Kecoh Konon Mereka Ini Tidak Mendapat Bantuan - Monolog Aku Cuma Di Kiri

September 03, 2016

Kecoh Konon Mereka Ini Tidak Mendapat Bantuan

Sekali lagi FB viral pasal kisah seorang ibu warganegara Thailand yang mengemis bersama anak-anaknya. Sebelum ini kes yang sama berkaitan orang yang sama. Macam biasalah, ramai yang menuding jari... cakap tak bantulah apalah.. hahahha very judgemental hokeh!

Padahal kes ini dah viral sebanyak 3 kali. Kita bukan pilih kasih taknak tolong tapi entahlah.. Kalau dah banyak kali tolong tapi asyik nak mengemis, susah jugak. Kat Malaysia ni pun ramai sangat orang kita yang nasib mereka tak terbela.

Aku sertakan kisah tentang bantuan terhadap keluarga ini.


KES PERTAMA PADA JUN 2015 
Pihak BaitulmalMAIWP telah berjaya menjejaki dan menjumpai Puan Roziah di tepi Jalan Imbi.

Suaminya dipenjarakan di Terengganu. Dia terpaksa menanggung 7 orang anak dan 2 orang cucu.

Tinggal menyewa di Taman Muda, Cheras dengan bayaran RM250 sebulan.

Tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan pendapatan berdasarkan meminta sedekah. Mendapat RM150-RM250 sehari.


KES KEDUA PADA JULAI 2016
Pihak Squad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP Parlimen Bukit Bintang/Titiwangsa telah turun sekali lagi menjejaki keluarga yang bergelandangan di Sg.Wang, Bukit Bintang. Mulanya usaha gagal dan kemudian berjaya menjejaki keluarga tersebut.

Seorang ibu tunggal warganegara Thailand, (Puan Roziah) kini menyara 7 orang anak dan 2 orang cucu. Kini menyewa bilik hotel dengan kadar RM30 sehari.

Perbelanjaan harian ditampung melalui aktiviti meminta sedekah, pendapatan antara RM150-RM250 sehari. 

Merupakan kes viral tahun lepas apabila mereka ini bergelandangan di Jalan Imbi. Sentiasa melarikan diri dan tidak mahu dibantu.

Suaminya dikatanya kemalangan, (sebelum ini katanya dipenjarakan)..


KES KETIGA PADA 1 SEPTEMBER 2016
Skuad Jejak Gelandangan BaitulmalMAIWP turun menjejaki satu keluarga yang telah diviralkan.

Pihak Squad turun  ke tempat yang dinyatakan tapi keluarga tu gagal ditemui.

Difahamkan telah diambil oleh yayasan Kebajikan Negara dan disediakan penginapan sementara di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur.

Pihak Squad bergegas ke Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur bagi menziarahi keluarga tersebut dan berjaya menemui Puan Roziah.

Mendakwa berstatus ibu tunggal dan kematian suami. Sedang menanggung 7 orang anak dan 2 orang cucu.

Merupakan kes viral kali ke-3.

Keluarga tersebut telah disantuni oleh Baitulmal MAIWP pada tahun 2015 lalu dan disyorkan merujuk pada kedutaan dan imigresen.


Aku ada satu perasaan yang kurang baik terhadap Puan Roziah ni, sebab aku baca asal nak dibantu je dia lari.  Semoga mereka ni dihantar balik ke negara sendiri. Terlalu ramai gelandangan dan pengemis yang datangnya dari kelompok warganegara Thailand, Myanmar, Bangladesh dan PATI lain. Apapun, tahniah pada squad2 yang datang membantu keluarga ini tanpa berkira.

Cheers,
-Tunsha-

1 comment:

  1. ni kes nk idup mudah kat negara org ... dia tahu rakyat malaysia ni baik2 belaka .... suka bg sedekah ... dpt pahala ... sbb tu depa tak nak baitulmal bantu .... tak mau dihantar blk sbb tu asik larikan diri ....

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.