Cik Nab Yang Sebatang Kara - Monolog Aku Cuma Di Kiri

September 15, 2016

Cik Nab Yang Sebatang Kara

-Gambar hiasan-

Sejak aku dialisis di Hospital Ampang, dah ramai kematian yang terjadi depan mata aku. Walaupun bukan depan mata, yang meninggal tu kebanyakkan aku kenal. Tua, ataupun muda.

Mula-mula Makcik Badyah. Dia mulanya kuat, tapi lama kelamaan dia seolah give up dan menyerah je lepas kena potong kaki akibat kencing manis, Aku sendiri terkejut sebab sebelum dia hembuskan nafas yang terakhir, dia nampak ceria dan sihat dari sebelumnya.

Lepas tu... hari-hari aku berlalu, meniti kematian sendiri yang kadangkala singgah dalam keadaan aku sedar. Cuma mungkin bukan masa aku lagi untuk kembali pada tanah.

Saja aku nak cerita pasal Cik Nab. Cik Nab ni orang Kelantan. Dia dihantar dari Hospital Kajang tak silap aku. Oh ya, Cik Nab ni dia lumpuh, lepas tu urea selalu tinggi. Kadang-kadang nampak dia macam mengeluh, kejap macam menangis, kejap lagi ketawa pulak.

Cik Nab ni, sebatang kara orangnya. Tak pernah tengok sesiapa teman dia sepanjang dialisis. Adapun hanya tukang hantar. Cik Nab sendiri mengaku dia sebatang kara. Dari penampilan Cik Nab jugak agak tidak terurus sebenarnya.

Baru-baru ni dia masuk wad. Lepas tu tadi staff cakap Cik Nab dah taknak buat dialisis. Dia dah penat. hmm.. aku being judgemental dengan mengatakan, Cik Nab memang dah penat since aku tengok muka dia terlalu berputus asa dah.

Kesian aku dengan Cik Nab ni. Semoga Cik Nab kembali sembuh.

1 comment:

  1. Smoga cik nab semakin tabah..

    Mcm2 kan bleh tgk pskit kat hospital..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.