RESEPI : Ketupat Daun Palas Versi Mama Gojesss

Assalamualaikum wbt. 

Hakakkk kat rumah mama kat Rawang ni. Biasalah, raya-raya memang bercuti kat sini je. Tak raya pun every week mesti balik Rawang. Hmm... cerita pasal raya ni kan, mama memang rajin buat ketupat daun palas tau. Sebab itu nostalgia dengan arwah opah, mama tak boleh lupa.

Kalau dulu arwah opah yang tolong lipat daun palas, sekarang kerja tu dah jatuh kat tangan tuan suami. Tuan suami je yang rajin lipat daun palas tu. Tapi semalam abah dah tolong separuh, so harini kami buat lagi separuh.

Cara-cara lipat daun palas.


RESEPI KETUPAT DAUN PALAS VERSI MAMA GOJESSS
Bahan-bahan :
1 kg pulut susu
1 biji kelapa dijadikan santan
sedikit garam

Cara-caranya :
Pulut dimasak dengan santan dan garam. Jangan terlalu masak nanti tak sedap. Cukup sekadar santan meresap dalam pulut dan tutup api. Bolehlah dibungkus dalam daun palas.

Kemudian rebus dalam air yang diletakkan daun pandan. Ada orang rebus dalam santan cair tapi mama aku tak buat. Korang nak buat boleh je. Hiks!

Senang kan? Nisbah pulut dengan santan tu 1:1 . Ok itu je, Selamat Hari Raya!

Cheers
Tunsha
RESEPI : Ketupat Daun Palas Versi Mama Gojesss RESEPI : Ketupat Daun Palas Versi Mama Gojesss Reviewed by Tunsha Ayunie on September 11, 2016 Rating: 5

3 comments

  1. lama xbuat ketupat..

    emm knangan sungguh..

    ReplyDelete
  2. syoknyaaa buat sendiri..mesti dapat banyak kan? Sally ni kaki makan je..hahahaha

    ReplyDelete
  3. kami buat ketupat segera je
    ketupat kedai
    hak3

    selamat hari raya aidiladha cik sha ^_^

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.