Header Ads


August 17, 2016

Suami Jenis Kaki Game, Tolong Jangan Abaikan Perasaan Seorang Isteri

Assalamualaikum wbt, sekarang ni ramai isteri yang mengadu si suaminya jenis kaki game sampai lupa tanggungjawab sebagai seorang suami. Isteri di depan mata buat tak nampak je. Sibuk dengan game, walhal masa nak kahwin, berjanji 1001 janji.


Bagi aku, tak salah nak main game tapi tengoklah masa yang sesuai. Game adalah alasan bagi mereka untuk menghilangkan stress selepas bekerja. Emm.... apakata kaum suami ni spend time dengan isteri untuk kurangkan stress tu? Itulah gunanya isteri.

Isteri bukanlah sekadar isteri, tetapi mereka boleh menjadi sahabat anda wahai suami. Anda juga perlu memainkan peranan sebagai seorang sahabat kepada isteri anda, Especially anda yang mempunyai isteri yang kerjanya cuma surirumah saja. Adakala surirumah ni ada kesunyian tersendiri dan sangat memerlukan suaminya.

Just saying, kekadang aku jadi kesian tengok kaum isteri yang mengeluh bila suami mereka melebihkan game daripada mereka sendiri. Sekian.

2 comments:

  1. MENAFAATKAN MASA DGN KERJA2 BERFAEDAH TERBAIK...MAIN GAME SESEKALI OK JE KOT

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.