RESEPI : NASI GORENG SIMPLE TAPI SEDAP

Assalamualaikum wbt.

Dah balik ke Ampang. Rasanya harini trafik macam slow je tapi isssokayyyy lah uolssss, aku bukan kisah sangat walaupun ternyata sebenarnya aku memang kisah! Hahahaha! Oklah, haritu hari Sabtu aku balik Rawang, rumah mama dan abah aku. Lepas tu hari Ahad masing-masing berpuasa Arafah, kecuali aku dengan tuan suami sebab kami tak sihat. Then aku masak je nasi goreng. Nasi goreng ni memang aku buat dari dulu sentiasa sedap. Lulzzzz


RESEPI NASI GORENG SIMPLE TAPI SEDAP
Bahan-bahan
2 mangkuk nasi sejuk - digaul dengan garam
Ayam - aku potong kecik-kecik
Kicap manis
Sedikit sos ikan - Tak ada pun takpe

(bahan kisar)
15 biji cili api
1 biji cili merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil belacan
2 sudu besar ikan bilis

Cara-cara
Panaskan minyak dalam 3 sudu besar, lepas tu tumis bahan kisar hingga sedikit garing. Masukkan ayam biar masak kejap. Kemudian letak kicap dan sos ikan, dan akhir sekali masukkan nasi. Gaul rata dan SIAP!

Oh ya, aku ni peminat Pasti Sedap Knorr so aku letak sikit, maka sedaplah jadinya... hahahaha ! Itu optional la kalau tak letak sos ikan. Aku masak memang tak letak sayur tapi kalau korang nak letak pun ok je, takde masalah pun. Aku jugak tak letak telur sebab aku macam tak suka je nasi goreng yang ada telur, kalau korang nak letak pun itu kehendak korang, siapalah aku nak halang kan kan kan?

Selamat mencuba resepi NASI GORENG SEDAP MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI ^^~

Cheers,
Tunsha
RESEPI : NASI GORENG SIMPLE TAPI SEDAP RESEPI : NASI GORENG SIMPLE TAPI SEDAP Reviewed by Tunsha Ayunie on September 13, 2016 Rating: 5

No comments

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.