RESEPI : TIMUN SUMBAT PEDAS ALA KOREA - DARI JARI NOVELLA

August 18, 2016

RESEPI : TIMUN SUMBAT PEDAS ALA KOREA

RESEPI : TIMUN SUMBAT PEDAS ALA KOREA - Mood dari semalam jadi kacau bilau lepas dapat surat saman TMnet. Entahlah, tak tahu nak mengamuk ke nak sedih ke apa. Tapi yang pasti aku agak stress jugak la bila dapat surat cinta tu. Dah berkurun lamanya, depa betul-betul cari aku sampai lubang cacing. Hahahhaa !

So untuk lepaskan stress ni, aku share la resepi yang boleh hilangkan stress. Wakakka ! Ok gurau, sebenarnya aku minat arr dengan timun ni, Aku nak buat takde geng nak makan. Korang boleh kurangkan kuantiti kalau nak. Macam biasa, aku ciplak resepi daripada Maangchi, tapi aku adjust sikit la..


RESEPI TIMUN SUMBAT PEDAS ALA KIMCHI
Bahan-bahannya :-
9-10 batang timun kecil
2 sb garam
1 cawan daun bawang
4 ulas bawang putih
1 cawan bawang merah
1 batang lobak merah - dipotong sebesar batang mancis
1/2 cawan chili flakes/serbuk chili
3 sb sos ikan
1 sb gula
1/4 cawan air
1 sb mnyak bijan



Cara-caranya :-
Basuh timun sehingga bersih. Buatkan poket. Belah timun kepada 4 potongan tanpa putus. (contoh dalam gambar). Kemudian perapkan dengan garam dan biarkan 10minit. Selepas 10 minit, bilas timun dengan air bersih dan toskan.

Satukan daun bawang, lobak merah, serbuk cili, sos ikan, gula dan minyak bijan dalam mangkuk. 

Kemudian sumbatkan bahan2 tadi ke dalam timun. Boleh terus dihidangkan. Kalau nak ada rasa jeruk2 sikit bolehlah dibiarkan dalam suhu bilik selama 2 hari. Sebaiknya dihidang ketika sejuk. Boleh simpan dalam peti sejuk ye.

Selamat mencuba!

1 comment:

  1. saye kurang suke mkn timun..
    tp tgok gmbr tu mcm menyelerakan je.. hihi

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.