Pembunuh Canny Ong Sudah Menjalani Hukuman Tali Gantung

Lama dah kes ni, sampai memberi sedikit paranoid dan buat aku trauma, walaupun mendiang Canny Ong ni tiada kena mengena dengan aku pun.


Awalnya mendiang dirogol sebelum disumbang dalam satu lubang pembentungan, ditimbus dengan tayar besar bersimen dan seterusnya dibakar. Semasa kes Canny Ong ni umur aku baru 13 tahun, bayangkanlah kemain lama aku trauma sehingga sekarang....

Selepas disiasat, maka pihak polis menemui saspek yang dikenali sebagai Ahmad Najib Aris. Hmm.. Ahmad Najib ni tidak mengaku yang dia bersalah tau, tapi mahkamah tetap menjatuhkan hukum gantung sampai mati terhadapnya.

Jurucakap Jabatan Penjara mengesahkan yang Ahmad Najib sudah menerima hukuman 6 pagi tadi (Jumaat) dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan, Kajang.

Sekian.
Pembunuh Canny Ong Sudah Menjalani Hukuman Tali Gantung Pembunuh Canny Ong Sudah Menjalani Hukuman Tali Gantung Reviewed by Tunsha Ayunie on September 23, 2016 Rating: 5

4 comments

  1. Dalang sebenar pembunuhan masih terlepas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Walaupun 'dalang' tu selamat disini, 'disana' belum tentu :)

      Delete
  2. Innalillah...
    smoga roh arwah dicucuri rahmatnya..
    untung arwah sbb tahu tarikh kematiannya..
    n bpluang utk bertaubat n beribadat sebaiknya...

    ReplyDelete
  3. Kes yg pernah menggemparkan negara satu ketika dulu. Masa berlaku pun saya sekolah lagi.. Semoga arwah diampunkan dosa-dosanya & ditempatkan dalam kalangan hambaNya yg beriman..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.