RESEPI : Kentang Berjaket Keju Bakar - Tunsha Ayunie Punya Belog

September 09, 2016

RESEPI : Kentang Berjaket Keju Bakar

Alahai... aku kalau citer kentang ni telan air liur sangat rasanya lagi-lagi kalau combine dengan butter atau cheese. Waktu zaman kegawatan ekonomi baru kahwin dulu, husband suka rebuskan aku ubi kentang makan dengan gula. Haha ! Pun sedap uolssss..

Maka aku abadikan resepi ni untuk tatapan aku dan korang jugak.


Gambar hiasan

RESEPI KENTANG BERJAKET KEJU BAKAR
Bahan-bahan :
2 biji kentang - sederhana besar
1 sudu teh minyak zaitun
2 sudu teh mayonis
Keju ceddar yang diparut
2 tangkai daun bawang - dihiris halus & bahagi 2 bahagian
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
Mentega cair

Cara-cara :
Panaskan oven dengan kepanasan 200'C.

Cuci kentang dan keringkan. Kemudian cucuk-cucuk dengan garfu dan letak diatas dulang pembakar. Sapukan dengan minyak zaitun dan bakar hingga masak. Proses pembakaran bergantung pada saiz kentang. Pastikan sentiasa periksa kentang tu.

Sambil tu, campurkan keju parut, daun bawang dan mayonis. Setelah kentang masak. keluarkan kentang. 

Potong kentang dalam 1/3  di bahagian atas. Keluarkan sedikit isi kentang dan campur dengan campuran mayonis dan keju tadi. Masukkan semula dalam kulit kentang. Taburkan keju selebihnya dan bakar kembali ke dalam oven sehingga keju cair.

Keluarkan kentang dan sapukan mentega cair dan taburkan lebihan daun bawang.

Siap.

-----------------------------------------------------

So nanti rasa macam nak buat kat rumah mama balik ni. Tapi............. dah nak raya ni macam harapan sangat nak buat makan-makan! Haha! See how lah ye, kalau aku buat nanti aku update. Korang nak cuba boleh lah ye?

Cheers,
Tunsha

2 comments:

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.