September 09, 2016

Cinta Yang Berakhir Dengan Santau [Part 3]


Sambungan dari [Part 2]

Masuk je bulan pertama semester 4, lebih 3 bulan budak Hafiz ni single. Kononnya dia nak berehat dan jauhkan diri dari kaum hawa. Nak fokus study katanya. Disamping tu jugak dia macam nak berbaik-baik lah dengan kawan-kawan lelaki yang dia ignore dulu dan Hafiz berjaya perbaiki hubungan dengan kawan-kawan dia. Maka Hafiz teruskan hidup macam biasa.

Bulan kedua semester 6, ada satu hari tu Hafiz macam biasa pergi kuliah, kuliah petang. Start dalam pukul 5 petang, habis pukul 6.30 petang. Ada sesuatu yang terjadi dimana dalam pukul 6.15 pm, Hafiz terperasan macam ada seekor ular hitam bersaiz betis, panjang dan tengah melingkar kat kaki lecturer yang tengah mengajar. Apa yang pelik, semua orang buat tak tahu. Yang lagi best, lecturer tu pun buat derkkkk je macam takde apa-apa berlaku.

Oleh itu, Hafiz confident yang ular tu binatang peliharaan lecturer dia. So dia tanya kawan dia ---- "Weh! Bawak pet macam tu, orang lain tak takut ke?" Maka kawan dia terpinga-pinga dengan soalan Hafiz tu dan asyik tanya Hafiz, --- ".. Mana wehhhh ... mana????? " Puas Hafiz tunjuk kat kaki lecturer tu tapi kawan dia tak nampak apa-apa. Dia tanya kawan-kawan dia yang lain pun semua cakap diorang tak nampak. Terus Hafiz rasa lain macam. Tapi kontrol macho lagi....

Dua hari lepas tu, tengah lepak-lepak dalam bilik kawan dia, Hafiz rasa macam nak pergi toilet. Bila sampai je ke toilet, dia nampak lagi seekor ular yang makin lama makin mendekati dia. Punyalah Hafiz terkejut lepas tu dia terus panggil kawan-kawan dia datang tengok. Sesampai je kawan-kawan dia kat toilet, diorang tak nampak pun ular tu. Hilang! Lesap!

Puas jugak la Hafiz yakinkan diorang tapi memang diorang tak nampak ular tu. Lepas tu Hafiz report kat warden. Keesokkan paginya ramai-ramai cari ular tu tetap tak jumpa. Time ni Hafiz dah start takut, tapi dia tak fikir apa-apa lagi.

Selang seminggu, semasa Hafiz makan di kafeteria, dia nampak lagi ular tu sedang melingkar. Ular tu jauh dari dia tapi mata ular tu tepat memandang Hafiz. Makin lama ular tu makin dekat. Berlari-larilah Hafiz masuk bilik hostel sampai muka dah pucat macam mayat. Sebab kejadian tu, kawan-kawan dia dah mula percayakan cerita Hafiz tentang ular tersebut. Kawan-kawan nasihatkan Hafiz supaya beramal kembali, jadi imam macam sebelum ni dan akhirnya Hafiz kembali menjaga sembahyang dan beramal.

Semakin dia beramal, semakin hidup dia rasa tak keruan. Gangguan makin menjadi-jadi. Kehidupan Hafiz terus jadi tak tenteram dan dia sentiasa dalam ketakutan.

Lepas tu...................to be continue.........................

2 comments:

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.