Cinta Yang Berakhir Dengan Santau [Part 2] - Monolog Aku Cuma Di Kiri

September 08, 2016

Cinta Yang Berakhir Dengan Santau [Part 2]



Sambungan dari [Part 1]

Masa tahun 1 si Hafiz ni masuk Universiti, ramai perempuan tergila-gilakan dia. Terus dia rasa riak dan takbur. Bukan dia tak pernah mengaku dia ada Ain, tapi perempuan-perempuan tu masih jugak mahukan Hafiz. Maka Hafiz yang kekonon ala ustaz ni tewas dengan godaan syaitonnn nirrajimmmm.

Masuk je tahun ketiga di Universiti, Hafiz dah pasang skandal bernama Ayu. Ayu ni pulak macam rela hati je nak jadi kekasih nombor 2 budak Hafiz ni. Tak habis disitu, Hafiz semakin tamak dan masih mencari makwe lain. Lepas tu dia kenal dengan Dila.

Dila orangnya seksi dan cun melecun. Tak macam Ain dan Ayu, masing-masing bertudung macam orang kampung. Ramai cuba tackle Dila tapi si Hafiz buaya ni yang dapat. Walaupun begitu, Dila ni tak tahu Hafiz ada sparepart belakang dia.

Akhirnya Hafiz kantoi sebab kawan-kawan dia bawak cerita pada Dila. Mengamuk la si Dila ni tadi, dia terus rampas HP Hafiz dan call Ain dan Ayu. Ain terus mintak putus dengan Hafiz. Bila Dila suruh Hafiz pilih antara mereka bertiga, Hafiz ambik keputusan untuk lepaskan semua tapi dia menyesal sebab lepaskan Ain. Sebab Ain tu makwe dia yang paling baik.

Hafiz ingat kes tu dah selesai. Rupanya tidak. Dila jadi seorang pendendam, selalu ugut Hafiz yang dia takkan lepaskan Hafiz macam tu je.

Dah sebulan berlalu, Hafiz masih lagi tak serik. Kali ni dia bercinta dengan Emma pulak. Emma ni lebih kurang berpenampilan macam Dila. Baru je dua bulan Hafiz dengan Emma, dalam diam Dila pergi jumpa budak Emma ni, siap bawak Ayu sekali. Emma pun benganglah, terus mintak putus.

Hafiz ingat dendam Dila dah terbalas, tapi sebenarnya............ baru BERMULA!

Errr.... to be continue.....................................

5 comments:

  1. Hafiz..hafiz.. Bakpe la mu gitu.. :/

    ReplyDelete
  2. laaaa ... sambung lagi ...aku rasa ku tau kesudahan nya nanti fafau pun tinggalkan dia kan 12 hr sblm hari nikah kan ... hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahha adoi tersedak baca komen kau weyyyyyyyyyyyy

      Delete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.