RESEPI : Cempedak Goreng Rangup Dan Sedap Versi Gojesss - Tunsha Ayunie Punya Belog

September 07, 2016

RESEPI : Cempedak Goreng Rangup Dan Sedap Versi Gojesss

So kisah dia sekarang adalah cempedak goreng sangatlah mahal. Seulas cempedak goreng berharga 50-60sen tak kisahlah saiz dia kecik dan besar. Kadang tu bila beli. cempedak dia kemainlah serap minyak sampai tak lalu nak habiskan. Bayangkan beli mahal-mahal tapi takde klimaks makan!

Balik je rumah mama haritu, dapatlah makan cempedak goreng yang rangup walaupun keras. Keras tu aku tak kisah sebab bila keras tu, cempedak dah sejuk pun tak benyek atau lembik sangat. So saja nak mematrikan resepi dalam blog ini! aha !


RESEPI CEMPEDAK GORENG RANGUP
Bahan-bahannya :
2 senduk tepung beras
3 sudu besar tepung jagung
Air secukupnya
Sedikit kunyit
Sedikit garam
Sedikit minyak panas - Dalam dua sudu

Cara-caranya :
Campur semua bahan termasuk minyak panas dan biarkan bancuhan dengan kepekatan yang betul ya. Kalau boleh biarkan bancuhan pekat. Panaskan minyak dengan api besar. Celup isi cempedak dalam bancuhan tadi dan goreng dalam api sederhana sehingga garing.

Seriously cempedak mama dapat dari member dia tu manis sampai aku tak boleh nak stop makan. Yang penting tak serap minyak hokeyyy ! Ok siapa tak tahu masak tu sila belajar masak kalau tak nanti rugi.... *tetibe*

Kbai.

2 comments:

  1. sedapnya cempedak goreng makan panas2.... hehe

    ReplyDelete
  2. sdap tu...susah nak cari cempedak..mhal.huhu

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.