Pokemon Go Buat Pemainnya Hilang Arah! - Monolog Aku Cuma Di Kiri

August 07, 2016

Pokemon Go Buat Pemainnya Hilang Arah!


Assalamualaikum wbt, Harini saja jalan2 kawasan taman sebab bosan plus panas gila kat rumah. Dah jalan2 tu lepak jela kat padang futsal sebab tuan suami memang tak boleh nak direct je drive, kaki dia tak kuat.

Tengah lepak2 tu nampak la beberapa orang tengah lari2 anak sambil usha2 phone. Memula aku buat derk je tapi ada pulak satu family yang sama acting dengan manusia2 yang aku nampak tadi tu. Tetiba baru terperasan diorang tengah main POKEMON GO!

Itu cerita siang.

Malam tadi pulak, jalan2 nak beli air sebab haus gila. Emmm rumah in law memang tak simpan ais atau air sedap2 ye so kalau nak air best terpaksalah beli kat luar.

Dalam perjalanan balik je, ada 3 buah motor asyik berkonvoi satu tempat ke satu tempat sambil pegang phone. Then aku judge perkara yang sama, iaitu sedang main POKEMON GO! Kau bayangkan tetiba pulak duduk depan masjid yang berpagar tu. Tunggu jugak kot2 depa panjat masjid. Haha!

Then parking kereta. Masa parking tu tetiba ada satu bijik motor duduk bebetul belakang kereta sambil pegang phone. Bila lalu sebelah je, nampak dia tengah main POKEMON GO!

Amboiii................... gigih bebenar ampa dok berjalan tengah2 malam semata2 nak cari pokemon. Aku nampak rupa memasing tak tentu arah. Risau pun ada. Takut kang obses sampai tengah highway pun depa pulun cari pokemon, itu sesuatu yang bahaya. 

hmm.. bila fikir, ada sebab jugak pun bila mufti haramkan Pokemon Go ni. Walaupun nampak remeh, tapi ianya agak melalaikan juga. Terpulang kepada pemain jugak la kan? Jenis yang sedar diri atau taksub melampau. 

Sekian.

3 comments:

  1. aida x pernah la terserempak lg dgn pemain pokemon ni.
    but bila baca entry ni, yes. aida rasa ada sebab la ia tak digalakkan.
    kalau dulu alpa main game tak bergerak dari tempat duduk.
    skang main game ke hulu ke hilir. kalu eksiden???

    ReplyDelete
  2. betul..setuju
    ia mmg melalaikan

    ReplyDelete
  3. hahaha husband I pun terjebak. kul 5am sakit contraction, raba raba sebelah dah hilang. rupanya keluar pegi tangkap pokemon -,- hampeh. dia pun cakap 3am , 3,4 bijik kete benti depan tokong sbb banyak pokemon situ. bahaya

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.