Header Ads

RESEPI : Sambal Kering Kentang Dan Ikan Bilis Yang Tak Berapa Nak Kering

Amboiiiii tajuk, kemain! Hmm harini aku tak sempat nak buat apa-apa lagi disebabkan harini aku dialisis. Job review pun tertangguh sebab balik hospital asyik tido je...

Sambal kering kentang & ikan bilis ni, request dari tuan suami masa kami balik Rawang haritu. Abah pun suka so aku niatkan nak buat untuk abah jugak, tapi abah tak makan pun. Sobsss.. Mungkin sebab sambal dia nampak basah sangat kot. Ini pertama kali aku buat dan termasin! Dalam masin-masin tu pun tuan suami dengan adik ipar dok pulun meratah aje.

Silap aku, aku dah letak sos tiram & ikan bilis yang rasanya agak masin. Tapi aku pi bubuh garam lagi. Berdengung gila masinnya. 


RESEPI SAMBAL KERING KENTANG & IKAN BILIS

Bahan-bahannya :-
4 biji kentang saiz sederhana - (potong senipis yang mungkin, aku guna pisau pengopek kentang)
Segenggam ikan bilis

Bahan kisar :-
1 labu (besar) bawang merah
3 ulas bawang putih
3-4 sudu cili boh

Seasonal :-
1 sb sos tiram
1 sb sos cili
gula - mengikut citarasa

Cara-caranya :-
Goreng kentang dan ikan bilis kemudian toskan.

Dalam minyak yang sama, tumiskan bahan kisar hingga kering dalam api sederhana. Selepas terbit minyak, buang minyak yang berlebihan tu.

Masukkan sos tiram, sos cili & gula. Ada orang letak asam jawa/asam keping, aku tak letak.

Kemudian masukkan ikan bilis dan kentang yang digoreng tadi. Siap!

Selamat mencuba ye. Maafkan aku kalau ada kekurangan bahan dalam resepi ni. Oh ya! Korang boleh je nak letak tempe, tauhu & kacang tanah yang digoreng. Aku guna apa yang ada je. Hihi


12 comments:

  1. saye suke mkn sambal kentang ngn bilis ni!

    ReplyDelete
  2. aku suka buat lauk mcm ni ... mkn pulak ngan bubur kosong atau nasi panaaas ..lauk tu je pun berselera sungguh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abah aku suka, tu aku macam nak buat je. Tuan suami suruh potong wedges je sebenarnya. Hahhaha ! Tapi makan dengan bubur pun ngam kan sebab dia kering? Aku terbuat basah sikit nak cepat punya pasal..

      Delete
  3. Nice resepi ni nanti Maha leh cuba terima kasih share..

    ReplyDelete
  4. best sambal bilis ni.. mesti tambah nasi kalau makan

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.