September 18, 2016

RESEPI BAWANG GORENG RANGUP DAN SEDAP HOMEMADE

RESEPI BAWANG GORENG RANGUP DAN SEDAP HOMEMADE - Assalamualaikum wbt. Entri resepi jela harini sebab perut aku jadi tak stabil bila duduk rumah Mama ni. Asyik makannnnn je ! Pagi tadi makan lontong dan kuah lodeh dengan sambal sotong kering. Tengahari pulak mama masak soto.

Mama sekarang suka buat bawang goreng sendiri. Aku pulak tukang habiskan dia punya bawang goreng. Nak hiris bawang nipis-nipis tu memang hazabbbbbbb sangat tapi nak habiskan cepat je ! Meh laaa hakakkk share resepi ye?


RESEPI BAWANG GORENG RANGUP DAN SEDAP HOMEMADE
Bahan-bahan :
2 paket bawang kecil - dihiris halus
Sedikit garam - digaul bersama bawang hiris
Minyak

Cara-caranya :
Bahan-bahan diatas kira basic la kan. Ada orang tambah brown sugar sikit. Terpulang la. Tapi ini kira mama punya style.

Panaskan minyak dengan api besar dalam kuali. Agak-agak dah panas tu terus slowkan api. Janganlah panas sampai berasap dapur. Hahaha !

Lepas tu, masukkan je bawang dan goreng hingga garing. Make sure api slow okay? Sat lagi kalau api besar bawang goreng korang akan hangit atau pahit, tak sedap !

Pastikan selalu gaul-gaul bawang yang sedang digoreng. Buat bawang goreng ni memerlukan kekuatan mental dan kesabaran yang tinggi. So terserah anda! Yeyyy dah ada bawang goreng sendiri.

Sekian.

1 comment:

  1. Sebab ianya memerlukan kesabaran yang tinggi walaupun mudah, tak jadilah akak nak buat bawang goreng sendiri. Kak beli kat kedai aje. Akak ni pemalas sikit ^_^

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.