REVIEW SUSU NEPRO : APA RASA SUSU NEPRO HP? - Tunsha Ayunie Punya Belog

August 11, 2016

REVIEW SUSU NEPRO : APA RASA SUSU NEPRO HP?



REVIEW SUSU NEPRO : APA RASA SUSU NEPRO HP? - Assalamualaikum wbt. Otak masih tepu dengan idea yang bernas, maka inilah bahan aku nak taip pepetang ni. Pagi tadi aku dah cerita sikit laa pasal maklumat susu Nepro HP ni. HP tu aku rasa "High Protein". Heh! Oklah, untuk sesiapa yang nak tahu rasa dia, mehla hakakkk bagitahu ye. Sebelum tu nak bermukadimah kejap.


Susu ni, elok diminum selepas dialisis. Sebab lepas dialisis nutrisi dalam badan akan hilang. Susu ni kira cover balik la energy whatsoever yang dah hilang dalam badan tu. So, tadi aku pergi dialisis, lepas tu tak sabar nak balik sebab nak minum susu. Haha! Aku simpan dalam peti sejuk sebab dia memang best serve chill.

Sampai rumah, terus pergi dapur, ambik susu dan masuk bilik. Tak sabar nak minum. Sekali dah minum tu rasa buntang je mata. Kau bayangkan rasa dia macam aiskrim vanilla yang telah cair. No wonder pharmacist cakap ada patient minum 1 botol tu sikit2 je. Sebab agak muak la rasa dia maybe sebab High Protein kan?

Lepas dialisis perut kosong tau, lepas tu minum plak benda lemak cenggitu, melugai tekak aku. Tapi aku tetap habiskan. Bila ke titisan akhir tu, rasa macam antibiotik la pulak! hahaha

Tuan suami tanya --- lepas ni nak minum lagi ke?
Aku jawab --- of coz la nak! orang nak gemuk arrr..

By the way, walaupun rasa muak je, tapi 1 botol tu boleh buat aku kenyang. Terima kasih sudi baca :) 

3 comments:

  1. KALAU BAIK UTK TUBUH ELOKLAH DIAMALKAN SYA...MOGA TABAH DGN UJIANNYA

    ReplyDelete
  2. nikmati la kekukurusan tu.. akak dulu macam awak obses nak badan berisi. yelah kurung keding masa tu. Segala weight gain akak minum tapi hapa pun tak jadi. Tapi lepas beranak.. anak dah masuk setahun.. bagi di pam pam pulak. Sekarang pun dah 40kg. nak turun lg 2 kg pun tak turun2 katanya hahaha

    ReplyDelete
  3. chaiyokk kakk! you can do it! :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.