Jom Sokong World #QuranHour - Tunsha Ayunie Punya Belog

September 09, 2016

Jom Sokong World #QuranHour

Salam Jumaat di bulan September.

Aku tak pernah tahu pasal ni. Aku asyik up to date dengan perkara lagha dan tak berfaedah je. Taksub sampai kekadang tertulis salah cerita. Takpe, aku terima khilaf aku. Aku nak share pasal World #QuranHour. Korang tahu tak tentangnya?

Program World #QuranHour ni cetusan dari selebriti tanah air kita, Rosyam Nor.



Pada 11 SEPTEMBER 2016 
Seluruh UMAT ISLAM DIDUNIA AKAN BERIKTIQAF 
MEMBACA AL-QURAN SELAMA 1 JAM.

Pada 11 SEPTEMBER 2016 
Di Detik 0900 pagi sehingga 1000pagi

Hentikan segala aktiviti lain.
Ambil wuduk dan dampingi lah Quran selama 1 jam.
Aktivti yg patut dilakukan dalam 1 jam :-

Baca Al Quran @
Baca terjemahan atau tafsiran (kalau dah tatau baca quran) @
Berbincang atau belajar tentang Al Quran dengan yang mahir @
Apa sahaja yang boleh kita memanafaatkan apabila berdamping dengan AlQuran.
Dalam setahun kita ada 8760 jam...hanya 1 jam yang kita perlu untuk memberikan sokongan kepada kempen WORLD QURAN HOUR!!!

Dampingi lah Quran.
Kasihi lah Quran
Hayati lah Quran
Jadikanlah Quran panduan.

Mana-mana yang dah lama sangat tinggalkan tu JADIKANLAH ini sebagai suatu PERMULAAN..

Kredit: Afdlin Shauki
Aku jarang nak join program macam ni tapi entahlah.... rasa tergerak hati nak turut serta. Moga aku kuat. Jom kita sama-sama meriahkan program yang bermanfaat ni :)

Sekian.

3 comments:

  1. Jom baca Quran. Support Quran Hour! :D

    ReplyDelete
  2. Jomlah kita luangkan masa baca AlQuran. Nak baca sendiri selalu aje banyak perkara menghalang. La ni dah diperuntukkan 1 jam, jomlah kita cuba buat!

    Akak tahu pasal ni tapi tak tahu bilanya. Baca info pejam mata gamaknya ^_^

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.