SUSU NEPRO HP UNTUK PESAKIT DIALISIS - Monolog Aku Cuma Di Kiri

August 11, 2016

SUSU NEPRO HP UNTUK PESAKIT DIALISIS

SUSU NEPRO HP UNTUK PESAKIT DIALISIS - Assalamualaikum wbt. Sedia maklum bahawa pesakit kegagalan buah pinggang yang menjalani dialisis sememangnya tak boleh mengambil susu. Selain daripada high phosphate, susu jugak mempunyai kandungan kalsium yang tinggi yang tidak sesuai untuk pesakit kegagalan buah pinggang.

Dan disebabkan dialisis, kekadang tu nutrisi dalam badan hilang. So memang dah takde nutrisi dalam badan. Aku sengaja nak share pasal susu Nepro ni. Susu ni didatangkan khas untuk pesakit buah pinggang macam aku.



Sedikit maklumat tentang susu Nepro HP :
🔎 Tinggi protein untuk membantu menggantikan protein yang hilang selepas dialisis.
🔎 Mempunyai nutrisi lengkap dengan 28 jenis vitamin & mineral termasuk vitamin B3 & B6 untuk menambahkan tenaga dan mengurangkan keletihan.
🔎 Kurang sodium , potassium & fosfat.
🔎 Tinggi kalori. (401kcal per bottle).
🔎 Kandungan air dalam susu dikurangkan. (161ml per 220ml)
🔎 Mengandungi asid lemak tidak tepu (MUFA) dan asid lemak Omega-3.

So, agak2 sesiapa yang agak kurus, letih2, lemau sangat, bolehlah consume susu ni ye. Mana tahu bermanfaat pada tubuh badan korang. Aku baru je nak try. This is my first bottle lah kiranya. Harga masa aku beli adalah RM10.50. Aku beli kat farmasi je.

Sekian.

UPDATE : Ada orang inbox tanya aku boleh tak tolong pos susu ni. By the way, susu ni sentiasa kena serve chill. Tak boleh kena panas, takut rosak. Boleh dapatkan susu ni di farmasi luar ye. Sebab farmasi dalam hospital memang tak ready susu ni. 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.