Header Ads

Mengajar Anak Supaya Melindungi Diri Sendiri


Mengajar Anak Supaya Melindungi Diri Sendiri | Aku tak ada anak. Tapi aku ada adik perempuan dan kerisauan aku terhadap dia lebih dari anak sendiri. *eh?* . Ok gurau. Aku memang sayangkan adik perempuan aku tu sebab dia jela adik perempuan yang aku ada.

Zaman sekarang adalah zaman yang tidak selamat. Kes penculikan dan pencabulan agak bersepah dan semakin menjadi-jadi di negara kita ni.  Contoh kes arwah Noor Amila Edrus, abang ipar dia sendiri suspek kepada pembunuhannya. Keluarga mangsa bagitau media bahawa abang ipar dia ni cemburukan mangsa. Ok, tutup kisah arwah.

Berbalik pula pada cerita pencabulan. Kisah terbaru melibatkan seorang pelajar perempuan yang didatangi seorang lelaki yang tidak dikenali, mengajaknya ke bilik stor.  Kanak-kanak tersebut juga dipercayai dicabul oleh lelaki berkenaan.

Apa yang aku boleh kongsi, adalah dengan mengajar anak-anak cara melindungi diri contohnya :

● Ajar mereka untuk menjadi "private part" mereka, bagitahu jangan bagi sesiapa sentuh. Sesiapa pun jangan termasuk saudara mara sendiri. Kalau sesiapa sentuh, bagitahu. Kalau diorang tanya kenapa, cakap je Tuhan marah. Ajar dari mereka kecik.

● Daftarkan mereka dalam kelas pertahanan diri contohnya silat. taekwando, kungfu dan sebagainya.

● Jangan suka2 ikut orang yang tak kenal. Evendo jangan percaya pada keluarga terdekat jugak. Buat mereka percaya pada anda je.

.... dan mungkin anda boleh share langkah mencegah yang lain?

Aku memang galakkan adik perempuan aku masuk kelas seni pertahankan diri, sebab orang sekeliling sekarang tidak mudah dipercayai. Ajal itu dimana-mana, jenayah juga dimana-mana. Tetapi kita boleh mencegah atau ikhtiar supaya perkara itu boleh dielakkan.

Semoga perkongsian yang sedikit ini memberi manfaat. Sekian.

2 comments:

  1. saya nak masuk anak kelas pertahankan diri daejah 2 oklah.patut awal tahun satu tapi suami kata biarkan biasa dengan sekolah tahun satu dulu.nampaknya dia tak sabar..

    serius setuju suka dengan topik ini.

    ReplyDelete
  2. Akak teringatlah ada sekali tu terbaca kisah si emak ni hantar anak pergi sekolah. Anak belum sampai pintu masuk sekolah,emak dah nak berlalu pergi. Tapi nasib baiklah masa tu si emak menoleh nak tengok anaknya dan waktu itu dia nampak ada seorang lelaki cuba nak tarik anaknya. Dia pun sekuat hati menjerit. Maka, selamatlah anak itu dari diculik mungkin.

    Sejak itu akak pesan pada anak-anak, kalau sesiapa aje yang tak dikenali tarik tangan atau bertanya bukan-bukan, jangan jawab tapi jerit sekuat-kuat hati panggil Mommy supaya menarik perhatian semua orang yang ada di sekitar.

    Zaman sekarang ni bukan boleh buat main. Bahaya ada di mana-mana. Tugas kita untuk melindungi mereka. Itu yang buat akak ni terover protective jadinya!

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.