RESEPI : Kulit Ayam Goreng Bersama Sos Salad Telur Masin - DARI JARI NOVELLA

August 25, 2016

RESEPI : Kulit Ayam Goreng Bersama Sos Salad Telur Masin

Pernah makan kulit ayam goreng? Kalau ayam tu dah goreng lepas tu ratah kulit tu memang biasa. Tapi aku tak pernah makan kulit ayam goreng semata-mata. Hahhaa tetiba macam pening baca ayat sendiri.

Oklah, terjumpa resepi ni. Nampak menarik. Kalau share kat Facebook comfirm hilang so aku share kat dalam blog, senang. Sesiapa nak cuba silakanlah cuba ye. Kalau sedap bagitahu la hakakkkk.. Sini kalau nak cari kulit ayam gamaknya kena pi pasar borong baru dapat banyak. Lepas tu lupa nak bagitahu yang snek ini mengandungi high of cholesterol !

Sesiapa yang tahap kolestrol agak maksimum tu tidak digalakkan mencuba resepi ini. Hokeyyy?


RESEPI KULIT AYAM GORENG BERSAMA SOS SALAD TELUR MASIN
Bahan-bahan :
Kulit ayam secukupnya
Air secukupnya
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil lada hitam

Cara-cara :
Rebus kulit ayam dalam air rebusan yang dicampur dengan garam dan lada hitam. Selepas itu tos/keringkan, kemudian simpan dalam peti ais selama 4 jam. Selepas itu, gorengkan kulit ayam tadi.

Bahan-bahan (sos) :
2 biji telur masin - ambil kuning sahaja & hancurkan
2 sudu besar mentega
2 ulas bawang putih - cincang
1 biji cili padi - hiris halus
beberapa helai daun kari
80ml susu cair (lebih kurang semangkuk)

Cara-cara :
Cairkan mentega dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari. Kemudian masukkan telur masin dan gaul. Selepas itu masukkan susu cair. Biar pekat dan masukkan secubit garam.Angkat dan kisarkan bahan-bahan tadi. Sedia untuk dihidangkan dengan kulit ayam.

Tetiba la pulak rasa nak minta mama belikan kulit ayam..... macam menarik perhatian je gambar kulit ayam tu kan kan kan?

5 comments:

  1. OO mmg makan kulit ayam ye? :P

    ReplyDelete
  2. Alaaa...suka tp kolestrol tinggi..dh tua ni kena la jaga kan..

    ReplyDelete
  3. Akak selalu kalau pergi makan kat restoran Indonesi mesti order kulit ayam ni. Dah abis makan, dah burppp baru menyesal fikir tentang kolestrol :)

    ReplyDelete
  4. kulit ayam goreng garing sajapun sedap tambah kalau ikut respi sya ni..berminyak mulut

    ReplyDelete
  5. suka kulit ayam garing tp dh lama tk mkn sbb time cuci ayam tu aku dh buang kulit smeua sbb mls nk kelebek bulu2 ayam

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.