RESEPI : Guacamole Dari Avokado - DARI JARI NOVELLA

August 08, 2016

RESEPI : Guacamole Dari Avokado

Assalamualaikum wbt. Sebenarnya aku teringin dan rindu nak main masak2 balik. Aku sebenarnya dah lama tak masak. Firstly sebab mak mertua rajin masak. Second, aku tidak dibenarkan masak oleh seseorang didalam rumah ni (almaklum menumpang). So, aku hanya berkesempatan untuk masak merapu bila balik rumah mak aku.

Sebelum kahwin, aku memang jarang masak makanan yang tipikal. Aku suka cuba benda yang rare. Kekadang sukahati aku je nak masak makanan tipikal guna resepi aku sendiri. Haha !

Suka makan Nachos? Nachos memang sedap kalau makan dengan dip sauce kan? Harini nak share resepi Guacamole. Guacamole ni selain daripada jadi dip sauce, boleh jugak pelbagaikan contoh letak dalam burger tau!


-Hiasan semata2-

RESEPI GUACAMOLE DARI AVOKADO
Bahan-bahannya :-
2 biji buah avokado (ambil isi & hancurkan)
1 ulas bawang putih - dicincang
2 tangkai daun sup - cincang halus
2 tangkai daun bawang - cincang halus
1 biji cili padi / cili merah (depend nak pedas mana)
1/2 biji lemon
garam secukup rasa

Cara membuatnya :-
Campurkan semua bahan dan rehatkan dalam 30minit, sedia dihidangkan.

Aduh.. senang gila resepi ni. Bagi peminat avokado bolehlah try. Dulu aku pernah beli avokado ni tapi termati akal sebab takde idea nak buat apa. Makan gitu pun macam tak sedap. Haha! Kira ni resepi alternatif lah ye? Selamat mencuba.

10 comments:

  1. Sally prefer lagi kalau buat salsa..hahahaha..tapi guacamole pun sedap kalau kena dgn gaya makannya...

    meh la masak rumah sally..hihihi...sally sediakan perut! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sha tak pernah makan avokado, tetiba terjumpa resepi ni macam sedap plak. Nanti boleh arr try buat salsa!

      errr.. boleh ke masak kat rumah Sally? Sha dah laa masak merapu aje~

      Delete
  2. salam...
    mcm sedap..tp guna buah avocado ye..sdp ke..xpernh rase lg..huu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buah avokado kalau makan gitu rasa plain lemak2 aje. Tapi kalau buat cenggini insyaAllah sedap.

      Delete
  3. akak dulu masa mikhail kecik selalu beli avokado sebab buat puri..dia suka..tapi lama2 dia cemuih sampai la dia tak mau dah..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, patut la bijak semacam je si Mikhail pun.

      Delete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.