September 28, 2016

Alkisah Smartphone Lenovo A1000

ALKISAH SMARTPHONE LENOVO A1000 - Assalamualaikum wbt. Alkisahnya HP aku rosak gara-gara selalu hempas HP tak tentu hala bila mengamuk. Perkara tu spontan hokayyyy.. Disamping tu mungkin aku jenis tak hargai sangat sebab bukan duit hasil titik peluh aku. Hmm apa jenis manusia kan aku ni?
.
.
Lepas tu nak jadi cerita, tuan suami cakap tunggulah duit Br1m. Dia payunglah sikit, then dalam akaun aku adalaaa dalam RM100++ lagi, so aku keluarkanlah jugak. Memula rasa berat hati, lepas tu rasa macam ---------- inilah reward setelah aku bersusah payah cari duit thru blogging ni. Apa salahnya kan?
.
.

So tadi dapat Brim, sekaligus aku keluarkanlah duit titik peluh aku tu. Then pergi kedai HP. Memula macam was-was je sebab HP sebelum ni tak Ori. Tapi salesman tu cakap itu DIGI CENTRE, tak mungkin depa nak tipu. Siap tunjuk segala nombor siri bagai. Ok fine, kami puas hati, terus grab. Terjadilah HP Lenovo A1000.
.
.
HP ni model baru, tapi takdela gah sangat. Cuma semua application boleh masuk. Itu dah buat aku bersyukur sangat tau. Alhamdulillah ada HP baru! Takdelah aku macam mengemis kat adik-adik untuk dapatkan HP secondhand! hahahahhaa
.
.
The best thing is, tuan suami perli aku......... KALAU MENGAMUK JANGAN HEMPAS HP !

3 comments:

  1. Reen pula sekrang ni sedang berhajat untuk memiliki Samsung Note 5. Kena mula menyimpan untuk target beli Note 5.

    Bestnya kalau ada putera raja nak bagi sebagai hadiah. Berangan..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya hajat hati nak beli Huawei atau Vivo, tapi sebab macam tak mampu lagi, beli jela yang sedang2 dulu. Janji semua ada. haha !

      Ameen..................... semoga ada putera raja betul2 bagi hadiah Samsung Note 5 pada Reen ! Siapa tahu kan?

      Delete
  2. Janji boleh guna dah la kan...phone canggih sangat pun bukan guna semua function yang ada...kadang-kadang je guna..hehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.