Cinta Berakhir Dengan Santau [Part 7 - Last Part] - Tunsha Ayunie Punya Belog

September 23, 2016

Cinta Berakhir Dengan Santau [Part 7 - Last Part]

Dah lama aku tak sambung pengakhiran cerita ni. Maaf ye, aku terbizi sikit dengan appointment yang entah apa-apa. Meh la sini aku nak sambung..


Sambungan dari [Part 6]

Hari demi hari, Hafiz diganggu dengan lebih teruk. Setiapkali dia study kat meja, dia rasa macam ada orang kat belakang dia, tapi bila dia menoleh, takde pulak. Adakala dia rasa seperti kerusi digoyangkan dengan kuat. Bila Hafiz bangun, kerusi tu tak bergerak dah.

Kelibat pulak setiap masa Hafiz ni nampak. Dia makin tertekan dan susah tidur. Hidup Hafiz jadi porak peranda. Kawan-kawan Hafiz terus report kat mak dia dan akhirnya mak dia ambik Hafiz ni bawak balik kampung.

Sesampainya ke rumah, Hafiz melihat Tok Lah tengah tunggu. Mak Hafiz menangis dan merayu pada Tok Lah. Ayah dia pun merayu minta Tok Lah tolong. Tok Lah pandang Hafiz agak lama, dilihatnya Hafiz ni sejenis yang tidak terurus dan kusut masai. Lepas tu Tok Lah minta tempoh sehari untuk dia fikir.

Esoknya Tok Lah datang dan setuju dengan permintaan mak dan ayah Hafiz. Baru Hafiz tahu yang mak ayah da minta tolong Tok Lah "balas balik". Tok Lah guna kaedah bakar bata selama 3 hari 3 malam. Hafiz hanya diam, dia risau dan takut serta tak yakin apa yang Tok Lah buat tu betul ke salah.

Sehari selepas tu, Hafiz dapat call dari Dila, tapi bukan dia yang cakap, tapi mak Dila. Mak Dila menangis-nangis dan mengajak Hafiz untuk berjumpa. Malam tu mak dan ayah Dila sampai tapi Dila takde.

Mak ayah dia datang menangis dan memohon maaf dan mengaku salah atas perbuatan anak diorang menyihirkan Hafiz. Mak dan ayah Dila mengaku Dila telah hantar 3 jenis jin iaitu ular, pontianak dan makhluk berbulu hitam yang asyik mengganggu Hafiz.

Setelah kejadian tu, gangguan terhadap Hafiz terhenti. Kali ni Hafiz dah betul-betul insaf dan bertaubat tidak akan mainkan perasaan perempuan lagi.

------------------------------------------------------------------------------------------

Moral of the story, jangan pernah mainkan perasaan orang. Disebalik tabir, kita tak tahu akibat dendam seseorang, hidup kita jugak tidak tenteram.

In fact, aku ada dendamkan seseorang. Tapi aku tak kuat laaa macam Dila untuk buat semua tu. Walaupun niat tu pernah jugak la macam si Dila ni.. Hahaha ! Tapi aku faham dosa syirik, maka aku tak berani laa nak macam-macam. Biar Tuhan yang balas.

Sekian.

3 comments:

  1. Bila dah kena balik, baru nak tarik. Melampau sangat berdendam macam tu. Allah pun murka. Pendek kata, balas dendam ni tak bawa ke mana pun. Belajar utk redha, itu lebih penting. Hal hukum menghukum, serahkan saja pada Maha Penghukum. Buat apa kita nak lawan takdir & kuasaNya. Astaghfirullahalazim.. Minta kita semua dijauhkanlah drpd orang-orang yg sebegini..

    Paling penting, kalau taknak kena buat orang; jangan dok gatai mainkan orang. Hurm. Saya pon ada orang yg buat saya terluka.. berdendam tu tak surelah just terasa. Taklah sampai nak buat.. Hari ni, Allah dah berikan saya kebahagiaan yg saya cari. It just a matter of time.. >,<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Aku dalam mood berdendam tu sebab dia ajak aku kahwin dalam masa aku tak sedar dia ada spare part di belakang aku. Aku tak kisah kalau awal2 dia jujur yang dia nak kahwin dengan orang lain, aku sudi undur diri tapi sebab aku ditipu, susah betul aku nak terima.

      Walaupun cuba untuk redha, tapi aku tak mampu redha sepenuhnya. Alhamdulillah aku dapat suami yang sangat penyayang, tapi kebencian pada "seorang itu" sampai sekarang masih ada :)

      Delete
  2. walau berdendam mcmana pom..jauhi drp nk buat pkara terkutuk camni.. akhirnya memakan diri...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.