Kisah Seram : Diganggu Di Bilik UiTM Puncak Alam - Tunsha Ayunie Punya Belog

August 04, 2016

Kisah Seram : Diganggu Di Bilik UiTM Puncak Alam

-Gambar hiasan-

Kisah benar yang diolah sikit.

Ada seorang gadis bernama Minah. Minah ni tinggal kat UiTM Puncak Alam, Angsana 1, Rumah No.1405. bilik A. Dia duduk 4 hari kat situ sebab ada event apa ntah. Dari hari pertama lagi Minah ni dah rasa seram.

Hari pertama, waktu dia masuk je bilik tu, dia nampak dua2 katil dalam bilik dipenuhi dengan rambut yang agak banyak. Tapi dia bolayan je, normal la kot kalau student sebelum tu rambut gugur.

Lepas tu Minah ajak kawan2 dia berselfie. Budak2 biasalah, apa lagi nak buat bila bosan kan? Lepas selfie tu depa pakat ramai2 tengok, sekali kawan Minah ni perasan macam ada satu kelibat dalam almari. Masing2 dah rasa seram. Tapi terpaksala bebuat tak tahu.

Hari kedua, rambut Minah pulak rasa macam kena tarik. Kawan2 semua kat bilik memasing. Roomate pulak tengah tidur. Esok tu dia cerita kat member2 dia tapi sorangpun tak percaya. Minah pun malas nak fikir, dia diam je la lepas member2 dia tak percayakan dia.

Malam ketiga, dalam pukul 12 malam, langsir bilik pulak terbuka sendiri. Minah cuba ingat kot2 dia ada bukak langsir tu tapi seingat Minah memang tak ada. Dia cuba tanya cikgu pun cikgu menafikan.

Dalam pukul 4.30pagi, Minah siap packing barang sebab nak balik keesokan harinya. Tengah packing tu dia dengar bunyi guli jatuh padahal tak ada sesiapa main guli. Cerita kat cikgu pun cikgu tak percaya. "Dah laa nak mandi ni," .. getus hati Minah. Dia cuba2 la beranikan diri untuk pergi mandi sorang2.

Apapun, tak ada yang serius la berlaku pada Minah. Cuma "benda" tu saja nak main2 dengan Minah gamaknya. 

1 comment:

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.