September 14, 2016

Cinta Yang Berakhir Dengan Santau [Part 5]


Sambungan dari [Part 4]

3 minggu lepas kejadian berdepan dengan jin ular, Hafiz mula rasa insaf dan membawa diri ke kampung kejap. Dia anggap kejadian tu sebagai pengajaran supaya dia tak jadi playboy lagi.

So nak balik kampung, dia naik bas je kat terminal. Pukul 12 malam bas mula bergerak. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 6 jam dan dijangka sampai dalam 6 pagi. Sejam lepas perjalanan, Hafiz tengok pemandangan luar. Banyak jalan hutan je... tiba-tiba Hafiz mula rasa tak sedap hati.

Dia mula perati je kat pokok-pokok hutan tu dan disebalik pokok tu Hafiz nampak macam ada benda putih terbang ikut bas... sama laju pulak tu. orang sebelah Hafiz dah baca-baca something, mungkin dia pun nampak apa yang Hafiz nampak.

Beberapa minit lepas tu, bas dengan kuat membelok belah kiri. Katanya nak mengelak lubang padahal takde lubang pun. Yang Hafiz nampak adalah benda sama, perempuan berbaju putih tengah-tengah jalan. Orang sebelah Hafiz sekali lagi gigih membaca apa tak tahu, mulut terkumat-kamit. Hafiz rasa bersalah sebab dia rasa dialah puncanya.

Pukul 3 pagi, keadaan agak tenang dalam bas. Ada yang tidur ada yang main PSP, tapi Hafiz tak boleh tidur. Tiba-tiba ada perempuan terjerit-jerit cakap "Ada pontianak!!! Ada pontianak!!!" .. Maka bas pun berhenti dan minta yang ISLAM baca apa-apa yang patut. Tapi orang dah takut, memang kelu lidah la. Lepas tu semua orang tak jadi tidur.

Bas sampai terminal pukul 5 pagi. Kemain driver bas pecut, takut mungkin.. Tak sampai 6 jam pun.. Semua lega bila dah sampai. Hafiz turun sambil tunggu bapak dia. Semua dah balik orang jemput la, naik teksi la.. Yang si Hafiz ni tercongok sorang-sorang kat terminal. 

Sekali ada makcik India turun dari bas, berjalan ke arah Hafiz sambil main henpon. Bila dia pandang Hafiz, dia terjerit-jerit dan kembali pada bas. Dia tunjuk-tunjuk ke arah Hafiz kepada penumpang lain. Penumpang lain pun ikut makcik India tu jerit-jerit. Panik la Hafiz..... kalau aku pun panik.. 

Dah kenapa???

Rupanya pontianak yang Hafiz nampak dalam bas tu terapung atas dia. Dia lari tak cukup tanah sampai ke stesen minyak. Beg semua dia tinggal kat terminal. Lepas tu bapak dia sampai, angkut Hafiz balik rumah.

Sampai rumah, Hafiz mandi terus solat subuh dan sarapan. Hafiz ceritakan segalanya pada mak ayah dia sampai mak dia membebel la... anak sekolah agama tapi PLAYBOY!

Hafiz pun cakap la dia dah insaf. Mak ayah dia diam je la. Diorang suruh Hafiz ni rehat dulu. Masa Hafiz bangun nak solat Zohor, dia nampak mak ayah dia tengah lepak dengan saudara diorang yang dipanggil Tok Lah. Tok Lah pandai mengubat orang. So Tok Lah cuba lah tolong mana yang boleh. Dia baca Ruqyah lepas tu "pagar"kan si Hafiz ni. Hafiz ni kenalah beramal. Malam tu Tok Lah tidur di rumah mereka.

Malam tu dalam pukul 1 pagi, Hafiz rasa resah.  Tiba-tiba dia rasa macam ada orang berjalan atas katil, dia buat tak tahu. Lepas tu dia mengiring, terasa ada orang belakang dia pulak. Dia malas pandang, terus pergi bilik mak ayah dia. Mak ayah dia bukak pintu terus terjerit dan istighfar. "Benda" tu ada belakang Hafiz je.

Tok Lah kejar benda tu, tapi benda tu menyusup keluar ikut lubang dapur. Pagi tu Hafiz disuruh mandi air limau. Tok Lah pagar satu rumah. Dia nasihatkan Hafiz jangan balik Universiti lagi. Tapi lepas seminggu Hafiz terpaksa balik juga.

Dengan amalan yang diamalkan Hafiz, dia tidak menerima gangguan untuk beberapa minggu..... tapi cuma sementara...

Ada lagi ke gangguan terjadi pada Hafiz?? Nanti aku sambung ye???

2 comments:

  1. takpelah.. you sambunglah.. i baca juga.. hihi.. ^_^

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.