September 02, 2016

Perlu Ke Pandang Sinis Pada Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU)?


Assalamualaikum wbt.

Dalam pada kita rasa Malaysia ini maju, tetapi pemikiran rakyat Malaysia di takuk yang lama. Masih rasa pelik dengan kekurangan orang lain. Tidak muhasabah diri malah mengata dan terus mengata.

Hakikatnya, golongan OKU ni memang antara golongan yang kuat semangat. Kami memang tidak kisah dicerca atau dipandang seolah kami ni alien @ makhluk asing. Kami boleh hadap sekalian lagi makhluk Allah yang sangat sempurna ini.

Bukan apa, ada orang geli dengan golongan macam kami. Tak standard kot kalau nak compare dengan manusia sempurna ni. Aku tak kata la manusia normal ni semuanya pemikiran kolot, tapi so far yang aku jumpa, 10% je yang pemikirannya educated.

Aku kadand-kadang terfikir kenapa negara ni tidak menekankan tentang SIVIK dan MORAL? Yang mengajar rakyatnya tentang HORMAT pada golongan seperti kami. Kami tak kisah kalau tak dilayan dengan baik,  cukuplah hormat kami.

Aku pergi makan haritu. Lepas tu ada foreigneir (mungkin Pakistan) tengah makan jugak. Dia pandang kami, lepas tu sambung makan. Pandangannya tidak jelek. Sekadar pandang tanpa persoalan.

Berbanding kaum aku sendiri, dimana pakcik makcik yang boleh berfikiran waras, pandang kekurangan kami sambil berbisik-bisik. Kalau adapun simpati, perlu ke pandang kami berjam-jam lamanya sambil bercakap-cakap dengan orang sebelah?

Seriously, aku pernah maki ramai orang sekeliling aku bila diorang pandang aku suami isteri macam sesuatu yang pelik. Sambil berjalan pun masih toleh ke belakang. Mohon fahamlah ye, pandangan sebegitu buat kami-kami yang SPECIAL ni jadi TIDAK SELESA.

Cheers,
-Tunsha-


8 comments:

  1. dik,abaikan je orang yang memandang sinis...jalani hidup seperti biasa.jangan di ambil kisah orang yang memandang sini kamu berdua..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak ambil kisah, cuma tidak selesa je kak ida :)

      Delete
  2. Sabar jela..kadang itu laa..hati manusia kita tak boleh nak baca...ada yg baik depan, blkgnya tidak... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah hakikatnya Sally, tapi orang macam kami ni memang agak tak suka dipandang2 sebegitu. Tak salah pandang, tapi janganlah tenung macam kita penjenayah dikehendaki pulak.. haha!

      Delete
  3. hmmm ...sbb tu cuba larikan pandangan mata aku dr golongan oku bkn kerana aku geli ke ... meluat ke .... jijik ke ... tp hati aku tak leh lari dr rasa simpati ... dan betapa bertuahnya aku Allah kurniakan nikmat sgt besar .... aku juga tak nak korang rasa rendah diri dah sedih .... sbb tu aku tak nak pandang .... ketika aku mengalih muka aku dr tgk korang jgn la salah anggap yag aku rasa tak senang dengan korang cuma aku tak nak korang terasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku lebih suka orang alihkan pandangan daripada tengok aku macam pesalah yang dah lama dikehendaki. Tahu tak rasa tak selesa sangat. Macam diperhatikan sentiasa...

      Delete
  4. dari awal kanak-kanak ditekankan dgn pelajaran yg mengejar gred A semata2. buku2 dibawa ke sekolah sampai nak patah bahu rasa. berbanding negara maju lain; Jepun contohnya menekankan pelajaran sivik dan moral utk kanak-kanaknya sehingga mereka berusia 10 tahun. hebat kan? tak perlu bawak buku, tak perlu stress kejar gred. hanya datang belajar manners dan explore aktiviti di sekelilingnya.

    malangnya ia mustahil utk diaplikasikan di malaysia. kesian. sekian.

    apa yg sy tahu pula tentang OKU adalah, mereka tak suka kita kasihan pd mereka. sebab mereka kuat, betul kuat. jadi selalu saya respek pada orang begini. jadi, cik sha pedulikan aje la mereka tu. ibarat semua, pijak kan aje. hoho.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju, di MALAYSIA... kanak-kanak diajar supaya mementingkan gred berbanding nilai sivik dan moral. Depan mata saya, dua orang kanak-kanak mengejek cara husband berjalan dan ketika itu ibu bapa mereka hanya memerhatikan tanpa menghalang atau menegur. Sedih laa, seolah mereka tak hormati perasaan golongan OKU ni.

      ... Dan saya setuju jugak yang golongan OKU ni jenis suka berdiri sendiri tanpa simpati orang lain. Kalau saya mampu pijak dah lama pijak sampai jadi lempeng.. haha.. GERAM !

      Delete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.