[TAHNIAH] Misha Omar Melahirkan Anak Lelaki - DARI JARI NOVELLA

August 25, 2016

[TAHNIAH] Misha Omar Melahirkan Anak Lelaki


Penyanyi yang suka bagi flying kick waktu nyanyi iaitu Misha Omar telah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.05 kg secara normal di Hospital Canselor Tunku Muhriz, Cheras.

Sebelum itu, difahamkan Misha mengalami pendarahan selepas menjalani penggambaran muzik video terbarunya. Apapun aku sedikit simpati sebab anak Misha dilahirkan pra-matang. So fokus Misha lebih kepada anaknya sekarang. Nama baby masih belum diberi. 

Misha dan Firroz telah diijabkabulkan pada 2 Mei 2014 di Kota Bharu, Kelantan. Sebelum ini, pasangan itu memiliki dua anak angkat iaitu Muhammad Adam Emir, 10, dan Humaira Lateefa, 4.

Semoga baby boy sihat walafiat hendaknya. Amin! Tahniah Misha dan suami :)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.