Dugaan Tidak Sihat - Tunsha Ayunie Punya Belog

September 08, 2016

Dugaan Tidak Sihat


Dalam pada hyper menaip untuk membuat entri, kesakitan di belakang tabir membelenggu. Dah lama jugak aku tak kena sakit jenis tak sedap badan dan asyik rasa nak demam. Minta dijauhkan dari denggi.

Mula-mula aku diarrhea. Asyik sakit perut. Mungkin salah makan atau sebab aku asyik makan nasi goreng kampung yang pedas-pedas. Tak pedas rasa tak lalu. Entahlah, tekak mengada-ngada. Ada je benda tak kena.

Lepas tu dialisis. Sakit pulak dekat tangan tak hilang-hilang. Sampai je rumah, seram sejuk macam nak demam tapi tak demam pun. Cuma gitulah sehari-hari.

Moga aku kuat berhadapan sakit-sakit ni. Tak larat, tapi kena jugak lawan.

Cheers,
Tunsha

4 comments:

  1. biasa, sakit itu kifarah dosa utk digantikan dgn pahala.
    chaiyoook cik tunsha. syafakillah! jangan lupa makan ubat ye!

    ReplyDelete
  2. Semoga cepat sihat ya, dik. Macam akak ni lain pulak. Adakala emosi aje lebih. Dengar orang demam, tetiba aje kita rasa nak demam. Sampai sakit-sakit, lenguh-lenguh sendi rasanya tapi tak juga demam! Semoga Allah kurniakan kita kesihatan yang baik untuk menjalani kehidupan ni.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.