Cinta Yang Berakhir Dengan Santau [Part 6] - Monolog Aku Cuma Di Kiri

September 16, 2016

Cinta Yang Berakhir Dengan Santau [Part 6]


Sambungan dari [Part 5]

Sebuloan sebelum final exam, Hafiz sibuk study dengan kawan-kawan dia. Gangguan pun dalam sebulan lebih tu memang takde. Sampailah satu malam waktu Hafiz buat study group, tiba-tiba Hafiz jadi blur dan tak faham apa yang dia baca.

Masa kawan-kawan dia bercakap pun dia jadi tak faham. Dia rasa kawan-kawan dia macam cakap bahasa asing. Kepala Hafiz jadi sakit, kawan-kawan dia terus syak penyakit Hafiz ni datang balik.

Diorang suruh Hafiz baring tapi Hafiz ni macam tak faham apa yang kawan-kawan dia cakap. Dia pandang kawan-kawan dia tapi dia macam tak kenal siapa kawan-kawan dia tu. Yang dia nampak, muka kawan-kawan dia tu kehilangan hidung, mulut, mata.... apalagi.. Hafiz jerit laa macam orang gila. Yang dia nampak ketika itu hanya kawan-kawannya yang tidak bermuka datang ke arahnya.

Dia nak lari tapi terasa berat, lutut rasa longgar... akhirnya Hafiz terpaksa merangkak ke pintu. Ketakutan Hafiz membuatkan dia menangis. Seolah ada di dunia lain. Persekitarannya gelap. Hafiz nampak kawan-kawannya berbulu-bulu.

Salah satu makhluk tu datang pada Hafiz dan campak air pada Hafiz. Air itu masuk ke dalam mata Hafiz. Hafiz pejam dan matanya terasa pedih. Kemudian dia dengar sayup-sayuo suara memberitahu --- "Jangan buka mata dulu.. jangan buka..." Hafiz terus pejamkan mata.

Lama kelamaan Hafiz kembali memahami setiap butir perkataan yang kawan-kawan dia cakap..

Lepas tu ada orang hembus-hembus muka Hafiz, dan suruh Hafiz buka mata. Akhirnya penglihatan Hafiz normal kembali. Tak ada dah makhluk berbulu.. dia tenang laa sikit.. Terus dia istighfar..

Bila dah okay tu, kawan-kawan dia suruh Hafiz tidur kat bilik diorang. Hafiz ni serba salah, sebab masa dia playboy dulu dia berlagak dengan kawan-kawan dia, lastly kawan-kawan tu pulak yang concern lebih pada dia. Tapi Hafiz tension dengan keadaan yang melanda dia. Dia cuba kuatkan semangat..

Bersambung lah lagi kisah kita ye...

1 comment:

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.