elergik telur kan? Tadi aku saja laaa test buat pancake daun bawang versi takde telur. Sebelum ni aku buat guna telur dia macam rasa gebu sikit. Yang tanpa telur ni rangup-rangup pulak. Macam biasalah, aku kalau breakfast kat Rawang, itu je makanan aku. Tuan suami pun suka je.


RESEPI PANCAKE DAUN BAWANG TANPA TELUR
Bahan-bahan
2 batang daun bawang - dihiris
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 gelas air sejuk berais
Sedikit garam
Sedikit minyak panas

Cara-cara
Campurkan kesemua bahan, letakkan sedikit minyak atas pan dan letak adunan atas pan dan leperkan. Masak sehingga garing.

Kes aku, lepas goreng tu aku potong guna gunting, senang nak makan! Haha ! Oh ya, pancake ni sedapnya makan dengan kicap cair campur bawang putih cincang. Aku tambah sikit air dalam kicap cair, campur bawang putih dan panaskan kejap dalam microwave.

Selamat mencuba!
RESEPI : PANCAKE BAWANG DAUN BAWANG TANPA TELUR RESEPI : PANCAKE BAWANG DAUN BAWANG TANPA TELUR Reviewed by Tunsha Ayunie on September 19, 2016 Rating: 5

5 comments

  1. sedap juga ala2 lempeng ... tu mkn ngan kuah ape tu

    ReplyDelete
  2. rajin masak jugak Auni ni rupanya..kalau akak macam ni akak makan dengan gulai..hehehh sedap..

    ReplyDelete
  3. sedap nampak pancake gini n boleh letak apppa saja yg disukai

    ReplyDelete
  4. suka wat eksperimen dengan masakan kan.
    seronok especially bila sedap hasilnya.

    ReplyDelete
  5. Akak kalau dah ala-ala lempeng ni mestilah nak cicah dengan kuah kari ke, asam pedas baki lauk semalam ke, barulah ngam. Mixed western n eastern food katanya ^_^

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.