Header Ads

Pulau Anak Patung Yang Menyeramkan Di Mexico City


Kalau dalam filem seram, kebanyakan daripada prop yang digunakan adalah anak patung untuk menakutkan penonton. Adakala perkara seperti itu terbawa-bawa sampai ke realiti hidup kita ni kan?

Di satu pulau berdekatan Mexico City, ada satu pulau yang agak menyeramkan bila terdapat begitu anak patung yang menyerupai bayi yang digantung di pokok-pokok berdekatan pulau tersebut.

Pulau yang dinamakan La Isla Las Munecas ini mungkin antara perkara unik yang mungkin korang tak jumpa kat mana-mana pulau dah. Pulau ni terkenal dengan kepelikannya bila ada antara anak patung yang digantung tanpa mata atau kurang kaki dan tangan.






Kalau korang first time datang pulau ni, mesti akan rasa suatu perasaan seram especially bila datang tengah malam. 

Dikatakan sejarah pulau ini adalah pada suatu masa dulu, ada seorang lelaki bernama Don Julian Santana yang telah menemui mayat seorang kanak-kanak perempuan bersama anak patung. Don Julian rasa panik dan takut serta risau andai hantu kanak-kanak tersebut muncul.

So dia nak lupakan ketakutan dia, dia gantung anak patung budak perempuan tadi. Tapi dia masih tak puas, maka dia cari segala macam jenis anak patung dan menggantungkannya pada ranting dan pokok.

Hal yang dikata agak menakutkan bila Don Julian akhirnya mati lemas di tempat yang sama dia menemui mayat budak perempuan tadi. Sejak itulah pulau itu dikatakan menjadi pulau yang seram dan misteri di Mexico.

Emm........ banyak benda seram berlaku sekeliling kita kan? Aku hari-hari berhadapan dengan keseraman sampai rasa lali dah.

2 comments:

  1. mmg seram ... dah anak ptg rupapun tak cukup sifat

    ReplyDelete
  2. Macam pernah baca kisah pulau anak patung ni tapi lupa pulak kisah yang sebenar-benarnya. Kalau tak silap, ada filem omputih jugakan pasal anak patung di hutan belukar macam ni? Lupalah akak!

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.