Naluri Dan Aku - Tunsha Ayunie Punya Belog

September 14, 2016

Naluri Dan Aku

Acapkali menulis tentang apa yang berlaku di luar, kadangkala lupa tentang diri sendiri. Sebenarnya, aku tubuhkan blog ini khas untuk menulis keluh kesah suka gembira aku sepanjang perjalanan hidup aku. Tubuhnya blog ini dimana permulaannya aku merasa apa itu cinta pertama tapi hasrat putus di tengah jalan, dia bukanlah cinta pertama dambaan aku.

Akhirnya, aku jadikan blog ini sebagai medium rezeki. Bukan lagi untuk meluahkan segala rohani yang harus aku ungkaikan.

Kisah aku dengan suami, biarlah di dalam blog kepunyaan cerita kami.


Aku minat menulis, aku minat berpuisi. Ada seorang pernah Whatsapp aku. Aku langsung tak kenal dia. Katanya dia minat puisi aku, aku jadi tercengang sebab jujurnya.... jarang benar aku berpuisi. Entahlah, minat aku tak sampai pada jiwa. Aku terlalu risaukan keadaan duniawi sampai lupa apa yang patut aku kejar...

Maklang selalu ingatkan aku, tulislah sesuatu yang boleh bagi inspirasi kepada orang lain. Aku sakit tapi aku kuat, tulislah apa yang mahu aku tulis --- hmm, aku harap aku boleh.

Semoga aku capai apa yang aku ingin gapai.

3 comments:

  1. in shaa Allah.. Kaklong yakin Sha bole.. ^^

    ReplyDelete
  2. saya pon minat menulis, puisi.. tapi kebelakangan ni.. hilang punca dan rasa senak je fikiran ni.. jadi, hasilnya pon ke laut.. semoga kita bersama2 dapat menyampaikan sesuatu yg lahir dari jiwa satu hari nanti.. kan cik sha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah Cik Gee, semoga ada ketulusan dalam setiap penyampaian yang kita tulis..

      Delete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.