September 04, 2016

RESEPI : Durian Crepe Kastard

Assalamualaikum wbt. Sekarang musim durian sampai kekadang bosan je makan durian kosong kan? Sebenarnya aku pernah buat durian crepe ni tapi guna tepung ntah hape2 so rupa dan rasa pun macam so-so aje. NI aku jumpa resepi durian crepe yang bahannya memang ada kat rumah, nanti2 aku try buat.... haha! Durian takde, so aku letak resepi jela dulu ye?


RESEPI DURIAN CREPE KASTARD
Bahan-bahan (inti):
1cawan susu segar
1sb tepung kastard
1sb gula
isi durian

Cara-cara masak inti :
Dalam satu periuk, panaskan susu segar, masukkan tepung kastard, gula serta durian. Ketepikan.

Bahan-bahan (crepe) :
210ml air
3/4 cawan susu segar
210ml minyak mazola/sayuran
sedikit esen vanilla
sedikit pewarna kuning
1sb tepung kastard
1sb tepung ubi kayu
1sb tepung ubi kentang
1sb tepung jagung
5sb tepung gandum
1 biji telur

Cara-cara masak crepe :
Campurkan semua bahan dan tapis. Panaskan non-stick pan, masukkan lebih kurang satu senduk adunan dan buat adunan yang nipis.

Bahan lain :
1 cawan whipping cream

Cara buat durian crepe :
Lapiskan crepe yang telah dimasak ke dalam pinggan. Kemudian letak sedikit whipping cream dan inti, Lapis sekali lagi dengan whipping cream dan bolehlah dilipat.

Rasa? So far durian crepe aku buat sebelum ni tak sedap sebab guna tepung hong kwe. Tapi aku yakin resepi yang aku share ni sedap. Selamat mencuba ye ^^~

Cheers,
Tunsha

4 comments:

  1. RAMAI YG SUKA DURIAN CREPE NI SEDAP..PANDAI SYA BUAT...KAK MKN JE TAU HEH..HEH..

    ReplyDelete
  2. Sedapnya durian crepe.... makan je tau saya... hihih

    ReplyDelete
  3. saya tak tahu kenapa saya kurang gemar crepe ni..
    ehhh..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.