RESEPI : Sotong Goreng Bercili Berlada Hitam - DARI JARI NOVELLA

August 12, 2016

RESEPI : Sotong Goreng Bercili Berlada Hitam


Aku pernah pergi makan kat Jalan Alor iaitu kedai Meng Kee Grill Fish. Jangan tanya aku pasal halal ke tidak sebab sememangnya waktu tu umur aku dalam lingkungan 20-21 tahun so orang bawak, aku makan je tanpa fikir apa2. And rasanya sangatlah sedap.

Disebabkan dah besar ni, aku macam teringin nak makan sotong tersebut, tapi of coz la aku takkan pergi dah makan kat Jalan Alor tu, so alternatifnya buat je la sendiri! Aku pernah buat dan adik2 aku suka makan especially Aboy la. Haha ! So aku nak share resepi ni untuk korang cuba ya?

Jangan pertikaikan nama dia sebegitu sebab aku pun tak tahu nak bagi nama apa untuk resepi ni. Lulz~ By the way resepi ni guna agak2 je sebab aku pun main campak2 tanpa sukatan ye.

RESEPI SOTONG GORENG BERCILI BERLADA HITAM
Bahan-bahannya :-
Sotong besar (potong bulat dan celur dalam air panas seketika & toskan)
Lada hitam biji (ditumbuk jadikan serbuk)
Cili kering (dipotong 1 inci)
Bawang holland (dihiris)
Daun kari
Sos tiram 
Sedikit air jika mahu berkuah
Garam & gula (untuk balancekan rasa)

Cara-caranya :-
Tumis bawang, daun kari, dan cili kering hingga wangi. Selepas itu masukkan sos tiram dan sedikit air. Kemudian masukkan sotong dan diikuti dengan lada hitam tumbuh. Jangan masak terlalu lama sebab sotong tadi dah dicelur. Sedia dihidangkan.

Emm dah laa senang, sedap pulak tu! Bolehlah kalau sekali sekala nak cuba kan? semoga resepi ini bermanfaat buat semua, Lada hitam kalau boleh guna yang biji, kalau yang instant serbuk tu tak sedap tau.

Oklah, tu je nak share. kbai.

2 comments:

  1. simple je cara buat..blh cuba pasni

    ReplyDelete
  2. SEDAP TU SYA BOLEH CUBA RESEPI NI...TKSH

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.