Ubat Gigi Di Pinggan Sama Seperti Kata-Kata Yang Keluar Dari Mulut - DARI JARI NOVELLA

August 25, 2016

Ubat Gigi Di Pinggan Sama Seperti Kata-Kata Yang Keluar Dari Mulut


Seorang wanita bernama Amy Beth Gardner, telah membuat satu dunia kagum dengan kebijaksanaannya mengajar anaknya untuk menjaga kata-kata. Kisahnya menjadi inspirasi dan ramai sangat post Amy di Facebook.


Anaknya Breonna, akan memulakan sesi persekolahan. Amy dan suaminya telah menghiasi bilik dan almari anak mereka dengan cantik. Mereka juga membeli uniform baru untuk anak mereka itu. Malam tu sebelum tidur, Amy membuat satu task kepada anaknya.



Amy memberikan satu tiub ubat gigi kepada anaknya dan menyuruh anaknya mengeluarkan semua ubat gigi itu dalam satu pinggan. Kemudian dia menyuruh anaknya memasukkan semula ubat gigi itu ke dalam tiub.

Anaknya mengomel dan berkata.. ❝..Tapi saya tak boleh! Kalau boleh pun belum tentu rupanya seperti yang sebelumnya❞ .. Amy biarkan saja dan selepas puas anaknya mengomel barulah Amy memulakan bicaranya..

❝.. Kamu akan ingat sepinggan ubat gigi ini sehingga akhir hayat kamu. Kata-kata kamu mempunyai satu kuasa sepanjang hidup dan mati kamu. Kamu akan memulakan persekolahan, kamu akan lihat betapa banyak perkataan yang kamu keluarkan. Kamu ada peluang untuk menggunakan kata-kata kamu untuk menyakiti, merendahkan, fitnah dan sebagainya. Kamu juga mempunyai peluang untuk menyembuhkan, menggalakkan, memberi inspirasi dan kasih sayang pada orang lain.


Sama seperti ubat gigi ini, sebaik saja kamu mengeluarkan kata-kata dari mulut kamu, kamu tidak boleh mengambilnya semula. Guna kata-kata kamu dengan berhati-hati.

Ketika orang lain menyalahgunakan kata-kata mereka, kamu boleh menjaga kata-kata kamu. Buatlah pilihan setiap pagi. Biarlah kamu dikenali dengan kasih sayang kamu. Kamu tidak akan menyesal memilih kebaikan..

Sangat memberi inspirasi terhadap dunia. Dengan hanya menggunakan ubat gigi, dia boleh buat anak-anak faham betapa tajamnya lidah dan kata-kata.

1 comment:

  1. boleh amlkan untuk tarabiah anak suka cakap banyak, buat banyak alasan...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.