Kau Tak Pakai Tudung, Kau Kafir ! - DARI JARI NOVELLA

August 30, 2016

Kau Tak Pakai Tudung, Kau Kafir !

Assalamualaikum wbt.

KAU TAK PAKAI TUDUNG, KAU KAFIR ! Aku sangat tak faham dengan konsep dan mentaliti masyarakat kita yang mengajar anak seperti itu. Seolah sesiapa saja di dunia ini yang freehair, maka mereka adalah KAFIR.

Kafir = Tidak beragama.

In fact aku tak suka judge orang beragama lain sebagai kafir. Mereka ada kepercayaan masing-masing yang wajar kita hormati.


Berbalik kepada tudung. Ada seorang budak perempuan berumur 8 tahun, balik sekolah terus muka dia moody. Bila disoal, katanya kawan-kawan dia panggil dia kafir sebab dia tak pakai tudung. Lepas tu cakap dia takde agama. Of coz la budak perempuan tu defend diri sendiri, dia cakap dia ada agama dan dia orang Islam, tetapi kawannya sindir dia  --- ❝ Ayah aku orang kafir saja yang tak pakai tudung.. ❞ ..

Hmm... speechless.

Ginilah ye. Tak salah nak ajar anak-anak bertudung, tapi jangan sampai kaitkan kafir dalam hal seperti ini. Yahudi pun ada yang pakai tudung tau ! So macam mana pulak? Adakah perkara sebegitu patut kita ajar pada kanak-kanak?

Memetik dari statement Dr.Maza ,

❝..Menuduh orang lain dengan tuduhan kafir atau sesat adalah dosa yang besar. Jika kita tahu bahawa seseorang tidak kafir atau sesat atau fasik, tetapi kita sengaja menuduh imannya yang sah itu sebagai kafir atau sesat, atau menuduh dirinya yang tidak fasik itu sebagai fasik, maka tuduhan itu kembali kepada yang menuduh.❞

=================================

Sabda Nabi SAW :

❝..Sesiapa yang memanggil orang lain dengan ‘kafir’ atau ‘musuh Allah’ sedang dia tidak begitu, maka tuduhan itu kembali kepadanya (penuduh)❞. 

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

===================================

Sekian.

2 comments:

  1. Alangkah ruginya orang2 yang beramal ibadat, tapi di akhirat kelak segala pahala amal kebaikan diberikan kepada orang yang dikata macam2.. teringat pula kata2 fynn jamal. Antara idol yang saya hormati, tak pernah nak mengata orang, jauh sekali nak judge orang... siapalah kita yang tak sempurna, yang berdosa, nak hukum orang macam2... Islam agama yang sangat indah, sangat mudah, sangat menghormati agama lain.. tak pernah islam ajar kita menghina, kata orang macam2.. menghukum sesorang kafir, sedangkan orangnya tidak begitu.. sungguh tak patut.. baca cerita auni teringat pula cerita kakak saya, waktu dia sekolah rendah tidak bertudung, kawan2 pun mengata dia kafir dan macam2 lagi... tapi ibu saya ,menerangkan hal yang sebenar.. betul auni, tak salah nak ajar anak2 bertudung, tapi ajarlah betul2

    ReplyDelete
  2. Tap patutlah nak kata yg bukan2 mcm tu... klu rasa perlu tegur pun biarlah dgn nasihat yg sebaiknya kan... itu gunanya dikurniakan akal, wallahualam...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.