9/1/16 - Monolog Aku Cuma Di Kiri

September 29, 2016

Uri Dimamah Bidan

11:42 AM 3
Uri Dimamah Bidan
URI DIMAMAH BIDAN - Assalamualaikum wbt. Selalu cerita seram waktu malam je kan? Harini saja nak share sesiang pulak. In fact aku takde bahan lagi nak tulis.

Kisahnya keturunan keluarga Saiful (bukan nama sebenar) ni ada membela saka. Saka ni bahaya ye, walaupun ada yang sangka ianya macam baik ala-ala cerita Waris Jari Hantu tu. tapi sebenarnya ianya tidaklah begitu baik. Kira mempengaruhi kehidupan si "pembela" lah kan? Ok mukadimah ni takde kena mengena dengan cerita yang aku akan ceritakan.

Nak jadi cerita, Mak Piah ibu si Saiful ni sedang mengandungkan Saiful. Tak lama kemudian, sampailah hari di mana Mak Piah nak melahirkan Saiful. Knowing kampung kan mana ada doktor sangat nak menyambut, so Mak Piah gunakan perkhidmatan bidan. 


Setelah Saiful berjaya dilahirkan, mak bidan ni slumber meratah uri Saiful. Mak Piah apalagi, menjerit lah ketakutan. Bukan itu saja, Saiful juga dilarikan oleh sejenis makhluk seakan hantu raya / pontianak.

Orang kampung banyak membantu untuk mendapatkan Saiful semula. Dengan pertolongan orang kampung yang boleh mengubat secara halus ni, akhirnya Saiful dikembalikan. Rupanya mak bidan tu sejenis hantu raya !

Cerita ni based on true story tau. Tetiba aku rasa seram bila imagine aku beranak walaupun yang sambut tu doktor. Hmmmmmmmmmm....

Tapi kan, makan uri elok untuk skin tau. Kalau kat Singapore, supplement uri bayi yang dipanggil Placenta adalah normal. Tapi................. sanggupkah korang makan?

Terima kasih sudi baca. bye :)

September 28, 2016

Alkisah Smartphone Lenovo A1000

9:40 PM 3
Alkisah Smartphone Lenovo A1000
ALKISAH SMARTPHONE LENOVO A1000 - Assalamualaikum wbt. Alkisahnya HP aku rosak gara-gara selalu hempas HP tak tentu hala bila mengamuk. Perkara tu spontan hokayyyy.. Disamping tu mungkin aku jenis tak hargai sangat sebab bukan duit hasil titik peluh aku. Hmm apa jenis manusia kan aku ni?
.
.
Lepas tu nak jadi cerita, tuan suami cakap tunggulah duit Br1m. Dia payunglah sikit, then dalam akaun aku adalaaa dalam RM100++ lagi, so aku keluarkanlah jugak. Memula rasa berat hati, lepas tu rasa macam ---------- inilah reward setelah aku bersusah payah cari duit thru blogging ni. Apa salahnya kan?
.
.

So tadi dapat Brim, sekaligus aku keluarkanlah duit titik peluh aku tu. Then pergi kedai HP. Memula macam was-was je sebab HP sebelum ni tak Ori. Tapi salesman tu cakap itu DIGI CENTRE, tak mungkin depa nak tipu. Siap tunjuk segala nombor siri bagai. Ok fine, kami puas hati, terus grab. Terjadilah HP Lenovo A1000.
.
.
HP ni model baru, tapi takdela gah sangat. Cuma semua application boleh masuk. Itu dah buat aku bersyukur sangat tau. Alhamdulillah ada HP baru! Takdelah aku macam mengemis kat adik-adik untuk dapatkan HP secondhand! hahahahhaa
.
.
The best thing is, tuan suami perli aku......... KALAU MENGAMUK JANGAN HEMPAS HP !

Resepi Jamu Kekal Muda

1:00 PM 1
Resepi Jamu Kekal Muda
RESEPI JAMU KEKAL MUDA - Assalamualaikum wbt. Korang pernah minum jamu? Tanya aku, ofcoz la.............. aku tak pernah. Dengar jamu je dah terbayang rasa yang entah apa-apa. Aku kan jenis ternak lemak, so bagi aku, kalau minum jamu ofcoz la aku akan kurus. Haha! Pelik tak? Kau nak kurus aku pulak nak gemuk.



RESEPI JAMU KEKAL MUDA

(Bahan A)
4 ulas kunyit saiz 2 inci
Seulas halia saiz 2 inci
Sebiji buah manjakani

(Bahan B)
Sesudu asam jawa + 2 cawan air
Sedikit gula merah

Cara-cara :
Tumbuk bahan A dan rebus dengan dua cawan air. Bila mendidih, masukkan air asam jawa dan gula merah. Biarkan mendidih seketika, dan sejukkan. Minum sebelum sarapan.

Aku memang teringin nak minum jamu kunyit asam ni. Tapi kalau aku minum, ianya menguruskan ke? Aku takmau kurus weyyyyyyyyyyy....

Sekian.

September 27, 2016

Safi Shayla Pek Fleksi : Pelbagai Fungsi Untuk Lebih Jimat !

6:01 PM 2
Safi Shayla Pek Fleksi : Pelbagai Fungsi Untuk Lebih Jimat !
SAFI SHAYLA PEK FLEKSI : PELBAGAI FUNGSI UNTUK LEBIH JIMAT - Assalamualaikum wbt. Kecantikan rambut bukanlah hanya tertumpu pada wanita tidak bertudung, malah ianya penting untuk wanita bertudung juga. Inovasi serba moden sekarang ini telah mencipta syampu khas untuk wanita bertudung. Bila rambut sihat, bolehlah tampil lebih yakin, kan?


Rambut adalah mahkota bagi setiap wanita. Ianya sering dikiaskan kerana setiap helaian rambut yang menawan mampu memberikan keyakinan pada diri. Rambut yang menawan pastinya lahir dari penjagaan yang rapi tidak kiralah dalam apa jua keadaan. Bagi individu bertudung, penjagaan rambut sememangnya dititik-beratkan agar keadaan rambut sihat dan bermaya.

Melihat kepada keadaan ekonomi yang mencabar, pengguna mula mencari produk yang lebih murah dan menjimatkan, pada yang sama mempunyai kualiti yang baik. Kebanyakan pengguna sanggup mengurangkan kadar perbelanjaan tetapi masih beruasa mendapatkan barangan yang berkualiti untuk melengkapi keperluan isi rumah.

Oleh kerana memahami keperluan wanita bertudung moden, Safi Shayla rangkaian jenama syampu khas untuk wanita bertudung yang diperkaya dengan Habbatus Sauda telah memperkenalkan satu solusi penuh inovasi, Safi Shayla Pek Fleksi.


Inovasi Pek Fleksi ini merupakan inovasi pertama dalam industri syampu. Ianya fleksibel dan boleh digunakan dalam pelbagai cara dan keadaan. Safi Shayla melengkapkan kehidupan wanita bertudung moden yang sentiasa mencari produk berkualiti pada harga mampu milik. Dengan satu syampu pada satu harga, pengguna boleh menggunakannya pada 3 keadaan yang berbeza!


Warna dan corak reka bentuk pada setiap variasi syampu Safi Shayla Pek Fleksi dikekalkan sama dengan format asal Safi Shayla pek pam dan botol, agar dapat memberikan kemudahan kepada pengguna untuk mencari produk ini.

Pek inovasi bersaiz 480g ini memudahkan pengguna membawanya kemana saja. Malah, pek ini mesra alam dengan penggunaan plastik lebih kurang 65% .

Produk ini boleh didapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hyper utama pada harga RM14.65.

Untuk maklumat lanjut mengenai SAFI sila layari :

Facebook SAFI : 

Instagram SAFI : 

Youtube SAFI : 

Sekian.

September 26, 2016

Flakka Drug atau Dadah Zombie, Antara Dadah Paling BAHAYA!

8:45 AM 5
Flakka Drug atau Dadah Zombie, Antara Dadah Paling BAHAYA!
Assalamualaikum wbt.

Semua jenis dadah memang bahaya, evendo kalau ambik morphine berlebihan pun bahaya jugak walaupun morphine tu ubat. Dadah ni mempengaruhi otak sampai buat pengambilnya jadi kurang siuman. Bukan tu je, risiko Aids jugak tinggi.


Korang pernah tahu pasal Flakka tak? Flakka atau alpha-Pyrrolidinopentiophenone amat bahaya kepada semua manusa! Baru-baru ni aku ada layan video tentang orang yang ambik Flakka ni.. seram jugak la kisahnya. Siapa yang ambik Flakka Drug  ni perangai dah macam ZOMBIE! Jalan macam zombie... then tiba-tiba attack orang lain, agresif dan banyak lagi la kesan buruk.

Flakka Drug atau 'dadah zombie' ni dah menular kat beberapa negara besar tau, tapi belum masuk Malaysia lagi. Memang jadi huru-hara negara yang terjebak dengan dadah ni.

Kesan kepada penagih dadah jenis Flakka ini adalah kekal ye? Tak ada ubat yang boleh bantu nak neutralkan balik antibodi yang dah dinajisi dadah Flakka ni.

Semoga diri kita dan sekeliling serta rakyat Malaysia terhindar dari Flakka Drug.

Sekian.

September 23, 2016

Pembunuh Canny Ong Sudah Menjalani Hukuman Tali Gantung

11:35 PM 4
Pembunuh Canny Ong Sudah Menjalani Hukuman Tali Gantung
Lama dah kes ni, sampai memberi sedikit paranoid dan buat aku trauma, walaupun mendiang Canny Ong ni tiada kena mengena dengan aku pun.


Awalnya mendiang dirogol sebelum disumbang dalam satu lubang pembentungan, ditimbus dengan tayar besar bersimen dan seterusnya dibakar. Semasa kes Canny Ong ni umur aku baru 13 tahun, bayangkanlah kemain lama aku trauma sehingga sekarang....

Selepas disiasat, maka pihak polis menemui saspek yang dikenali sebagai Ahmad Najib Aris. Hmm.. Ahmad Najib ni tidak mengaku yang dia bersalah tau, tapi mahkamah tetap menjatuhkan hukum gantung sampai mati terhadapnya.

Jurucakap Jabatan Penjara mengesahkan yang Ahmad Najib sudah menerima hukuman 6 pagi tadi (Jumaat) dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan, Kajang.

Sekian.

Cinta Berakhir Dengan Santau [Part 7 - Last Part]

8:23 PM 3
Cinta Berakhir Dengan Santau [Part 7 - Last Part]
Dah lama aku tak sambung pengakhiran cerita ni. Maaf ye, aku terbizi sikit dengan appointment yang entah apa-apa. Meh la sini aku nak sambung..


Sambungan dari [Part 6]

Hari demi hari, Hafiz diganggu dengan lebih teruk. Setiapkali dia study kat meja, dia rasa macam ada orang kat belakang dia, tapi bila dia menoleh, takde pulak. Adakala dia rasa seperti kerusi digoyangkan dengan kuat. Bila Hafiz bangun, kerusi tu tak bergerak dah.

Kelibat pulak setiap masa Hafiz ni nampak. Dia makin tertekan dan susah tidur. Hidup Hafiz jadi porak peranda. Kawan-kawan Hafiz terus report kat mak dia dan akhirnya mak dia ambik Hafiz ni bawak balik kampung.

Sesampainya ke rumah, Hafiz melihat Tok Lah tengah tunggu. Mak Hafiz menangis dan merayu pada Tok Lah. Ayah dia pun merayu minta Tok Lah tolong. Tok Lah pandang Hafiz agak lama, dilihatnya Hafiz ni sejenis yang tidak terurus dan kusut masai. Lepas tu Tok Lah minta tempoh sehari untuk dia fikir.

Esoknya Tok Lah datang dan setuju dengan permintaan mak dan ayah Hafiz. Baru Hafiz tahu yang mak ayah da minta tolong Tok Lah "balas balik". Tok Lah guna kaedah bakar bata selama 3 hari 3 malam. Hafiz hanya diam, dia risau dan takut serta tak yakin apa yang Tok Lah buat tu betul ke salah.

Sehari selepas tu, Hafiz dapat call dari Dila, tapi bukan dia yang cakap, tapi mak Dila. Mak Dila menangis-nangis dan mengajak Hafiz untuk berjumpa. Malam tu mak dan ayah Dila sampai tapi Dila takde.

Mak ayah dia datang menangis dan memohon maaf dan mengaku salah atas perbuatan anak diorang menyihirkan Hafiz. Mak dan ayah Dila mengaku Dila telah hantar 3 jenis jin iaitu ular, pontianak dan makhluk berbulu hitam yang asyik mengganggu Hafiz.

Setelah kejadian tu, gangguan terhadap Hafiz terhenti. Kali ni Hafiz dah betul-betul insaf dan bertaubat tidak akan mainkan perasaan perempuan lagi.

------------------------------------------------------------------------------------------

Moral of the story, jangan pernah mainkan perasaan orang. Disebalik tabir, kita tak tahu akibat dendam seseorang, hidup kita jugak tidak tenteram.

In fact, aku ada dendamkan seseorang. Tapi aku tak kuat laaa macam Dila untuk buat semua tu. Walaupun niat tu pernah jugak la macam si Dila ni.. Hahaha ! Tapi aku faham dosa syirik, maka aku tak berani laa nak macam-macam. Biar Tuhan yang balas.

Sekian.

Randomly......... Mood Tak Berapa Nak Stabil

5:02 PM 3
Randomly......... Mood Tak Berapa Nak Stabil
SALAH AKU!

Memang salah aku perkara ni terjadi. Dalam minggu ni je berapa kali HP aku buat hal. Seriously, bukan sebab beli HP tu murah, tapi sebab salah aku, asal mengamuk je campak HP. Aku lupa itu adalah Smartphone yang ada motherboard segala rooters bagai, mana tahan kalau kau campak-campak.

Masa awal rosak tu memang gelap je skrin, tak lama lepas tu boleh On. Perkara yang sama terjadi, masih boleh On. Tapi sejak semalam, skrin gelap tiba-tiba, aku Off & On balik, skrin tetap gelap. Aku cuba biarkan je dengan harapan nanti on sendiri (coz before this memang HP tu on sendiri), tapi sejak malam tadi sampai SEKARANG , HP aku tak boleh On.

Dalam pada ni barulah rasa menyesal sebab asal marah je campak phone. Lupa kot HP tu beli guna duit bukan air liur. Pengajaran sangat untuk aku ni.

Sekarang ni? ----------- Terus rasa down sebab takde HP. Nak beli lain pun duit cukup-cukup makan je. HP tu bukan sekadar untuk call out-in, tapi untuk bekerja jugak. Orang order barang kepe, semua thru Whatsapp aku.

Sekian, aku nak sambung nangis atas kesalahan diri sendiri. Kbai.

September 22, 2016

Nur Darleen Dazeera, Mangsa Penculikan Selamat Ditemui

3:38 PM 5
Nur Darleen Dazeera, Mangsa Penculikan Selamat Ditemui

Alhamdulillah, kuasa viral memang amat penting sekarang jika diviralkan dengan niat yang betul. pagi tadi, kita dikejutkan dengan kehilangan seorang pelajar Tingkatan 3, Nur Darleen Dazeera, yang diculik oleh lelaki bermotor dalam perjalanan dia ke sekolah.

Terbaru, jirannya Puan Juliana menemui Nur Darleen yang pada ketika itu sedang menangis dan ketakutan. Aku tengok video, Nur Darleen ni cakap penculik tu ada buat "something" pada dia. Apa-apa serahkan pada pihak berkuasa.

Mohon netizen janganlah lemparkan apa-apa spekulasi. Kesian pada keluarga mangsa.

Moral of the story, biarlah anak-anak belajar seni pertahankan diri. Aku tekankan benda ni sebab di Malaysia sekarang dah tak selamat :)

Viral - Diculik Ketika Dalam Perjalanan Ke Sekolah

12:52 PM 2
Viral - Diculik Ketika Dalam Perjalanan Ke Sekolah
DICULIK KETIKA DALAM PERJALANAN KE SEKOLAH - Zaman sekarang, negara semakin tenat bila setiap hari ada saja kes penculikan yang berlaku. Ada yang kerana dendam, ada yang kerana nak ambil organ, tak kurang ada yang dijadikan sebagai pengedar dadah ataupun pelacur.

Seriously, masalah ni semakin kronik dalam Malaysia. Kegawatan ekonomi juga menjadi punca kenapa perkara macam ni berlaku.

Terbaru, seorang pelajar Tingkatan 3 , Sekolah Menengah Bandar Tun Hussein Onn dilaporkan telah diculik oleh dua orang lelaki yang menaiki motor. Pelajar yang bernama Nur Darleen Dazeera itu dikatakan duduk di tengah antara dua orang lelaki tu.

Kejadian dilihat oleh pemandu van sekolah dan pelajar yang berada di dalam van.


Bila kes macam ni berlaku, ramai dah tak percaya. Ada yang kata tak logik kalau Darleen mengikut je naik motor. Tapi ada kemungkinan dia telah diacu dengan senjata tajam ataupun pistol. Sometimes kita boleh being judgemental sebab tak kena pada diri sendiri.

Walaupun acapkali kes penculikan berakhir dengan penipuan "mangsa" sendiri, sebagai manusia yang prihatin, kita wajarlah membantu kan?

Ada update yang cakap dah jumpa. Tapi sebenarnya belum. Kekadang sakit hati dengan viral-viral yang tidak sahih ni. Keluarga mangsa sendiri mengesahkan yang Nur Darleen belum ditemui.

Apapun, semoga mangsa dalam keadaan selamat dan dijumpai. Amin. Haaa ! Jika orang ramai mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh hubungi En Jalal 0102709043 atau balai polis terdekat.

September 21, 2016

REVIEW - The Haunting of Helena (2012) .. Diganggu Hantu Gigi !

7:06 PM 2
REVIEW - The Haunting of Helena (2012) .. Diganggu Hantu Gigi !
REVIEW THE HAUNTING OF HELENA 2012 - Aku memang sejenis manusia yang meminati cerita seram. Entahlah, nak kata aku ni berani, takde arr pun. Tapi kan, aku pernah tau jumpa makhluk Allah bernama hantu ni. Awalnya masa Pakcu aku kena santau dulu, lepas tu kat rumah lama aku kat Taman Melawati. Then secara real aku nampak masa kat rumah Rawang arr.. Aku ni jenis suka benda yang gelap dan kusam. Agaknya itu pendorong ''benda'' tu mendekati aku. Tapi...... alhamdulillah, so far aku tak pernah la kena ganggu teruk-teruk.

Ehh.. bukan kita nak cerita pasal review ke? Ok meh laaa aku sambung.. maaflah, mukadimah terlalu panjang sampai takde kena mengena dengan tajuk.


Tajuk : The Haunting of Helena
Genre : Seram
Pengarah : Christian Bisceglia, Ascanio Malgarini
Pelakon : Harriet MacMasters-Green, Sabrina Jolie Perez, Jarreth J. Merz

SINOPSIS
Sophia adalah seorang ibu tunggal. Dia telah bercerai tetapi dikurniakan anak bernama Helena. Mereka berpindah ke sebuah apartment di selatan Itali. Pada suatu hari, Sophia dan Helena kemalangan dan pada hari yang sama Helena telah kehilangan giginya yang pertama. 

Sejak itu Helena jadi kemurungan dan sentiasa memberitahu ibunya bahawa ada seorang Pari-Pari Gigi yang sentiasa mengunjunginya.

Doktor sampai diagnosis bahawa Helena terkena penyakit mental, dan hasil siasatan doktor, keturunan Sophia juga pernah mengalami gangguan mental.

Sophia kemudian diberitahu bahawa rumah apartmentnya itu pernah terjadi satu kejadian tragis dimana seorang isteri yang dikatakan curang, kemudian suaminya mencabut semua giginya dan mengurungnya dalam almari hingga mati. Dan Pari-Pari Gigi yang mengganggu Helena ingin menuntut haknya semula.

REVIEW
1) Cerita ni agak slow & memeningkan.

2) Pari-Pari Gigi ni awal-awal korang tengok, mesti ingat dia teraniaya, tapi sebenarnya dia seorang yang jahat.

3) Aku simpulkan, plot dia agak twist. Maksud aku, akhir-akhir cerita barulah nampak macam korang boleh cakap --- Ooooooooo camtu rupanya. Hahahhaa!

4) Tak berapa nak seram bagi aku.

5) 2 out of 5.

RESEPI : RANCH DRESSING HOMEMADE

10:36 AM 6
RESEPI : RANCH DRESSING HOMEMADE
Kisah dia, adik aku si Aboy ni, nak makan apa-apa dia memang request je. Sama la macam seisi rumah ni... memang kaki request punya manusia kecuali Adib. Dia maybe cam segan sikit dan jenis apa orang masak, dia makan je.

Ceritanya, Aboy ada tag aku satu resepi kentang ni. Benda tu macam cheesy jugak la. Aboy kan dia memang minat benda cheesy-cheesy ni tusebab dalam adik beradik aku, dia paling gemuk. Sekarang dalam operasi diet, tapi tetap gak suka makan cheese.

Dalam resepi tu ada bahan yang bernama Ranch Dressing. Apa kebendanya tu? Tak pernah pun nampak kat Malaysia ni. Haha ! So aku Google je la, sebab aku ni rajin. Aku suka buat semua benda homemade. Tapi aku tak gemuk pun, tu yang misterius sangat.

By the way, Ranch tu kalau aku Google maksud dia "ladang ternak". So aku nak share je la resepi yang aku Google dekat page omputeh tadi tu.

Guna gambar hiasan dari Google dulu.

RESEPI RANCH DRESSING
Bahan-bahan :
1/2 cawan buttermilk
1/2 cawan mayonis
6 sudu besar krim masam (sour cream)
2 sudu besar jus lemon
1 labu bawang kecil - cincang
1 ulas bawang putih - cincang
1/2 sudu besar daun sup/daun bawang - cincang

Cara-cara :
Campurkan semua sekali, sebatikan menggunakan whisk dan simpan dalam peti sejuk.

Nanti hari kejadian kentang tu aku post ye. Aku selalu masak hari Ahad & Isnin je kat Rawang. Hahaha ! Ok semoga bermanfaat.

Angelina Jolie Failkan Penceraian Terhadap Brad Pitt

9:26 AM 3
Angelina Jolie Failkan Penceraian Terhadap Brad Pitt

ANGELINA JOLIE FAILKAN PENCERAIAN TERHADAP BRAD PIT. Awal-awal pagi dah cerita pasal gosip dan artis. Haha! Aku sangat minat dengan Angelina Jolie ni. Bila dia berlakon asyik rasa nak tengok je. Berbanding Brad Pit yang menjadi kegilaan orang ramai, tapi aku tidak.

Angelina Jolie dan Brad Pit ni sangat terkenal sebagai loving couple kan? Tapi tak sangka badai menimpa antara mereka berdua. Angelina menfailkan penceraian terhadap Brad Pitt kerana tidak berpuas hati dengan cara Brad Pitt menggalas tanggungjawab sebagai bapa. Disamping itu, Brad Pitt juga dikatakan panas baran.

Ada jugak cakap yang Angelina Jolie sengaja failkan penceraian sebab dia sakit.. macam-macam lah rumor.

Angelina Jolie ni terkenal dengan kebaikan dia membantu kanak-kanak dan orang yang memerlukan. Bukan tu je, dia sentiasa membantu kanak-kanak Syria. Sedihnya, dia mengidap kanser payudara dan servik.

Semoga Angelina diberi kekuatan dalam apa jua yang dihadapinya. Sekian.

September 20, 2016

Sinopsis Lara Aishah [Maya HD]

8:36 PM 4
Sinopsis Lara Aishah [Maya HD]

JUDUL : Lara Aishah
PENGARAH : Muhammad Riza Baharudin
HARI / MASA : Isnin - Jumaat, jam 6 petang (Astro - Slot Maya HD)
PELAKON : Fasha Sandha, Nazim Othman, Jasmin Hamid, Shah Jazle, Dian P.Ramlee, Eizlan Yusof, Shah Reza, Janet Khoo, Sasqia Dahuri, Ainul Aishah dan ramai lagi.

SINOPSIS
Mengisahkan tentang ibu dan anak yang terpisah. Ibu kandung Aishah, iaitu Zurin, telah dipenjarakan selama 27 tahun di penjara luar negara akibat kesalahan yang tidak dilakukannya. Semuanya dirancang oleh ibu mertuanya, Datuk Marina.

Semasa dipenjarakan, Zurin telah mengandungkan anak Datuk Nazri. Selepas melahirkan, pihak penjara memberitahu Zurin bahawa anaknya telah mati. Hakikat sebenarnya telah diketahui Zurin setelah sahabatnya didalam penjara, Carmen, telah memberitahu bahawa anak Zurin masih hidup. Ketika itu juga, Zurin mula berdendam dengan keluarga Datuk Nazri.

27 tahun berlalu, dimana anak kandung Zurin, iaitu Aishah, telah dijaga oleh seorang lelaki tauke jual buah. Aishah membesar sebagai seorang yang keras hati.

Dapatkah Zurin menemui anaknya Aishah dan membalas dendam terhadap Datuk Nazri? Jom layan Lara Aishah di saluran Maya HD, jam 6 petang, Isnin hingga Khamis.

-------------------------------------------------------------------------------

Aku difahamkan cerita ni ada 100 episod. Tapi aku macam suka arr layan cerita ni, sebab jalan cerita dia macam lain dari cerita drama biasa sebelum ni. Especially bila Fasha Sandha berlakon jadi kasar-kasar kan................

Lepas tu cerita dia macam complicated gak ar, buat penonton tertanya-tanya apa berlaku seterusnya.. Oklah, tu je nak taip. Kbai.

Mood Yang Kacau Akibat Coding

6:12 PM 4
Mood Yang Kacau Akibat Coding
Image result for stuck quotes gif

Assalamualaikum wbt.

Pagi tadi saja la stalker blog sendiri, sekali tu baru perasan yang ada diantara entri yang gambarnya tak verified. Sebelum tu okay je. Tadi puas godek-godek. Aku macam lost kejap sebenarnya, dah kenapa?

Lepas tu perasan pasal url http dengan https.. ada beza ketara ke? Sebelum ni memang aku gatal jari main setting kat situ, tapi bila letak gambar okay je. Aku jadi blurry sikit sampai sambung godek sana sini.

Lastly nampak macam okay pulak. Atau aku punya line bermasalah? Atau apa? Hahhahaa ! Ntah, aku mood pening, lepas tu apa aku taip pun aku kurang faham. Maaf ye, nanti aku refresh sikit mood dan otak aku yang terpinga-pinga ni.

Kbai.

September 19, 2016

RESEPI : PANCAKE BAWANG DAUN BAWANG TANPA TELUR

10:37 AM 5
RESEPI : PANCAKE BAWANG DAUN BAWANG TANPA TELUR
RESEPI : PANCAKE BAWANG DAUN BAWANG TANPA TELUR - Assalamualaikum wbt. Ada setengah orang memang tak makan telur atau elergik telur kan? Tadi aku saja laaa test buat pancake daun bawang versi takde telur. Sebelum ni aku buat guna telur dia macam rasa gebu sikit. Yang tanpa telur ni rangup-rangup pulak. Macam biasalah, aku kalau breakfast kat Rawang, itu je makanan aku. Tuan suami pun suka je.


RESEPI PANCAKE DAUN BAWANG TANPA TELUR
Bahan-bahan
2 batang daun bawang - dihiris
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 gelas air sejuk berais
Sedikit garam
Sedikit minyak panas

Cara-cara
Campurkan kesemua bahan, letakkan sedikit minyak atas pan dan letak adunan atas pan dan leperkan. Masak sehingga garing.

Kes aku, lepas goreng tu aku potong guna gunting, senang nak makan! Haha ! Oh ya, pancake ni sedapnya makan dengan kicap cair campur bawang putih cincang. Aku tambah sikit air dalam kicap cair, campur bawang putih dan panaskan kejap dalam microwave.

Selamat mencuba!

September 18, 2016

RESEPI BAWANG GORENG RANGUP DAN SEDAP HOMEMADE

6:05 PM 1
RESEPI BAWANG GORENG RANGUP DAN SEDAP HOMEMADE
RESEPI BAWANG GORENG RANGUP DAN SEDAP HOMEMADE - Assalamualaikum wbt. Entri resepi jela harini sebab perut aku jadi tak stabil bila duduk rumah Mama ni. Asyik makannnnn je ! Pagi tadi makan lontong dan kuah lodeh dengan sambal sotong kering. Tengahari pulak mama masak soto.

Mama sekarang suka buat bawang goreng sendiri. Aku pulak tukang habiskan dia punya bawang goreng. Nak hiris bawang nipis-nipis tu memang hazabbbbbbb sangat tapi nak habiskan cepat je ! Meh laaa hakakkk share resepi ye?


RESEPI BAWANG GORENG RANGUP DAN SEDAP HOMEMADE
Bahan-bahan :
2 paket bawang kecil - dihiris halus
Sedikit garam - digaul bersama bawang hiris
Minyak

Cara-caranya :
Bahan-bahan diatas kira basic la kan. Ada orang tambah brown sugar sikit. Terpulang la. Tapi ini kira mama punya style.

Panaskan minyak dengan api besar dalam kuali. Agak-agak dah panas tu terus slowkan api. Janganlah panas sampai berasap dapur. Hahaha !

Lepas tu, masukkan je bawang dan goreng hingga garing. Make sure api slow okay? Sat lagi kalau api besar bawang goreng korang akan hangit atau pahit, tak sedap !

Pastikan selalu gaul-gaul bawang yang sedang digoreng. Buat bawang goreng ni memerlukan kekuatan mental dan kesabaran yang tinggi. So terserah anda! Yeyyy dah ada bawang goreng sendiri.

Sekian.

September 17, 2016

KENTANG MENTAH MENCANTIKKAN WAJAH

6:56 AM 3
KENTANG MENTAH MENCANTIKKAN WAJAH

KENTANG MENTAH MENCANTIKKAN WAJAH. Selain sedap dimakan dalam pelbagai variasi makanan, tahukah korang bahawa kentang juga adalah sumber kepada kecantikan? Kentang amat membantu dalam masalah kulit seperti jeragat, bintik-bintik hitam dan hiperpigmentasi.

Kentang mempunyai niacinamide yang tergolong dalam Vitamin B Kompleks, ianya merupakan bahan pemutih yang bagus !

CARA MENGGUNAKAN KENTANG MENTAH UNTUK KECANTIKAN KULIT
KAEDAH #1
Potong kentang secara bulatan yang nipis. Kemudian sapu sedikit air pada kulit yang bermasalah dan gosokkan dengan kepingan kentang tadi selama 8-10 minit. Ulangi proses 3-4 kali sehari selama lebih kurang sebulan.

KAEDAH #2
Parut kentang dan perahkan. Air tapisan kentang tadi dicampurkan dengan jus lemon dan gaul rata. Sapukan pada wajah dan biarkan selama 20-30 minit kemudian bilas dengan air suam. Ulangi proses ini dua kali sehari selama sebulan untuk hasil yang terbaik.

Kentang parut tadi bolehlah dibuat Hash Brown untuk mengelakkan pembaziran. Hahaha !

Oklah, tu je nak share buat masa ni. Harap bermanfaat untuk semua ye :)

September 16, 2016

Cinta Yang Berakhir Dengan Santau [Part 6]

10:54 PM 1
Cinta Yang Berakhir Dengan Santau [Part 6]

Sambungan dari [Part 5]

Sebuloan sebelum final exam, Hafiz sibuk study dengan kawan-kawan dia. Gangguan pun dalam sebulan lebih tu memang takde. Sampailah satu malam waktu Hafiz buat study group, tiba-tiba Hafiz jadi blur dan tak faham apa yang dia baca.

Masa kawan-kawan dia bercakap pun dia jadi tak faham. Dia rasa kawan-kawan dia macam cakap bahasa asing. Kepala Hafiz jadi sakit, kawan-kawan dia terus syak penyakit Hafiz ni datang balik.

Diorang suruh Hafiz baring tapi Hafiz ni macam tak faham apa yang kawan-kawan dia cakap. Dia pandang kawan-kawan dia tapi dia macam tak kenal siapa kawan-kawan dia tu. Yang dia nampak, muka kawan-kawan dia tu kehilangan hidung, mulut, mata.... apalagi.. Hafiz jerit laa macam orang gila. Yang dia nampak ketika itu hanya kawan-kawannya yang tidak bermuka datang ke arahnya.

Dia nak lari tapi terasa berat, lutut rasa longgar... akhirnya Hafiz terpaksa merangkak ke pintu. Ketakutan Hafiz membuatkan dia menangis. Seolah ada di dunia lain. Persekitarannya gelap. Hafiz nampak kawan-kawannya berbulu-bulu.

Salah satu makhluk tu datang pada Hafiz dan campak air pada Hafiz. Air itu masuk ke dalam mata Hafiz. Hafiz pejam dan matanya terasa pedih. Kemudian dia dengar sayup-sayuo suara memberitahu --- "Jangan buka mata dulu.. jangan buka..." Hafiz terus pejamkan mata.

Lama kelamaan Hafiz kembali memahami setiap butir perkataan yang kawan-kawan dia cakap..

Lepas tu ada orang hembus-hembus muka Hafiz, dan suruh Hafiz buka mata. Akhirnya penglihatan Hafiz normal kembali. Tak ada dah makhluk berbulu.. dia tenang laa sikit.. Terus dia istighfar..

Bila dah okay tu, kawan-kawan dia suruh Hafiz tidur kat bilik diorang. Hafiz ni serba salah, sebab masa dia playboy dulu dia berlagak dengan kawan-kawan dia, lastly kawan-kawan tu pulak yang concern lebih pada dia. Tapi Hafiz tension dengan keadaan yang melanda dia. Dia cuba kuatkan semangat..

Bersambung lah lagi kisah kita ye...

K'HONEY SOAP, SABUN BERASASKAN MADU KELULUT DAN MINYAK ZAITUN YANG ELOK UNTUK MASALAH KULIT

1:57 PM 4
K'HONEY SOAP, SABUN BERASASKAN  MADU KELULUT DAN MINYAK ZAITUN YANG ELOK UNTUK MASALAH KULIT
K'HONEY SOAP, SABUN BERASASKAN  MADU KELULUT DAN MINYAK ZAITUN YANG ELOK UNTUK MASALAH KULIT - Assalamualaikum wbt. Kita tahu bahawa madu lebah dan minyak zaitun sangat baik untuk kesihatan. Kebanyakan dari kita gunakan madu dan minyak zaitun dalam makanan.

Bercerita tentang skincare pulak, adakala bila kita beli sabun collagen atau sabun muka yang lain akan menyebabkan kulit muka mengelupas. So, ada orang takut nak pakai sabun yang menyebabkan pengelupasan kulit ni.

Aku nak perkenalkan satu produk Muslim berasaskan minyak zaitun dan madu. Ianya adalah homemade dan 100% organik tanpa bahan kimia.


K-HONEY SOAP diperkaya dengan khasiat madu kelulut dan minyak zaitun. Sabun ini terbahagi kepada 3 jenis sabun, yang sesuai untuk keperluan kulit-kulit korang. 

FUNGSI SABUN K-HONEY
✔ Melembabkan kulit wajah
✔ Pembersih wajah
✔ Mengatasi jerawat
✔ Memudarkan parut jerawat
✔ Mengatasi jeragat
✔ Mencegah penuaan kulit
✔ Mengecilkan pori-pori
✔ Menganjal dan menegangkan kulit
✔ Melembabkan kulit wajah
✔ Merawat ruam, eczema dan panau

KELEBIHAN SABUN K-HONEY
✔ Ianya diperbuat 100% dari bahan organik dan semulajadi
✔ Homemade dimana pembuatannya dibuat secara teliti untuk setiap jenis sabun


MADU KELULUT DAN PROPOLIS

🐝 Membaiki kulit
🐝 Menyamakan tona kulit tidak sekata
🐝 Mencerah secara semulajadi
🐝 Anti penuaan
🐝 Memberi kelembapan maksima pada kulit
🐝 Menyerikan dan menyegarkan kulit wajah
🐝 Melembutkan wajah umpama kulit bayi
🐝 Sesuai digunakan di seluruh badan


DAUN GELENGGANG
🌿 Antibakteria
🌿 Mampu merawat segala jenis masalah kulit
(panau, kudis, kurap, ruam, eczema, sakit kulit, resdung)
🌿 Jangkitan kulit/kuku yang disebabkan dari kulat dan sebagainya
🌿 Nyah bau badan
🌿 Menanggalkan daki
🌿 Merawat masalah kelemumur dan gatal-gatal di kepala
🌿 Boleh digunakan di seluruh badan


KULIT KAYU MANIS
∎ Mencegah jerawat tumbuh
∎ Mampu merawat jerawat badan
∎ Menghilangkan parut dan jeragat
∎ Sesuai untuk kulit berminyak
∎ Menyegar dan melicinkan kulit wajah
∎ Merawat resdung
∎ Boleh digunakan di seluruh badan



Untuk pengetahuan korang jugak, sabun ni bukan sekadar sabun, ianya juga merawat. Yelah, guna bahan-bahan organik kan? Tak payah nak fikir effect apa dah, yang korang dapat, muka jadi selembut baby ! Bukan itu je, sabun ini juga sesuai dipakaikan pada bayi. Kalau bayi eczema elok juga!

Cuma nak bagitau, kesan sabun ni tak macam sabun yang memberi kesan seawal 3 hari tu. Kesan produk organiks memang lambat sikit. Tapi banyak yang berpuas hati tau!


TESTIMONI PENGGUNA K-HONEY SOAP





K'HONEY SOAP BY K'HONEY BEAUTY

HARGA : RM25/PCS

(Postage : Isnin hingga Khamis)

WHATSAPP
017-3468490 (Auni)

Tuan Guru Dato Haron Din Meninggal Dunia

11:41 AM 2
Tuan Guru Dato Haron Din Meninggal Dunia

Assalamualaikum wbt.

Dalam bergembira di samping cuti harini, marilah sedekahkan Al-Fatihah kepada Tuan Guru Dato Haron Din yang telah pergi meninggal dunia jam 10.10 pagi tadi. Arwahyarham dilaporkan kritikal ketika berada di Hospital Stanford, San Francisco, Amerika Syarikat.

Semoga Roh Murabbi Ummah ini ditempatkan dikalangan para Shuhada dan Solihin. Amin...

Teringat masa kecik dan pergi berubat dengan arwah.

September 15, 2016

Cik Nab Yang Sebatang Kara

4:25 PM 1
Cik Nab Yang Sebatang Kara
-Gambar hiasan-

Sejak aku dialisis di Hospital Ampang, dah ramai kematian yang terjadi depan mata aku. Walaupun bukan depan mata, yang meninggal tu kebanyakkan aku kenal. Tua, ataupun muda.

Mula-mula Makcik Badyah. Dia mulanya kuat, tapi lama kelamaan dia seolah give up dan menyerah je lepas kena potong kaki akibat kencing manis, Aku sendiri terkejut sebab sebelum dia hembuskan nafas yang terakhir, dia nampak ceria dan sihat dari sebelumnya.

Lepas tu... hari-hari aku berlalu, meniti kematian sendiri yang kadangkala singgah dalam keadaan aku sedar. Cuma mungkin bukan masa aku lagi untuk kembali pada tanah.

Saja aku nak cerita pasal Cik Nab. Cik Nab ni orang Kelantan. Dia dihantar dari Hospital Kajang tak silap aku. Oh ya, Cik Nab ni dia lumpuh, lepas tu urea selalu tinggi. Kadang-kadang nampak dia macam mengeluh, kejap macam menangis, kejap lagi ketawa pulak.

Cik Nab ni, sebatang kara orangnya. Tak pernah tengok sesiapa teman dia sepanjang dialisis. Adapun hanya tukang hantar. Cik Nab sendiri mengaku dia sebatang kara. Dari penampilan Cik Nab jugak agak tidak terurus sebenarnya.

Baru-baru ni dia masuk wad. Lepas tu tadi staff cakap Cik Nab dah taknak buat dialisis. Dia dah penat. hmm.. aku being judgemental dengan mengatakan, Cik Nab memang dah penat since aku tengok muka dia terlalu berputus asa dah.

Kesian aku dengan Cik Nab ni. Semoga Cik Nab kembali sembuh.

September 14, 2016

Cinta Yang Berakhir Dengan Santau [Part 5]

11:01 PM 2
Cinta Yang Berakhir Dengan Santau [Part 5]

Sambungan dari [Part 4]

3 minggu lepas kejadian berdepan dengan jin ular, Hafiz mula rasa insaf dan membawa diri ke kampung kejap. Dia anggap kejadian tu sebagai pengajaran supaya dia tak jadi playboy lagi.

So nak balik kampung, dia naik bas je kat terminal. Pukul 12 malam bas mula bergerak. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 6 jam dan dijangka sampai dalam 6 pagi. Sejam lepas perjalanan, Hafiz tengok pemandangan luar. Banyak jalan hutan je... tiba-tiba Hafiz mula rasa tak sedap hati.

Dia mula perati je kat pokok-pokok hutan tu dan disebalik pokok tu Hafiz nampak macam ada benda putih terbang ikut bas... sama laju pulak tu. orang sebelah Hafiz dah baca-baca something, mungkin dia pun nampak apa yang Hafiz nampak.

Beberapa minit lepas tu, bas dengan kuat membelok belah kiri. Katanya nak mengelak lubang padahal takde lubang pun. Yang Hafiz nampak adalah benda sama, perempuan berbaju putih tengah-tengah jalan. Orang sebelah Hafiz sekali lagi gigih membaca apa tak tahu, mulut terkumat-kamit. Hafiz rasa bersalah sebab dia rasa dialah puncanya.

Pukul 3 pagi, keadaan agak tenang dalam bas. Ada yang tidur ada yang main PSP, tapi Hafiz tak boleh tidur. Tiba-tiba ada perempuan terjerit-jerit cakap "Ada pontianak!!! Ada pontianak!!!" .. Maka bas pun berhenti dan minta yang ISLAM baca apa-apa yang patut. Tapi orang dah takut, memang kelu lidah la. Lepas tu semua orang tak jadi tidur.

Bas sampai terminal pukul 5 pagi. Kemain driver bas pecut, takut mungkin.. Tak sampai 6 jam pun.. Semua lega bila dah sampai. Hafiz turun sambil tunggu bapak dia. Semua dah balik orang jemput la, naik teksi la.. Yang si Hafiz ni tercongok sorang-sorang kat terminal. 

Sekali ada makcik India turun dari bas, berjalan ke arah Hafiz sambil main henpon. Bila dia pandang Hafiz, dia terjerit-jerit dan kembali pada bas. Dia tunjuk-tunjuk ke arah Hafiz kepada penumpang lain. Penumpang lain pun ikut makcik India tu jerit-jerit. Panik la Hafiz..... kalau aku pun panik.. 

Dah kenapa???

Rupanya pontianak yang Hafiz nampak dalam bas tu terapung atas dia. Dia lari tak cukup tanah sampai ke stesen minyak. Beg semua dia tinggal kat terminal. Lepas tu bapak dia sampai, angkut Hafiz balik rumah.

Sampai rumah, Hafiz mandi terus solat subuh dan sarapan. Hafiz ceritakan segalanya pada mak ayah dia sampai mak dia membebel la... anak sekolah agama tapi PLAYBOY!

Hafiz pun cakap la dia dah insaf. Mak ayah dia diam je la. Diorang suruh Hafiz ni rehat dulu. Masa Hafiz bangun nak solat Zohor, dia nampak mak ayah dia tengah lepak dengan saudara diorang yang dipanggil Tok Lah. Tok Lah pandai mengubat orang. So Tok Lah cuba lah tolong mana yang boleh. Dia baca Ruqyah lepas tu "pagar"kan si Hafiz ni. Hafiz ni kenalah beramal. Malam tu Tok Lah tidur di rumah mereka.

Malam tu dalam pukul 1 pagi, Hafiz rasa resah.  Tiba-tiba dia rasa macam ada orang berjalan atas katil, dia buat tak tahu. Lepas tu dia mengiring, terasa ada orang belakang dia pulak. Dia malas pandang, terus pergi bilik mak ayah dia. Mak ayah dia bukak pintu terus terjerit dan istighfar. "Benda" tu ada belakang Hafiz je.

Tok Lah kejar benda tu, tapi benda tu menyusup keluar ikut lubang dapur. Pagi tu Hafiz disuruh mandi air limau. Tok Lah pagar satu rumah. Dia nasihatkan Hafiz jangan balik Universiti lagi. Tapi lepas seminggu Hafiz terpaksa balik juga.

Dengan amalan yang diamalkan Hafiz, dia tidak menerima gangguan untuk beberapa minggu..... tapi cuma sementara...

Ada lagi ke gangguan terjadi pada Hafiz?? Nanti aku sambung ye???

Naluri Dan Aku

10:04 PM 3
Naluri Dan Aku
Acapkali menulis tentang apa yang berlaku di luar, kadangkala lupa tentang diri sendiri. Sebenarnya, aku tubuhkan blog ini khas untuk menulis keluh kesah suka gembira aku sepanjang perjalanan hidup aku. Tubuhnya blog ini dimana permulaannya aku merasa apa itu cinta pertama tapi hasrat putus di tengah jalan, dia bukanlah cinta pertama dambaan aku.

Akhirnya, aku jadikan blog ini sebagai medium rezeki. Bukan lagi untuk meluahkan segala rohani yang harus aku ungkaikan.

Kisah aku dengan suami, biarlah di dalam blog kepunyaan cerita kami.


Aku minat menulis, aku minat berpuisi. Ada seorang pernah Whatsapp aku. Aku langsung tak kenal dia. Katanya dia minat puisi aku, aku jadi tercengang sebab jujurnya.... jarang benar aku berpuisi. Entahlah, minat aku tak sampai pada jiwa. Aku terlalu risaukan keadaan duniawi sampai lupa apa yang patut aku kejar...

Maklang selalu ingatkan aku, tulislah sesuatu yang boleh bagi inspirasi kepada orang lain. Aku sakit tapi aku kuat, tulislah apa yang mahu aku tulis --- hmm, aku harap aku boleh.

Semoga aku capai apa yang aku ingin gapai.

Wordless Wednesday #47 : Tikaman Seorang "Kawan"

1:18 PM 8
Wordless Wednesday #47 : Tikaman Seorang "Kawan"
WORDLESS WEDNESDAY | Setiap hari RABU para bloggers akan membuat posting bergambar tanpa huraian atau gambar yang mempunyai quotes. Ianya memberi peluang supaya biar gambar berbicara. Terpulang kepada individu untuk menghuraikannya mengikut akal masing-masing.


Bila kau tiada apa,
kau bukan sesiapa ..

UJIAN SPIROMETRY UNTUK PARU-PARU

12:29 PM 2
UJIAN SPIROMETRY UNTUK PARU-PARU
UJIAN SPIROMETRY UNTUK PARU-PARU - Beberapa hari tak makan memang buat aku kehilangan banyak sangat tenaga. Masa menaip ni pun dalam kondisi yang agak parkinson jugak sebenarnya. Menggigil tapi bukan sejuk, tapi hilang tenaga.

Bercerita mengenai Spirometry, tadi aku ada Spirometry Test untuk paru-paru. Ujian tu untuk tengok kondisi paru-paru aku disamping perlunya ujian tu untuk buang tiroid aku nanti. Tapi operation untuk buang tiroid tu tak tahulah bila.

Aku memula ingat ujian paru-paru ni sekadar scanning je, sebenarnya bukan. Nak check paru-paru ni diorang guna Spirometer. Sejenis alat yang digunakan untuk check berapa jauh pernafasan kita.

Macam ni lah rupa alat Spirometer tu.
======================================

Proses Spirometry
  • Mula-mula aku disuruh tarik nafas sedalam yang mungkin.
  • Lepas tu letak benda alah tu dalam mulut.
  • Kemudian hembus nafas ikut mulut selama 6 saat secara kuat.
Lepas tu, ikut kondisi masing-masing la. Aku buat 3 kali terus rasa nak collapse. Dah nampak bulan bintang. Terus kena pakai nebulizer pulak dah.



Lepas dah pakai nebulizer tu selama setengah jam, proses disambung semula. Jujurnya lepas buat test tu, badan aku lost control. Aku menggigil sepanjang masa sehingga sekarang. Mungkin jugak sebab aku tak makan so takde benda nak cover tenaga aku lepas proses ni. Actually ini pengalaman pertama aku check paru-paru.

Aku saspek aku asma, tapi diorang tak cakap apapun. Result pun aku tak tahu. Apapun doakan aku cepat sihat ye?

Sekian.

September 13, 2016

Cinta Yang Berakhir Dengan Santau [Part 4]

11:34 PM 4
Cinta Yang Berakhir Dengan Santau [Part 4]

Sambungan dari [Part 3]

Satu hari tu Hafiz tengah nak siap-siap pergi kuliah, lepas mandi dia nak pakai baju laaa kan? Bila bukak je almari, ada seekor ular hitam tengah melingkar kat baju-baju dia. Ular tu angkat kepala dia dan terus patuk muka Hafiz. Terus dunia Hafiz rasa gelap, dia tumbang, badan rasa seram sejuk. Walaupun dia tumbang, Hafiz masih dalam keadaan separa sedar.

Dia dah tak nampak apa-apa sampailah dia dengar suara roomate dia. Dengar bunyi ramai orang, rasa badan dia diangkat dan tiba-tiba dengar alunan ayat-ayat Al-Quran. Kemudian penglihatan Hafiz beransur pulih.

Sebenarnya, kawan-kawan Hafiz ni tadi angkut Hafiz pergi rumah lecturer diorang. Kebetulan lecturer tu pandani mengubat. Lepas Hafiz dah ok tu terus roomate dia bukak cerita.

Diorang nampak Hafiz atas lantai, mata terbuntang tapi nampak mata putih. Anak mata naik habis ke atas. Lepas tu Hafiz buat gerakan macam ular. Terlenggok sana terlenggok sini sambil melingkar-lingkar. Dia jadi takut so dia panggil kekawan lain datang dan diorang terus hantar Hafiz ke rumah lecturer.

Lecturer tu pulak suruh Hafiz pergi rumah kawan dia yang lebih terer dalam mengubat kes-kes macam ni. Diorang panggil Abang Wan. So Abang Wan ni start rawatan dengan bacaan ruqyah. Lepas tu minta Hafiz angkat kedua-dua tangan.

Sambil menempik, Abang Wan cakap --- " Kalau ada jin sihir dalam badan Hafiz, bergerak ke tangan kiri sekarang!! Jatuhkan tangan kiri Hafiz!" Ayat tu diulang 3 kali tapi takde respon.

Lepas tu Abang Wan sambung lagi Ruqyah dan tempik ayat yang sama, sampai dada Hafiz berdebar-debar, dia rasa seolah ada ular bawah kulit dia. Bermula dari kaki kiri, ular tu bergerak ke betis, paha, perut dan dada sampai ke tangan kiri Hafiz. Tangan kiri Hafiz rasa sangat berat dan tangan kirinya jatuh maka ternyatalah ada jin dalam badan Hafiz.

Abang Wan sambung lagi, tempik lagi tapi kali ni dia suruh jin tu bergerak ke lidah Hafiz sebab Abang Wan nak "berborak" dengan jin tu. Hafiz terasa ular di bawah kulitnya bergerak ke tangan kiri dan ke mulutnya. Perit jangan cakap la waktu tu, rasa nak muntah pun ada. Lepas tu baru Hafiz macam sedar macam lidah dia dikawal oleh jin tersebut.

Abang Wan tanya banyak kali "Siapa yang hantar?" tapi yang ada cuma bunyi ular. Sampai sudah tak tahu siapa yang hantar. So Abang Wan mintak la jin tu keluar ikut mulut Hafiz. Yang keluar dari mulut Hafiz hanya air kekuningan dan 3 ketul bebola darah beku.

Esok tu Hafiz ponteng kelas. Tiba-tiba dia dapat mesej dari Dila, "Bodo! Kau keluarkan satu, aku boleh hantar lagi!" .. Makanya, sah la Dila punya angkara. Bengang gila la si Hafiz ni. Tapi nak marah tak boleh sebab Hafiz sedar silap dia. Dia pun minta maaf tapi Dila tak balas pulak mesej dia tu.

Bersambung................

Gambar Maleeq Anak Sam Bunkface

6:45 PM 2
Gambar Maleeq Anak Sam Bunkface

Tahniah diucapkan pada Sam Bunkface atau nama sebenarnya, Shamsul Annuar dan isterinya Aida kerana telah dikurniakan cahayamata lelaki yang diberi nama Maleeq. Simple je nama, senang ingat dan sedap bunyinya. Jom tengok gambar baby bernama Maleeq bin Shamsul Annuar ni :)



Comelnya awakkkkk ni sayanggggg :)


Kalau ikut sebutan, Malik bermaksud Yang Memiliki.. Mungkin Sam dan Aida inginkan kelainan dalam ejaan nama anak mereka. Tak kisahlah tentang nama, yang penting, semoga Maleeq membesar menjadi anak yang baik dan soleh. InsyaAllah.

Sekian.